Skip to content
Home » Tip Renew Insurans Kenderaan “Last-Minute”

Tip Renew Insurans Kenderaan “Last-Minute”

    renew insurans kenderaan - cover

    Kesibukan kerja menyebabkan ada dalam kalangan kita yang terlupa untuk melakukan perkara-perkara penting, termasuklah memperbaharui insurans kenderaan.

    Mana tidaknya, disebabkan insurans hanya perlu diperbaharui setahun sekali, maka mungkin ada yang tidak teringat mengenainya, sehinggalah tiba sehari sebelum insurans dan roadtax tamat tempoh.

    Malah, ada juga kejadian di mana terdapat individu yang tidak perasan bahawa roadtax dan insuransnya telah tamat untuk beberapa tempoh, dan hanya menyedarinya apabila ditahan dan dikenakan saman oleh pihak berkuasa ketika melalui roadblock. Malangnya!

    Namun begitu walau apa pun alasannya, insurans dan roadtax tetap perlu diperbaharui supaya kenderaan dapat digunakan secara sah di atas jalan raya dan mengelak dari disaman.

    Adakah terdapat denda sekiranya insurans lewat diperbaharui?

    Sebenarnya, tempoh terbaik untuk anda renew insurans kenderaan adalah dua bulan sebelum ia tamat tempoh. Dengan memperbaharui insurans lebih awal, anda mungkin boleh mendapatkan perlindungan insurans dengan premium serta manfaat yang lebih menarik ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans.

    Bagaimanapun, tidak ada sebarang denda akan dikenakan jika anda terlewat hanya beberapa hari untuk memperbaharui insurans dan roadtax. Jangan risau, anda masih boleh memperbaharui insurans dan roadtax seperti biasa namun harga untuk insurans anda mungkin akan lebih mahal berbanding jika anda memperbaharuinya sebelum tamat tempoh.

    Tips renew insurans last-minute

    Meskipun anda perlu perbaharui insurans secara last-minute atau dalam erti kata lain, tergesa-gesa, masih terdapat kriteria-kriteria yang anda perlu lihat dan teliti terlebih dahulu sebelum memilih insurans kenderaan anda.

    Jom ketahui lebih lanjut apakah ia!

    Bandingkan dulu untuk lihat manfaat dan harga – Kenalpasti apakah harga ‘standard’ untuk perlindungan yang anda pilih dengan beberapa buah syarikat insurans lain. Kegagalan anda untuk membuat perbandingan mungkin menyebabkan anda membayar insurans pada harga yang lebih tinggi daripada apa yang anda sepatutnya boleh peroleh

    Mudah & pantas – Memandangkan anda dah lewat untuk renew insurans, pastikan syarikat insurans yang anda pilih dapat menyediakan perkhidmatan yang pantas dan boleh mengaktifkan polisi anda dengan segera. 

    Bantuan tuntutan – Meskipun penting untuk dapatkan insurans dengan segera, namun jangan lupa untuk lihat samada syarikat insurans tersebut mampu memberikan bantuan tuntutan dengan mudah tanpa sebarang masalah. Sila baca review/ maklum balas oleh pelanggan mengenai tahap perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat insurans tersebut supaya anda tidak mempunyai sebarang masalah atau kelewatan ketika membuat tuntutan nanti.

    Di manakah anda boleh renew insurans?

    Bila dah last-minute, langkah terbaik untuk anda lakukan bagi menghidupkan insurans adalah dengan melakukannya secara online.

    Antara platform terbaik yang anda boleh gunakan adalah melalui Bjak. Di Bjak, anda boleh melakukan perbandingan secara terus dengan lebih 10 buah syarikat insurans, yang mana ia secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan tenaga anda. Bukan itu sahaja, dengan hanya melalui WhatsApp, anda boleh menyelesaikan urusan pembaharuan insurans anda kurang dari 10 minit sahaja. Yang lebih penting, polisi insurans anda akan diaktifkan dengan segera!

    Ketahui cara untuk memperbaharui insurans kereta dalam perkongsian yang telah dibuat sebelum ini. 

    Jangan lupa untuk renew insurans anda

    Sebagai pemilik kenderaan, sememangnya sudah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan insurans dan roadtax sentiasa sah bagi digunakan di atas jalan raya. Selain dapat melindungi kenderaan anda daripada sebarang risiko yang tidak dijangka, ia juga boleh mengelakkan anda daripada disaman oleh pihak berkuasa khususnya.

    Cuba setkan tarikh di dalam kalendar anda supaya tidak terlupa untuk memperbaharui insurans. Ingat, insurans penting untuk melindungi kenderaan tidak kiralah jika anda jarang gunakan kereta tu. Renew segera di Bjak jika ia hampir tamat tempoh. Buat perbandingan dan pilih satu perlindungan terbaik untuk insurans anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: