Skip to content
Home » Cara Claim Insurans Jika Kenderaan Terlanggar Haiwan Liar Ketika Memandu

Cara Claim Insurans Jika Kenderaan Terlanggar Haiwan Liar Ketika Memandu

    kemalangan kereta dengan haiwan liar

    Kebiasaannya, kita mungkin hanya terbiasa mendengar kemalangan membabitkan sesama kenderaan; motosikal-kereta, motosikal-motosikal, kereta-kereta, kereta-bas, kereta-lori, lori-motosikal, dan sebagainya.

    Namun jangan lupa, banyak juga kemalangan yang membabitkan kenderaan dengan haiwan liar sehingga ke hari ini, bahkan ada yang kehilangan nyawa dan kenderaan mengalami kerosakan teruk.

    Terdapat banyak kes di mana kenderaan terbabit dalam kemalangan akibat mengelak binatang melintas jalan raya

    Kawasan yang kerap berlaku kemalangan kenderaan dengan haiwan liar

    Dalam situasi ini, kebanyakan kemalangan di antara kenderaan dengan haiwan liar biasanya berlaku di kawasan berdekatan hutan di mana haiwan liar cuba melintas jalan untuk ke satu kawasan hutan dan kawasan hutan yang lain.

    Ia berlaku apabila hidupan liar ini cuba melintas jalan/ lebuh raya untuk bergerak ke kawasan hutan bertentangan bagi mencari makanan, mencari pasangan untuk membiak atau mencari habitat yang lebih sesuai. 

    Bolehkah claim insurans kalau terlanggar haiwan liar?

    Ia mungkin tidak pernah berlaku kepada anda sebelum ini. Namun, malang tidak berbau. Andai kata ia berlaku pada masa akan datang ketika sedang memandu, adakah anda tetap boleh membuat tuntutan daripada pihak insurans bagi menanggung kerugian yang dialami?

    Jawapannya adalah ya. Anda boleh membuat tuntutan insurans sekiranya terlibat dalam kemalangan dengan haiwan liar ketika sedang memandu.

    Namun, ada syarat yang perlu dipatuhi iaitu anda perlulah memiliki polisi insurans kereta 1st party ketika ia berlaku. Tuntutan anda itu boleh dibuat di bawah tuntutan kerosakan sendiri (own damage) yang mana secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada kadar NCD semasa anda. 

    Untuk makluman, syarikat insurans tidak menyediakan perlindungan khas / tambahan untuk tuntutan insurans jika anda terlanggar haiwan di atas jalan raya. Justeru disebabkan itu selepas tuntutan dibuat, NCD insurans kereta anda akan kembali ke angka sifar dan premium insurans akan kembali meningkat pada tahun berikutnya.

    Cara claim insurans kenderaan rosak akibat terlanggar haiwan liar

    Proses untuk claim insurans akibat terlanggar haiwan liar adalah sama seperti claim yang lain, seperti langkah-langkah di bawah:

    1. Lakukan penilaian segera ke atas kerosakan kenderaan anda. Segera hubungi syarikat insurans anda sekiranya kereta anda mengalami kerosakan yang teruk sehingga memerlukan perkhidmatan trak tunda.
    2. Ambil gambar kenderaan anda dan situasi selepas kemalangan bagi memudahkan proses tuntutan nanti.
    3. Bawa kereta anda ke balai polis yang berhampiran dan buat laporan dalam tempoh 24 jam.
    4. Bawa kereta ke bengkel panel anda.
    5. Sedia dan serahkan dokumen untuk proses tuntutan. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:
      1. salinan asal laporan polis
      2. polisi insurans 
      3. salinan kad pengenalan
      4. salinan lesen pemandu
    6. Setelah semuanya selesai, pekerja bengkel akan mengambil alih proses tuntutan insurans anda (pembaikan kereta).

    Berhati-hati apabila melihat papan tanda haiwan melintas

    Sebelum mendapat lesen memandu, anda pasti sudah menghadiri kelas dan melalui ujian komputer untuk mengenal pasti maksud-maksud papan tanda yang dipamerkan di bahu jalan raya. 

    Justeru, anda pasti sedar bahawa terdapat beberapa tanda yang direka bagi mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati untuk melintasi jalan tersebut kerana terdedah dengan risiko haiwan liar melintas secara tiba-tiba. 

    Antara papan tanda amaran haiwan melintas yang anda boleh lihat adalah seperti rajah di bawah:

    Hati-hati dengan papan tanda haiwan melintas

    Jadi, pastikan anda memandu dengan berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan sebarang kehadiran haiwan liar yang akan melintasi jalan raya tersebut bagi mengelakkan kemalangan.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: