Skip to content
Home » 7 Cara Elak Kemalangan Ketika Memandu

7 Cara Elak Kemalangan Ketika Memandu

    cara elak kemalangan ketika memandu

    Tahukah anda? Malaysia antara negara yang mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi setiap tahun, khususnya di musim perayaan. Bahkan menurut statistik seperti memetik laporan sebuah portal, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2022 mengatasi rekod era pandemik yang mana statistik dari Januari hingga September menunjukkan peningkatan 52% berbanding tahun sebelumnya.

    Walaupun tidak ada sesiapa boleh mengagak bila kemalangan akan berlaku, namun sebagai pemandu dan pengguna jalan raya, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

    Cara elak kemalangan ketika memandu

    Berikut beberapa tips atau cara elak kemalangan ketika memandu yang boleh anda praktikkan:

    Awasi titik buta

    Awasi titik buta

    Sila peka dengan keadaan sekeliling anda ketika sedang memandu. Pastikan tiada kelibat kenderaan lain terutamanya motosikal di sebelah kereta anda ketika ingin membelok. Anda boleh awasi titik buta menerusi cermin pandang belakang dan juga cermin sisi. 

    Pastikan juga kenderaan anda boleh dilihat oleh pengguna jalan raya lain terutamanya kenderaan berat seperti lori. Elak berada terlalu dekat atau betul-betul di sebelah lori kerana mereka mungkin tidak mampu melihat kelibat kenderaan anda.

    Berada di lorong yang betul

    Pastikan anda berada di lorong yang betul ketika sedang memandu. Jangan biarkan tayar kereta anda keluar daripada garisan putih kerana ia boleh mengelirukan dan membahayakan kenderaan lain.

    Jika anda ingin membelok, pastikan anda sudah berada di lorong yang sepatutnya beberapa meter/ saat lebih awal. Jangan membelok secara mengejut dan pastikan juga lampu signal turut diberikan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya lain.

    pasang signal sebelum membelok adalah merupakan salah satu cara elak kemalangan ketika memandu

    Pegang stereng dengan kedua-dua belah tangan

    Jangan sesekali lepaskan stereng kereta anda ya. Sila pastikan stereng kereta anda dipegang dengan kedua-dua belah tangan (kecuali jika ingin menukar gear) dengan cara yang betul. Jangan silangkan tangan atau lakukan sebarang perkara yang boleh membahayakan pemanduan anda.

    Tunggu beberapa saat selepas lampu isyarat bertukar hijau

    Jangan terus memecut atau bergerak apabila lampu merah sudah bertukar hijau. Tunggu sekejap dan lihat semua arah untuk memastikan tiada kenderaan lain yang melanggar lampu isyarat. 

    Selenggara enjin kereta mengikut jadual

    Enjin merupakan antara komponen dalam kenderaan yang sangat penting untuk dijaga ya. Ingat, enjin yang gagal berfungsi dengan baik secara tiba-tiba boleh mengundang bahaya terutama jika berlaku di tengah-tengah jalan raya. 

    Pastikan anda selenggara enjin kereta anda mengikut jadual yang ditetapkan. Selain enjin, pastikan juga tayar, lampu, wiper dan lain-lain turut diselenggara terutama jika ingin melakukan perjalanan jauh.

    Jaga had laju

    Jangan memandu dengan laju di terutama di kawasan perumahan bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini. Contohnya, mungkin ada kanak-kanak yang melintas secara tiba-tiba, kereta keluar masuk dan lain-lain.

    Pastikan anda sentiasa bersedia dan memandu dengan cermat sepanjang masa ketika melalui kawasan seperti ini ya.

    Prihatin sesama pengguna jalan raya

    Ini adalah perkara paling penting yang perlu dan boleh dilakukan oleh anda ketika sedang memandu. Pastikan anda prihatin sesama pengguna jalan raya yang lain, elak mementingkan diri sendiri dan bertolak ansurlah antara satu sama lain.

    Jika anda ada melihat sebarang pemanduan yang merbahaya atau mencurigakan, maka anda bolehlah segera laporkannya kepada pihak berkuasa. Ia bukan sahaja demi menjaga keselamatan anda, bahkan juga pengguna lain.

    Diharapkan perkongsian ini berguna dan bermanfaat untuk anda. Ingat, jalan raya adalah untuk kegunaan bersama. Tidak ada sesiapa yang inginkan kemalangan berlaku, jadi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko ia daripada terjadi. 

    Dalam pada itu, pastikan juga kenderaan anda sentiasa dilindungi insurans. Ia bagi memastikan anda dapat menerima bantuan dan boleh membuat tuntutan sekiranya berlaku sesuatu. Ingat, jangan sesekali memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans kereta mahupun motosikal serta roadtax yang sah ya!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: