Warga Lembah Klang sekali lagi diuji dengan banjir kilat yang melanda 23 kawasan di ibu negara, ekoran hujan berterusan selama lebih dua jam bermula petang semalam, 7 Mac 2022. Menurut laporan Astro AWANI, kejadian tersebut dipercayai telah menenggelamkan ribuan kenderaan di sekitar Lembah Klang. Antara kawasan yang terkesan ialah Besraya Expressway yang melibatkan laluan dari pusat bandar ke Salak Selatan, dari Kuchai ke Salak Jaya dan Kampung Malaysia ke Kuchai, berdasarkan hantaran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook.
Selain kenderaan, kediaman turut menerima kesan daripada banjir tersebut. Setakat hari ini jam 8 pagi, seramai 1,112 mangsa banjir melibatkan 263 keluarga telah dipindahkan ke sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Selangor. Menurut laporan Utusan Malaysia, angka tersebut belum termasuk mangsa yang dipindahkan ke PPS Masjid Putra Heights yang masih dibanci.
Hujan lebat luar biasa selama dua jam undang banjir di Lembah Klang
Menurut laporan Astro AWANI, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bacaan kadar taburan hujan yang tinggi telah direkodkan di Stesen Taman Desa Smart, Kuala Lumpur dengan bacaan 106.5 milimeter. Selain itu, bacaan yang lebih tinggi telah direkodkan di Stesen Air Panas dengan bacaan 155 milimeter hanya dalam tempoh dua jam.
“Dalam tempoh setahun, bacaan hujan adalah 2,500 mm menjadikan purata bacaan (kira-kira) 200 mm sebulan, namun dalam tempoh dua jam sahaja bacaan yang direkodkan adalah melebihi 106 mm iaitu lebih setengah purata bulanan.
“Kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi,” kata Datuk Seri Tuan Ibrahim dalam sidang media khas malam kelmarin.
Dalam perkembangan lain, Bernama melaporkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani banjir kilat kelmarin.
“Walaupun ia berlaku dalam keadaan yang cukup pantas, pada saya ia bukan alasan untuk menyalahkan mana-mana pihak. Justeru, kita akan melakukan perbincangan lanjut bersama DBKL bagi mencari penyelesaian terbaik bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang,” kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Adakah insurans kenderaan melindungi kerosakan kenderaan akibat banjir?
Seperti yang disebutkan, kejadian banjir kilat semalam dipercayai telah menenggelamkan ribuan kenderaan. Apabila ditenggelami banjir, komponen kenderaan seperti enjin berisiko untuk mengalami kerosakan. Kos untuk membaiki komponen yang rosak bukanlah kecil. Kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA) kepada Berita Harian pada 20 Januari lepas, kos pembaikan mungkin berjumlah kurang daripada RM10,000 bagi kerosakan tidak ketara. Tetapi, jika rosak sepenuhnya, kos pembaikan kenderaan boleh menelan sehingga RM80,000 hingga RM90,000. Kos pembaikan mungkin lebih tinggi jika membabitkan kenderaan berjenama premium.
Melihatkan kos pembaikan yang sebegitu tinggi, adakah anda boleh membuat tuntutan insurans jika kenderaan anda terjejas akibat banjir?
Untuk pengetahuan anda, insurans kereta meskipun polisi insurans kereta 1st party tidak melindungi sebarang kerosakan, kerugian atau liabiliti akibat bencana alam. Ini termasuk banjir, gempa bumi, tanah mendap, tanah runtuh, gelinciran tanah, taufan, ribut kencang, letusan gunung berapi dan bencana-bencana alam yang lain.
Oleh itu, anda tidak boleh membuat tuntutan insurans kereta sekiranya kereta anda rosak akibat banjir atau bencana alam yang lain.
Tetapi, anda boleh membuat tuntutan insurans dengan mendapatkan perlindungan tambahan peril khas (bencana alam). Anda boleh menambah perlindungan tambahan ini dalam polisi komprehensif anda dengan premium tambahan biasanya sebanyak 0.5% daripada jumlah diinsuranskan atau sum insured kenderaan anda. Kadar premium tambahan bagi perlindungan peril khas mungkin berbeza mengikut syarikat insurans. Oleh itu, semak dahulu kadar premium tambahan yang ditawarkan.
Ikuti panduan memandu ketika musim hujan
Dalam pada itu, kami ingin kongsikan panduan memandu ketika musim hujan seperti yang disediakan oleh PLUS Malaysia melalui Facebook:
Selain itu, sebelum melakukan perjalanan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat ramalan cuaca terkini melalui saluran-saluran rasmi seperti:
- Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
- Laman web: www.met.gov.my
- Twitter: https://twitter.com/metmalaysia
- Hotline: 1-300-22-1638
- Aplikasi: myCuaca
- Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN): https://t.me/MKNRasmi
Lindungi kereta anda dengan perlindungan peril khas (bencana alam)
Melihatkan cuaca yang tidak menentu dan kekerapan bencana alam sejak belakangan ini, anda amat disarankan untuk mendapatkan perlindungan peril khas. Dengan mempunyai perlindungan tersebut, anda sekurang-kurangnya tidak perlu berhabis wang untuk membaiki kenderaan anda akibat bencana alam.
Sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan peril khas, anda boleh membeli pelan perlindungan komprehensif di Bjak dan hanya tambahkannya dalam polisi anda. Cuma layari laman web Bjak untuk mendapatkan sebut harga insurans kereta atau motosikal percuma secara dalam talian.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: