Skip to content
Home » Boleh Bawa Balik Kereta Mewah, Ini Antara Kelebihan BJAK VIP

Boleh Bawa Balik Kereta Mewah, Ini Antara Kelebihan BJAK VIP

    bjak vip - cover

    Ramai rakyat Malaysia didapati lebih memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri ke tempat yang hendak mereka tuju berbanding pengangkutan awam kerana lebih memudahkan. Walau bagaimanapun, pilihan tersebut lebih banyak mendatangkan risiko seperti kemalangan, kerosakan dan masalah penyelenggaraan. Dalam situasi ini, insurans kereta memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu meringankan beban pemilik kenderaan.

    Insurans kereta bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan dan mengelak kerugian, tetapi juga turut mampu menyediakan tuntutan pihak ketiga terhadap kehilangan penggunaan kenderaan anda apabila kenderaan anda dihantar ke bengkel untuk dibaiki, sebagai pampasan kerana tidak dapat menggunakan kenderaan anda semasa ia sedang dibaiki. Perlindungan jenis ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan anda, tetapi juga dapat memastikan keselesaan dan keselamatan anda semasa pembaikan kenderaan.

    Bagi ahli BJAK VIP, mereka lebih bertuah kerana dapat menikmati perkhidmatan penggantian kereta peringkat pertama, membolehkan anda melakukan perjalanan tanpa bimbang dalam situasi yang tidak dijangka!

    Apa itu BJAK VIP?

    BJAK VIP adalah suatu pelan yang membolehkan pemilik kereta menikmati faedah istimewa insurans kereta pada kos yang berpatutan. BJAK VIP membolehkan pemilik kereta menaik taraf insurans kereta standard mereka dengan menambah satu siri perkhidmatan nilai tambah tahunan secara mudah: perkhidmatan menunda tanpa had, penghantaran bahan api dan tayar, penggantian bateri, pemeriksaan kereta yang komprehensif dan 13 faedah tambahan yang lain. Dengan BJAK VIP ini, anda tidak perlu lagi berasa bimbang jika kereta anda rosak di tengah jalan.

    Servis kereta gantian kelas pertama

    Kami sedar bahawa ketiadaan kenderaan kerana dibaiki di bengkel boleh menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan berkaitan urusan seharian kepada pemilik kenderaan. Atas sebab itu, kami telah memasukkan sekali “perkhidmatan kereta gantian kelas pertama” dalam pakej BJAK VIP yang terbaru.

    Dengan adanya manfaat terbaru ini, masalah tersebut secara tak langsungnya dapat diselesaikan. Ini bermakna, sekiranya kenderaan ahli BJAK VIP tidak boleh digunakan kerana sedang dibaiki di bengkel, mereka layak untuk menikmati perkhidmatan kereta ganti dengan model yang mewah sementara kereta mereka dibaiki di dalam bengkel. Model kereta mewah yang ditawarkan termasuk BMW, Mercedes-Benz dan Bentley bergantung pada ketersediaan.

    Ahli BJAK VIP tidak perlu lagi bimbang tentang masalah pengangkutan jika kereta mereka tidak boleh digunakan kerana dibaiki. Sebaliknya, mereka boleh dengan senang hatinya menyerahkan kereta mereka kepada pakar untuk dibaiki dan digantikan dengan kereta mewah sementara itu. Perkara ini membolehkan pemilik kereta meneruskan urusan seharian mereka seperti pergi kerja atau pun keluar untuk membeli barang.

    Dapat menjamin keselamatan dan keselesaan

    Berbanding dengan kenderaan alternatif biasa, kami lebih memilih kereta mewah untuk menggantikan kereta anda kerana ia boleh memberikan anda pengalaman menjadi VIP serta juga dapat memastikan bahawa kenderaan yang bakal digunakan itu selamat, berkualiti dan lebih selesa untuk digunakan.

    Nikmati manfaat menarik dalam BJAK VIP

    Untuk memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan anda, gunakanlah BJAK. Di sini, anda boleh membandingkan sebut harga daripada 23 syarikat insurans sekaligus dan memilih pakej insurans yang sesuai mengikut keperluan dan bajet anda. Selepas pembayaran, insurans kereta anda akan berkuat kuasa serta-merta.

    Selain memperbaharui insurans kenderaan anda di BJAK, anda juga digalakkan untuk melanggan pakej BJAK VIP kami bagi menikmati pelbagai manfaat menarik secara percuma. Sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan kami di 016-6999129 atau 03-921317317 untuk ketahui lebih lanjut berkenaan pakej BJAK VIP kami. Anda juga boleh turut melawati laman sesawang BJAK.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: