Skip to content
Home » Cara Claim Insuran Kereta Rosak Akibat Banjir

Cara Claim Insuran Kereta Rosak Akibat Banjir

    claim insurans kereta rosak akibat banjir

    Seperti yang sudah dikongsikan pada artikel sebelum ini, insurans kereta tidak menawarkan perlindungan untuk kerosakan kereta akibat banjir.

    Ini bermakna, anda tidak boleh membuat tuntutan insurans bagi membaiki kerosakan (sama ada teruk atau tidak) jika ia disebabkan oleh bencana banjir, meskipun anda adalah pemegang polisi komprehensif.

    Perlindungan peril khas

    Perlindungan peril khas membolehkan anda untuk membuat tuntutan insurans.

    Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan jika anda ada memiliki perlindungan tambahan peril khas di dalam polisi komprehensif anda itu. Anda boleh membuat tuntutan insurans bagi membaiki kerosakan yang berlaku pada kereta anda di bawah tuntutan kerosakan sendiri (own damage). 

    Apa itu perlindungan tambahan peril khas atau juga disebut sebagai perlindungan bencana alam ini? Sila rujuk artikel yang pernah kami kongsikan mengenainya di sini

    Perlu anda tahu sebaik sahaja tuntutan dibuat, kadar NCD anda akan terjejas dan akan kembali ke angka sifar. Ia seterusnya akan menyebabkan premium insurans anda kembali mahal pada tahun berikutnya.

    Namun, ia masih berbaloi jika dibandingkan dengan kos pembaikan menggunakan wang dari poket sendiri bukan?

    Cara claim insuran kereta rosak akibat banjir

    cara claim insuran kereta rosak akibat banjir

    Tanpa berlengah lagi, berikut Bjak terangkan kepada anda cara claim insuran bagi kerosakan kereta akibat banjir.

    1. Ambil gambar kerosakan kereta – Sila ambil gambar kerosakan yang berlaku pada kereta anda dengan jelas dan memastikan nombor plat kenderaan juga turut kelihatan. Ia adalah langkah paling asas perlu anda lakukan sebelum mengemukakan tuntutan ya. Perkara ini perlu dibuat untuk ditunjukkan kepada syarikat insurans dan membuktikan bahawa anda tidak berbohong.
    2. Buat laporan polis – Laporan polis wajib dibuat kerana syarikat insurans akan meminta salinan laporan polis bagi proses tuntutan.
    3. Jangan hidupkan kenderaan anda – Selepas mendapati kereta rosak akibat banjir, anda dinasihatkan untuk tidak sesekali menghidupkan enjin kereta anda bagi mengelakkan daripada kerosakan enjin. Jika anda berbuat demikian, anda mungkin akan dianggap sebagai cuai, sekaligus menyukarkan proses tuntutan anda.
    4. Panggil trak tunda syarikat – Hubungi khidmat tunda daripada syarikat insurans anda dan hantarnya ke bengkel panel untuk pembaikan. 

    Dapatkan perlindungan peril khas

    Menurut laporan Berita Harian sebelum ini, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd mendedahkan bahawa hanya 11% atau kira-kira 123,000 daripada 1.11 juta pelanggan yang mendapatkan perlindungan tambahan bencana alam di dalam pelan komprehensif mereka pada tahun lalu. Angka ini sebenarnya adalah sangat sedikit dan rendah.

    Mengambil kira risiko banjir yang semakin kerap berlaku pada ketika ini, kami menyarankan anda untuk mempertimbangkan pengambilan perlindungan tambahan peril khas di dalam polisi komprehensif anda. Ingat, kos untuk membaiki kerosakan kereta akibat banjir adalah agak tinggi. Untuk mengelakkan kerugian pada masa akan datang, maka ambillah insurans ini yang harga atau premiumnya hanyalah 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan sahaja.

    Ingat, kita tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku kelak. Jadi, tidak salah untuk bersiap sedia dari sekarang.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: