Tahun 2022 sudah bermula. Ini bermakna, kenderaan anda juga pastinya memerlukan insurans kereta dan roadtax yang baru untuk tahun ini.
Jadi bersempena dengan tahun 2022 yang baru bermula, platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia, Bjak ada satu pengumuman menarik untuk anda!
Wang tunai sehingga RM168,888 untuk anda
Untuk makluman, kini anda berpeluang untuk meraih ganjaran lumayan apabila anda memperbaharui insurans dan roadtax di Bjak.
Ya, inilah peluang keemasan untuk anda!
Bersempena dengan peraduan CABUTAN BERTUAH 2022 yang dianjurkan buat julung kalinya oleh kami, Bjak menawarkan wang tunai sehingga RM168,888 untuk anda, bermula dari 27 Disember 2021.
Yang lebih menarik, bukan hanya 1 pelanggan sahaja yang berpeluang untuk mendapatkan ganjaran ini, malah 1,000 pelanggan Bjak yang bertuah berpeluang untuk menerima hadiah WANG TUNAI dari kami apabila memperbaharui insurans dan roadtax di platform ini.
Untuk menambahkan keterujaan anda mengenai peraduan ini, jom lihat senarai jumlah wang tunai yang anda mungkin boleh menangi:
1. Hadiah Tempat Pertama: RM6,888
2. Hadiah Tempat Kedua: RM3,888
3. Hadiah Tempat Ketiga: RM1,888
4. 10 Hadiah Istimewa: RM688
5. 10 Hadiah Bonus: RM388
6. Lebih banyak hadiah akan diumumkan nanti
Bagaimana untuk sertai?
Jangan risau, Peraduan Cabutan Bertuah 2022 ini adalah sangat mudah dan tidak memerlukan anda untuk melakukan perkara lain selain daripada hanya memperbaharui insurans dan roadtax di sini.
Jom ketahui lebih lanjut menerusi penjelasan di bawah:
1. Peraduan ini terbuka untuk semua pelanggan Bjak yang memperbaharui insurans dan roadtax di platform kami
2. Tiada had perbelanjaan minimum – Pemenang tidak akan dipilih berdasarkan berapa jumlah pembayaran untuk insurans mereka, jadi anda boleh belanjakan sebanyak mana anda mahu
3. Tersedia untuk sebarang pembelian insurans (kereta atau motosikal)
4. Menerima semua jenis kaedah pembayaran – Untuk makluman anda, Bjak menawarkan pelbagai kaedah pembayaran iaitu i) secara tunai di 7-eleven, ii) transaksi secara atas talian, pembayaran ansuran untuk pemegang kad kredit CIMB dan RHB, iv) Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) dengan Atome
Tempoh peraduan berlangsung
Untuk makluman anda, Peraduan Cabutan Bertuah 2022 anjuran Bjak ini telah berlangsung dari 27 Disember 2021 dan akan berakhir pada 28 Januari 2022.
Anda perlu memperbaharui insurans kenderaan anda dalam tempoh tersebut untuk melayakkan diri menyertai peraduan ini.
Perbaharui insurans dan roadtax di Bjak
Jadi tunggu apa lagi? Jika insurans dan roadtax anda hampir tamat tempoh, jom perbaharui segera di Bjak kerana secara tidak langsung anda berpeluang untuk memenangi ganjaran wang tunai daripada kami.
Minta sebut harga percuma sekarang dalam hanya 3 minit dan anda juga boleh memilih kaedah pembayaran Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) untuk urusan yang lebih mudah, pantas, dan menguntungkan.
Ingat, peraduan ini akan tamat pada 28 Januari ini 2022! Anda boleh ketahui senarai nama pemenang pada pengumuman yang kami akan buat bermula 28 Januari nanti. Jadi bersiap sedialah dan lihat sama ada nombor plat kenderaan anda adalah pemenangnya!
Terma & syarat penyertaan
Berikut merupakan terma & syarat bagi Peraduan Cabutan Bertuah 2022 Bjak:
1. Insurans kereta atau motosikal anda perlu aktif ketika pembaharuan insurans dibuat di Bjak
2. Pembaharuan insurans perlu dibuat di antara 27 Disember 2021 sehingga 28 Januari 2022
3. Tiada refund – Hanya pembaharuan insurans yang berjaya layak menyertai cabutan bertuah ini. Sekiranya anda telah membatalkan pembelian anda atau memohon pemulangan wang, kelayakan anda akan dibatalkan.
4. Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja.
5. Terdapat 1,000 pemenang yang layak untuk mendapatkan ganjaran tunai di dalam peraduan ini. Bjak berhak untuk memilih mana-mana nama pemenang mengikut kriteria yang ditetapkan.
6. Senarai nama pemenang akan dimaklumkan menerusi laman Facebook Bjak bermula 28 Januari 2022 berdasarkan nombor plat kenderaan yang didaftarkan.
7. Bjak berhak untuk membatalkan nama pemenang sekiranya didapati berlaku sebarang percanggahan atau penipuan di dalam penyertaan tanpa sebarang notis.
* Bjak berhak untuk mengubah, menambah atau membatalkanmana-mana terma dan syarat di atas pada bila-bila masa tanpa sebarang notis kepada para pelanggan.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: