Skip to content
Home » Senarai Panel Workshop Insurans di Malaysia

Senarai Panel Workshop Insurans di Malaysia

    Panel workshop insurans di Malaysia

    Tengah seronok memandu, tiba-tiba “gedegang”! Rupa-rupanya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

    Selepas terlibat dalam kemalangan, perkara yang selalu dirunsingkan oleh pemilik kereta adalah di bengkel mana yang perlu dihantar untuk baiki kenderaan. Nak hantar ke bengkel panel ke nak hantar ke bengkel pilihan sendiri?

    Sebagai pemilik kereta, anda mestilah inginkan agar bengkel tersebut menyediakan kualiti servis yang terbaik! Iyalah, siapa tak sayang kereta kan? Mana-mana pemilik kereta pun mesti nak kereta dibaiki dengan baik dan cepat.

    Jadi, untuk membantu anda mendapatkan servis repair kereta terbaik, kami kongsikan di sini senarai panel workshop insurans di Malaysia.

    Apakah maksud panel workshop (bengkel panel)?

    Panel workshop insurans di Malaysia

    Sekiranya kereta anda terlibat dalam kemalangan, pihak insurans lazimnya akan mewajibkan anda untuk menghantar kereta tersebut ke bengkel panel dan bukan sebarang bengkel. 

    Bengkel panel ialah bengkel membaiki kenderaan yang diberi kuasa oleh insurans untuk membaiki kenderaan yang diinsuranskan oleh insurans tersebut. Sebagai contoh, anda membeli insurans kereta 1st party daripada Allianz. Sekiranya kereta anda kemalangan berpunca daripada anda atau pemandu lain, anda mesti menghantar kereta anda ke bengkel panel Allianz.

    Untuk pengetahuan anda, bengkel panel insurans mesti mendapat kelulusan daripada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). PIAM meluluskan bengkel panel insurans melalui “PIAM Approved Repairers Scheme (PARS).” Setakat Oktober 2021, PIAM telah meluluskan sebanyak 675 bengkel PARS yang beroperasi di seluruh negara. Anda boleh semak senarai bengkel panel nsurans mengikut negeri melalui laman web PIAM (Baca artikel kami sampai habis untuk dapatkan senarai panel workshop insurans terbaik di Malaysia).

    Kenapa perlu hantar kereta ke bengkel panel?

    Dalam banyak-banyak workshop, kenapa kena hantar kereta ke bengkel panel juga? Ini sebab-sebabnya:

    Untuk buat claim insurans

    Repair kereta di panel workshop

    Sekiranya kereta anda kemalangan yang berpunca daripada pihak anda (“Own Damage”), anda mesti menghantar kereta anda untuk dibaiki di bengkel panel untuk membuat tuntutan insurans. Jadi, pihak insurans yang akan membayar segala kos pembaikan atau pampasan kereta anda, mengikut polisi insurans anda.

    Apa jadi kalau hantar kereta ke bengkel bukan panel? Besar kemungkinan, anda tidak dapat claim kos pembaikan atau bayaran pampasan untuk kereta anda. Jadi check dengan insurans anda dulu. Jangan hantar kereta anda ke sebarang bengkel okay.

    Untuk dapatkan servis yang berkualiti

    Mekanik repair kereta di panel workshop

    Seperti yang disebutkan, panel workshop insurans telah pun mendapat kelulusan daripada PIAM. Menurut PIAM, objektif utama skim “PIAM Approved Repairers Scheme (PARS)” ialah untuk meningkatkan standard perkhidmatan, kualiti serta profesionalisme bengkel-bengkel yang membaiki kenderaan-kenderaan akibat kemalangan.

    Bukan senang untuk workshop dapatkan kelulusan PIAM. Workshop berkenaan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PIAM dan lulus pemeriksaan tertentu setiap tahun.

    Jadi kalau kereta anda dibaiki di bengkel panel, anda akan rasa lebih yakin dan tenang kerana bengkel tersebut telah mendapat kelulusan PIAM. Kalau servis kurang memuaskan, anda ada warranty, iaitu manfaat seterusnya.

    Untuk dapatkan warranty 6 bulan 

    Repair kereta di panel workshop untuk dapatkan warranty 6 bulan 

    Ini sebab yang paling penting! Kalau kereta anda dibaiki di panel workshop, anda akan dapat warranty selama 6 bulan. Jadi kalau kereta anda ada apa-apa masalah setelah dibaiki, tak perlu risau. Pergi semula ke bengkel tersebut untuk periksa kereta anda dan repair atau ganti bahagian yang berkenaan. Dah nama pun warranty, anda tak perlu keluarkan apa-apa wang. Ini memang hak anda, yang dilindungi oleh PIAM dan juga insurans anda. 

    Proses dapatkan bantuan khidmat tunda untuk dihantar ke bengkel panel

    Jika anda terlibat dalam kemalangan dan memerlukan bantuan khidmat tunda untuk menghantar kereta ke bengkel panel, anda hanya perlu menelefon talian hotline syarikat insurans anda sahaja dan meminta bantuan yang diperlukan.

    Prosesnya adalah mudah seperti di bawah:

    Proses dapatkan bantuan khidmat tunda untuk dihantar ke bengkel panel

    Senarai panel workshop insurans kereta di Malaysia

    Untuk memudahkan anda, kami kongsikan di sini senarai panel workshop insurans terbaik di Malaysia. Kami nasihatkan anda untuk simpan artikel ni sebagai rujukan anda nanti.

    Allianz

    Senarai panel workshop Allianz di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop Allianz di seluruh Malaysia

    RHB

    Senarai panel workshop RHB Insurance di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop RHB Insurance di seluruh Malaysia

    Pacific & Orient 

    Senarai panel workshop Pacific & Orient di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop Pacific & Orient di seluruh Malaysia

    Liberty

    Senarai panel workshop Liberty di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop Liberty di seluruh Malaysia

    Lonpac

    Senarai panel workshop Lonpac di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop Lonpac di seluruh Malaysia

    MSIG

    Senarai panel workshop MSIG di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop MSIG di seluruh Malaysia

    Tokio Marine

    Senarai panel workshop Tokio Marine di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop Tokio Marine di seluruh Malaysia

    Great Eastern

    Senarai panel workshop Great Eastern di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop Great Eastern di seluruh Malaysia

    Chubb

    Senarai panel workshop Chubb di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop Chubb di seluruh Malaysia

    Takaful Malaysia

    Senarai panel workshop Takaful Malaysia di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop Takaful Malaysia di seluruh Malaysia

    Takaful Ikhlas

    Senarai panel workshop Takaful Ikhlas di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop Takaful Ikhlas di seluruh Malaysia

    Zurich Takaful

    Senarai panel workshop Zurich Takaful di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop Zurich Takaful di seluruh Malaysia

    Etiqa Takaful 

    Senarai panel workshop Etiqa Takaful di seluruh Malaysia

    Senarai panel workshop Etiqa Takaful di seluruh Malaysia

    Dapatkan insurans kereta di Bjak

    Diharapkan perkongsian kami kali ini dapat membantu anda untuk mencari bengkel panel berdekatan anda. Ingat, sebelum hantar kereta anda untuk dibaiki di mana-mana bengkel akibat kemalangan, pastikan bengkel yang dipilih merupakan bengkel panel kepada insurans anda. Jangan lupa check tarikh tamat insurans kereta. Kalau insurans dah expired, memang tak boleh buat claim la alamatnya.

    Anda boleh renew insurans kereta di Bjak iaitu antara laman perbandingan insurans terbesar di Malaysia. Dapatkan sehingga 15 sebut harga insurans untuk membuat perbandingan sebelum membeli mana-mana insurans. Tak perlu lengah lagi, layari Bjak hari ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: