Skip to content
Home » Bolehkah Insuranskan Kereta Jika Tiada Lesen Memandu?

Bolehkah Insuranskan Kereta Jika Tiada Lesen Memandu?

    insurans kereta tiada lesen memandu

    Biasanya, lesen memandu merupakan salah satu daripada keperluan utama untuk mendapatkan insurans kenderaan di Malaysia. Ini kerana, syarikat insurans memerlukan maklumat tersebut bagi memeriksa rekod pemanduan anda. Walaupun begitu, ada juga situasi di mana segelintir individu tiada lesen memandu namun masih berniat untuk menginsuranskan kereta mereka supaya lebih selamat. Persoalannya di sini, bolehkah anda insuranskan kereta jika tiada lesen memandu?

    Jom ketahui penjelasan lanjut mengenainya menerusi artikel ini.

    Kenapa syarikat insurans perlukan lesen memandu?

    Insurans kan kereta jika tiada lesen memandu mungkin boleh, namun tidak banyak syarikat insurans yang menyediakannya.

    Seperti yang dinyatakan di atas tadi, lesen memandu diperlukan agar syarikat insurans dapat menilai sejarah pemanduan anda selama ini. Jika anda tiada lesen memandu, syarikat insurans tidak dapat menjangka potensi risiko yang mereka ambil dengan pemanduan anda. Boleh jadi anda pemandu berisiko tinggi, yang mana kerap melakukan kesalahan lalu lintas, memandu dengan berbahaya dan lain-lain, ataupun juga pemandu berisiko rendah di mana anda sangat berhati-hati dalam pemanduan (meskipun tiada lesen). 

    Apabila syarikat insurans tidak dapat mengenalpasti dan menjangka potensi risiko pemanduan anda, maka pihak tersebut juga secara tidak langsung akan sukar dan mengalami sedikit masalah untuk menilai berapa premium yang perlu anda bayar untuk insurans anda itu.

    Bolehkah anda menginsuranskan kereta anda tanpa lesen memandu

    Biasanya, tidak banyak syarikat insurans kereta yang sanggup memberikan perlindungan kepada individu yang tiada lesen memandu.

    Bagaimanapun, mungkin anda beberapa syarikat insurans kereta yang sanggup menyediakan perlindungan kepada kenderaan dengan mempertimbangkan bahawa anda mungkin tiada lesen memandu kerana faktor memiliki pemandu atau mempunyai masalah kesihatan.

    Jadi untuk mendapatkan insurans bagi kenderaan anda itu, anda bolehlah:

    • Menamakan orang lain sebagai pemandu utama di dalam polisi insurans – pastikan individu tersebut tinggal di alamat anda, mempunyai hubungan dengan anda dan juga ada lesen memandu yang sah

    Nota: Namun begitu ia tetap bergantung kepada syarat sebenar yang ditetapkan oleh syarikat insurans kerana mungkin individu yang anda ingin namakan sebagai pemandu utama tidak memenuhi semua kriteria yang ditetapkan. Selaras dengan pendekatan ini, anda secara tidak langsung boleh membeli polisi tersebut dan menamakan diri anda sebagai pemandu yang dikecualikan. Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa jika anda terlibat dalam kemalangan semasa memandu, anda tidak akan layak menerima sebarang pampasan daripada syarikat insurans ya!

    • Menamakan pemandu berlesen sebagai pemilik bersama kenderaan – ini mungkin alternatif yang terbaik. Anda berpeluang mendapatkan satu perlindungan insurans kereta dengan menamakan seseorang yang mempunyai lesen memandu yang sah sebagai pemilik bersama kenderaan.
    • Gunakan Polisi Kereta Terparkir – jika anda mempunyai kereta klasik/ mahal di rumah, maka anda biasanya perlu ambil insurans. Anda boleh berunding dengan syarikat insurans untuk memberikan perlindungan lain, namun masih menginsuranskan kereta anda daripada kecurian, kebakaran dan kerosakan.

    Dapatkan sahaja lesen memandu yang sah

    Sebaiknya bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari, dapatkanlah lesen memandu yang sah untuk diri anda. Ini bukan sahaja akan memudahkan anda mendapatkan perlindungan insurans untuk kenderaan, bahkan juga penting agar anda boleh layak membuat tuntutan jika berlaku sesuatu.

    Harga lesen memandu kereta dan motosikal

    Berikut merupakan anggaran harga lesen memandu bagi motosikal dan kereta.

    harga lesen memandu kereta dan motosikal

    Andai kata anda masih belum mengetahui cara mendapatkan lesen memandu, sila lihat artikel yang pernah dikongsikan Bjak sebelum ini.

    *Anda perlu ingat dan berhati-hati supaya tidak mengambil lesen terbang yang jelas salah di sisi undang-undang.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: