Skip to content
Home » Bayar Roadtax Motor Sebelum Atau Selepas Renew Insurans?

Bayar Roadtax Motor Sebelum Atau Selepas Renew Insurans?

    bayar roadtax motor

    “Saya baru pertama kali ada motosikal. Bila saya perlu renew dan bayar roadtax motor ya?”

    Mungkin anda sudah tahu bahawa anda perlu hidupkan roadtax motor dan insurans pada setiap tahun, namun bilakah masanya anda perlu bayar insurans dan roadtax motor anda itu? Bolehkah renew dan bayar roadtax motor dulu, baru renew insurans? 

    Jom kami bantu anda untuk menjelaskannya dengan lebih lanjut menerusi artikel ini.

    Bila saya perlu renew dan bayar roadtax motor?

    Untuk pengetahuan anda, cukai jalan motor anda hanya boleh diperbaharui sebaik sahaja anda telah renew insurans motor anda itu. Jika anda tiada insurans yang masih aktif, maka anda tidak boleh teruskan dengan pembaharuan roadtax motor anda ya!

    Berapakah harga roadtax motor yang perlu saya bayar?

    Sama seperti dalam penentuan harga roadtax kereta, harga roadtax motor juga berbeza mengikut kawasan dan kapasiti enjin. 

    Secara dasarnya, semakin rendah kapasiti enjin (cc) motosikal anda, semakin murahlah harga roadtax yang perlu dibayar oleh anda. 

    Jom lihat senarai harga roadtax motor mengikut cc menerusi jadual di bawah:

    harga untuk bayar roadtax motor
    Jadual 1: Harga roadtax motor mengikut cc

    Checklist sebelum nak renew dan bayar roadtax motor

    Periksa tarikh luput cukai jalan

    Pastikan anda ketahui tarikh luput cukai jalan motosikal anda. Anda boleh menyemak tarikh luput cukai jalan anda menerusi laman web JPJ, atau lihat sahaja terus pada roadtax motor sedia ada anda.

    Clear kan saman

    Selesaikan segala tunggakan saman yang ada terutamanya saman senarai hitam. Anda tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui roadtax motosikal anda sekiranya mempunyai saman yang belum dilangsaikan.

    Terdapat beberapa cara dimana anda boleh melakukan semakan saman trafik, JPJ dan AES secara online iaitu:

    1. PDRM: MyBayar Saman
    2. Laman Web JPJ: Semakan Senarai Hitam

    Renew dulu insurans motor anda

    Tanpa perlindungan insurans yang sah, proses anda untuk menghidupkan cukai jalan tidak kiralah sama ada secara online atau offline pasti tidak akan dapat diteruskan. 

    Anda boleh lihat cara untuk memperbaharui insurans motosikal anda menerusi perkongsian yang telah dibuat sebelum ini.

    Di mana anda boleh renew dan bayar roadtax motor?

    Secara online di Bjak

    Antara platform terbaik untuk anda renew roadtax adalah di Bjak. Di sini, anda boleh lakukan pembaharuan insurans dan roadtax sekaligus dalam hanya 5 minit sahaja. Lebih menarik, anda juga boleh pilih untuk dapatkan roadtax digital sahaja ataupun pelekat roadtax.

    Renew dan bayar roadtax motor di JPJ atau cawangan pejabat pos

    Jika anda kurang arif menggunakan platform online, anda juga boleh renew roadtax anda secara offline di mana-mana cawangan pejabat pos atau JPJ. Pastikan anda membawa sekali kad pengenalan anda bagi memudahkan urusan di kaunter nanti.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu menjawab persoalan anda!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: