Skip to content
Home » Nak Hidupkan Roadtax Motor Lama? Ini Perkara Yang Anda Kena Tahu

Nak Hidupkan Roadtax Motor Lama? Ini Perkara Yang Anda Kena Tahu

    ROADTAX MOTOSIKAL

    Siapa di sini yang ada motosikal lama, tapi jarang guna? Bila nak guna pula, baru sedar roadtax dah lama sangat expired. Masa inilah baru fikir nak hidupkan roadtax semula! Tapi, apa yang anda boleh dan perlu buat?

    Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui beberapa perkara penting sebelum anda hidupkan roadtax untuk motosikal lama anda. 

    Buat pemeriksaan di PUSPAKOM

    Roadtax motosikal anda sudah tamat tempoh melebihi tempoh 3 tahun? Jika ya, maka anda wajib lakukan dulu pemeriksaan di PUSPAKOM sebelum boleh hidupkan roadtax motosikal anda. 

    Pemeriksaan di PUSPAKOM adalah sangat penting bagi memastikan kenderaan itu selamat digunakan di atas jalan raya dan tidak membahayakan penunggang, pembonceng serta pengguna jalan raya lain. 

    Pemeriksaan meliputi ujian brek, pelepasan asap, semakan pengenalan dan banyak lagi yang ditetapkan oleh pihak PUSPAKOM.

    Selesaikan tunggakan saman

    Pastikan anda selesaikan dahulu segala saman tertunggak atau yang telah disenarai hitam pada motosikal anda itu. Ini kerana ketika proses pembaharuan roadtax, rekod tunggakan saman dan senarai hitam anda akan dipaparkan di dalam sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Kegagalan anda untuk menyelesaikan tunggakan saman akan menyebabkan pembaharuan roadtax anda tidak boleh diproses sama ada secara offline mahupun online.

    Tidak tahu cara cek tunggakan saman? Rujuk sahaja artikel yang pernah kami kongsikan sebelum ini: Cara Cek Saman Online.

    Renew insurans dahulu

    Anda kena tahu! Nak renew roadtax, anda kena renew insurans motosikal dahulu ya! Tanpa insurans, anda tidak boleh meneruskan pembaharuan roadtax anda. Jika motosikal anda sudah lama, anda boleh dapatkan sahaja polisi paling asas, iaitu polisi pihak ketiga untuk motosikal anda. 

    Nak renew insurans untuk motosikal tidak susah pun. Banyak platform yang disediakan pada hari ini, termasuklah Bjak. Buat secara online di Bjak pasti lebih mudah dan pantas. 

    Renew roadtax motor tanpa geran

    Boleh, tiada masalah. Asalkan insurans untuk motosikal lama anda itu sudah diperbaharui. Anda tidak perlu lagi membawa geran ke JPJ atau Pejabat Pos untuk memperbaharui roadtax anda.

    Sebaik sahaja anda memperbaharui insurans, maklumat anda akan dikemaskini dan berada di dalam sistem. Bawa sahaja polisi insurans anda untuk menghidupkan roadtax anda itu. Mudah sahaja kan?!

    Tahu caj renew roadtax motor

    Harga untuk roadtax motor adalah sama di mana-mana sahaja anda renew. Namun, caj perkhidmatan yang dikenakan mungkin akan menyebabkan harga pembaharuan roadtax anda itu berbeza. Jadi, sebelum perbaharui roadtax anda, eloklah anda bandingkan dahulu caj perkhidmatan yang disediakan, lebih-lebih jika anda renew secara offline. 

    Nak lagi mudah? Renew roadtax dan insurans sekaligus di Bjak! Bukan sahaja jimat wang, tenaga anda pun jimat!


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: