Skip to content
Home » Bandingkan Pelan Takaful Motor Terbaik Di Bjak

Bandingkan Pelan Takaful Motor Terbaik Di Bjak

    takaful motor kenderaan

    Pelan takaful motor yang ada di Malaysia diwujudkan sebagai alternatif khususnya buat individu yang beragama Islam mendapatkan perlindungan insurans patuh syariah untuk kenderaan. Di Malaysia, pelbagai pengendali Takaful yang diiktiraf telah memperkenalkan produk takaful motor (kenderaan), yang mana setiap daripadanya menawarkan manfaat yang menarik.

    Justeru sebagai pengguna yang bijak, anda sangat digalakkan untuk membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum terus mendapatkan perlindungan takaful buat kenderaan anda. Ia bukan sahaja akan membantu anda mendapatkan manfaat terbaik, bahkan anda juga akan berpeluang untuk membeli satu pelan takaful motor mengikut bajet anda selepas perbandingan dilakukan.

    Dimanakah anda boleh membeli produk Takaful Motor?

    Dua pilihan terbaik bagi mendapatkan pelan takaful motor buat kenderaan anda adalah:

    1. Melalui laman web pengendali takaful itu sendiri

    Untuk makluman, anda kini boleh membeli produk takaful motor buat kenderaan anda terus di laman web syarikat tersebut. Contohnya jika anda ingin mendapatkan produk takaful dari Etiqa, anda kunjungi terus laman web Etiqa dan masukkan sahaja nombor pendaftaran kereta/ motosikal anda bagi membolehkan syarikat berkenaan mengeluarkan sebut harga. 

    Kelebihan renew takaful terus di laman web syarikat:

    • Terima diskaun 10% ketika pembaharuan insurans (takaful) dilakukan
    • Dapat mengenalpasti manfaat yang ditawarkan / hubungi terus khidmat pelanggan mereka jika ada sebarang pertanyaan
    • Sangat cepat dan mudah (biasanya hanya 3 langkah sahaja yang diperlukan)
    • Polisi akan diaktifkan segera dan dihantar melalui e-mel.
    1. Menerusi platform perbandingan insurans dan takaful Bjak

    Kini, anda juga boleh mendapatkan produk takaful motor menerusi platform perbandingan insurans yang terbesar di Malaysia, iaitu Bjak. Menerusi Bjak, anda boleh membandingkan dengan 4 jenama takaful yang ada serta insurans-insurans konvensional lain seperti Allianz, Tokio Marine, Liberty Insurance dan banyak lagi.

    Kelebihan renew takaful di Bjak:

    • Boleh buat perbandingan dengan lebih 10 jenama insurans serta takaful yang ada sekaligus
    • Dapat membuat perbandingan mengenai manfaat yang ditawarkan 
    • Dapat memilih pelan takaful ikut bajet
    • Berpeluang untuk jimat sehingga RM400
    • Boleh renew road tax Malaysia pada masa yang sama (tidak perlu lagi beratur di JPJ/ Pejabat Pos)
    • Sijil Takaful akan segera aktif
    • Boleh buat bayaran ansuran sehingga 12 kali tanpa sebarang syarat perbelanjaan minima

    Bandingkan 4 pelan takaful terbaik di Bjak

    Di Bjak, anda boleh membuat perbandingan dengan empat takaful yang ada iaitu Takaful Malaysia, Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas serta Zurich Takaful.

    Berikut dikongsikan ringkasan manfaat-manfaat yang ditawarkan dalam pelan-pelan takaful berkenaan:

    Takaful Malaysia

    Takaful Malaysia

    Produk Takaful Persendirian Komprehensif daripada Takaful Malaysia menyediakan perlindungan yang menyeluruh dengan manfaat menarik. Ia termasuklah memberikan perlindungan kepada kenderaan anda jika berlaku kerugian atau kerosakan akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian serta liabiliti kepada pihak ketiga atas kematian atau kecederaan badan dan kerugian atau kerosakan harta benda.

    Manfaat yang ditawarkan:

    • Perlindungan untuk semua pemandu tambahan

    Semua pemandu yang memandu kenderaan anda layak untuk menerima perlindungan secara automatik tanpa sebarang tambahan premium. Anda tidak perlu mendaftarkan nama pemandu lain ketika ingin perbaharui insurans dengan pelan Takaful Malaysia ini.

    • Perlindungan kemalangan peribadi

    Tidak banyak pelan insurans atau produk takaful yang menawarkan manfaat ini. Namun, berbeza dengan Takaful Malaysia, pelan komprehensifnya akan menyediakan perlindungan untuk kemalangan peribadi sehingga RM15,000 secara automatik tanpa sebarang caj tambahan bukan sahaja untuk pemandu, bahkan juga kepada penumpang.

    • Cashback jika tiada tuntutan

    Anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan insurans sepanjang polisi aktif? Takaful Malaysia akan memberi anda cashback sebanyak 7.5% sebagai ganjaran buat anda kerana telah menjadi seorang pemandu berhemah!

    • Waranti 6 bulan untuk pembaikan kereta

    Anda juga boleh nikmati tempoh waranti selama 6 bulan untuk pembaikan kereta yang dibuat di bengkel panel Takaful Malaysia.

    Zurich Takaful

    Takaful Motor Zurich

    Polisi komprehensif Zurich Takaful memberi perlindungan kepada pemegang polisi daripada sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda mereka akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian, serta tuntutan pihak ketiga, termasuk kerugian atau kerosakan harta benda, kecederaan atau kematian pihak ketiga.

    Manfaat yang ditawarkan:

    • Percuma khidmat tunda 24 jam

    Zurich Takaful menawarkan khidmat tunda secara percuma sehingga RM150 kepada pemegang polisi komprehensif mereka.

    • Percuma perlindungan pemandu tambahan yang dinamakan

    Anda boleh menambah mana-mana pemandu yang ingin dinamakan pada polisi anda secara percuma di bawah Takaful motor Zurich komprehensif tanpa premium tambahan.

    • Bantuan tuntutan 24 jam

    Sekiranya berlaku kerosakan kereta, anda boleh mendapatkan bantuan daripada Zurich Takaful pada bila-bila masa.

    Manfaat istimewa:

    • Perlindungan tambahan ‘waiver of betterment’
    • Perlindungan tambahan E-hailing 

    Takaful Ikhlas

    takaful motor - takaful ikhlas

    Takaful Ikhlas juga merupakan salah satu syarikat takaful kereta terbaik di Malaysia. Ia turut menyediakan perlindungan komprehensif bagi kerosakan atau kerugian pada kenderaan anda akibat kemalangan, kecurian atau kebakaran yang tidak disengajakan. Ia juga turut melindungi daripada liabiliti terhadap pihak ketiga untuk kecederaan atau kematian, kerosakan atau kerugian harta benda.

    Manfaat yang ditawarkan:

    • Proses tuntutan pantas

    Pihak Takaful Ikhlas akan memproses permohonan tuntutan insurans anda dengan cepat, iaitu sepantas 3 hari sahaja!

    • Perkhidmatan Percuma 24 jam Bantuan IKHLAS Road Assist

    Perkhidmatan percuma 24 jam yang termasuk perkhidmatan menunda akibat kemalangan dan kerosakan, bantuan tepi jalan dan perkhidmatan penghantaran bateri.

    • Pengecualian ekses wajib

    Pemandu yang tidak dinamakan akan diberikan pengecualian ekses wajib menerusi pelan komprehensif Takaful Ikhlas.

    • Percuma perlindungan kemalangan peribadi 

    Pelan komprehensif Takaful Ikhlas menyediakan insurans kemalangan peribadi khusus untuk pemilik polisi (kenderaan) dengan jumlah perlindungan sebanyak RM10,000.

    Etiqa Takaful

    etiqa motor takaful

    Insurans takaful kereta Etiqa khususnya pelan komprehensif turut menawarkan perlindungan menyeluruh dan menarik buat peserta (pemegang polisinya). Pelan insurans komprehensif takaful motor Etiqa akan membolehkan anda dilindungi daripada kerugian atau kerosakan kenderaan anda, kehilangan kenderaan akibat dicuri atau terbakar atas perbuatan khianat, serta liabiliti terhadap pihak ketiga. 

    Manfaat yang ditawarkan:

    • Tiada excess

    Kebanyakan syarikat insurans akan meminta anda untuk membayar sebahagian kos untuk kerosakan sendiri apabila terlibat dalam kemalangan, yang mana inilah dipanggil sebagai excess. Namun berbeza dengan Motor Etiqa, ia mengenakan prinsip ‘tiada excess’. Dengan prinsip ini, maka anda (pemandu berusia 21 tahun ke atas) tidak perlu membayar sebahagian kos untuk kerosakan tersebut.

    • Semua pemandu akan dilindungi

    Etiqa menyediakan manfaat perlindungan untuk semua pemandu secara percuma dan automatik tanpa tambahan premium.

    • Kereta ihsan percuma selepas kemalangan

    Anda akan ditawarkan dengan manfaat kereta ihsan percuma selama 14 hari sekiranya kereta anda terbabit dalam kemalangan dan perlu dibaiki di bengkel. Menarik, bukan?!

    Anda boleh membuat pengiraan insurans kereta Etiqa Takaful dan takaful-takaful yang lain di Bjak bagi mendapatkan lebih penjimatan dan juga mengurangkan risiko anda membayar lebih dari yang sepatutnya apabila membeli perlindungan Takaful Motor buat kenderaan anda!

    Bolehkah orang bukan Islam membeli takaful?

    Meskipun takaful menyediakan perlindungan mengikut syariah, namun tidak bermakna ia hanya ditawarkan kepada orang Islam sahaja. Sesiapa sahaja boleh mengambil perlindungan Takaful termasuklah individu yang bukan beragama Islam ya.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: