Skip to content
Home » Cara Jaga Cat Kereta Putih

Cara Jaga Cat Kereta Putih

    Cara jaga cat kereta putih

    “Tak nak lah beli kereta warna putih, susah nak jaga!”

    Siapa pernah fikir macam ni sebelum beli kereta? Yelah, secara dasarnya, kereta yang berwarna putih sememangnya sedikit sukar untuk dijaga berbanding kereta berwarna lain. 

    Namun sebenarnya terdapat cara atau petua untuk menjaga cat kereta yang berwarna putih. Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.

    Susah ke jaga kereta cat warna putih?

    Selain hitam dan silver, kereta berwarna putih juga digemari oleh ramai individu. Selain faktor warnanya yang nampak lebih elegan dan ringkas, warna putih juga dilihat sesuai untuk dipandu oleh semua jantina di pelbagai peringkat usia.

    Namun, perhatian atau penjagaan yang lebih perlu diberikan sekiranya anda memilih untuk mendapatkan atau telah mempunyai kereta berwarna putih. Tanpa penjagaan yang rapi dan sepatutnya, warna cat kereta anda itu akan mula jadi kekuningan dan kusam. Bahkan jika musim hujan, kesan tompokan hitam akan mudah kelihatan pada bahagian pintu jika tidak segera dicuci.

    Sayang kan kalau loan kereta belum habis bayar, tapi warna kereta dah tak cantik?

    Warna kereta tukar kekuningan

    Secara amnya, ramai pemilik kereta putih mutiara akan mengalami situasi di mana cat berwarna putih bertukar menjadi agak kekuningan. Keadaan ini biasanya berlaku apabila usia kereta berusia tiga tahun dan ke atas. Namun jika tidak dijaga dari awal, keadaan tersebut boleh berlaku lebih awal lagi.

    Apabila warna cat putih kereta mula bertukar, maka agak sukar untuk anda mengembalikan warna putih asal meskipun sudah wax, polish dan seumpamanya. 

    Jadi sebagai langkah awal, sila pastikan anda sering menjaga warna cat kereta anda dengan melakukan tips-tips yang bakal dikongsikan di bawah ini.

    Tips jaga cat kereta putih

    Kerap cuci kereta

    Cuci kereta sekurang-kurangnya seminggu sekali

    Untuk anda yang memiliki kereta berwarna putih, pastikan anda menghantar kereta anda ke car wash atau cuci sendiri kereta anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kotoran lebih mudah kelihatan pada kereta yang berwarna putih. Jadi dengan berbuat demikian, anda boleh menghilangkan kotoran yang terlekat pada kereta anda dan mengekalkan kilauan warnanya.

    Jika anda membiarkan kereta putih anda tidak cuci selama sebulan contohnya, maka anda akan dapati banyak kesan tompok hitam yang tidak boleh ditanggal di banyak bahagian. Contohnya di bawah side mirror dan pemegang pintu.

    Polish kereta

    Polish kereta untuk hilangkan kesan calar

    Jangan lupa untuk polish kereta anda bagi menghilangkan kesan calar dan kotoran yang ada pada kereta. Semasa polish kereta, lap selembut yang boleh pada permukaan cat.

    Anda juga dinasihatkan untuk tidak membiarkan polish tersebut terlalu lama pada permukaan cat kerana apabila lama, ia akan menjadi kering dan terlalu keras. Kesannya, apabila wax dilakukan, akan terdapat kesan polish (polish mark) pada permukaan cat.

    Wax kereta

    Wax kereta untuk memastikan kotoran tidak mudah melekat

    Lebih-lebih lagi untuk kereta dengan cat berwarna putih, anda perlu lebih kerap melakukan wax pada kereta anda. Ini bagi memastikan kotoran tidak mudah terlekat pada cat kereta anda memandangkan wax tersebut sudah melicinkan permukaan cat.

    Untuk wax kereta, anda boleh lakukannya sahaja sendiri di rumah kerana prosesnya tidak sukar. Beli sahaja wax di mana-mana kedai seperti DIY atau hardware yang lain. 

    Nak tukar warna cat kereta? Ini panduannya!

    Kadang-kala, anda mungkin sudah rasa bosan dengan warna cat putih kereta anda itu dan ingin menukarnya dengan warna yang lain.

    Ikut sahaja panduan tukar warna cat kereta ini bagi mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    1. Cat dulu kereta anda dengan warna yang baru. Jika lebih daripada satu warna, warna yang paling banyak akan dianggap sebagai warna utama kenderaan anda.

    2. Datang ke pejabat JPJ untuk tujuan pemeriksaan dan kemas kini maklumat.

    3. Isikan borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serahkan kepada pegawai yang bertugas. (Untuk lebih mudah dan pantas, anda boleh download dahulu borang ini di portal rasmi JPJ bagi mengelakkan kesesakan).

    4. Pegawai JPJ akan memeriksa warna pada kenderaan anda sebelum kelulusan diberikan. Jika lulus, maklumat anda kemudiannya akan dikemas kini di dalam sistem MySikap.

    Panduan ubah suai cat kereta

    Jika anda menukar warna kenderaan secara wrap (dibalut dengan pelekat khas), proses yang sama juga perlu dibuat.

    Nota: Pengubahsuaian pada warna cat kereta perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selari dengan Seksyen (12) Akta JPJ 1987 – Pemeriksaaan Kenderaan Motor dan Pemberian Maklumat kepada Ketua Pengarah.

    Permohonan kelulusan pengubahsuaian warna kenderaan perlu dilakukan dalam tempoh 7 hari bagi mengelakkan kenderaan daripada dikenakan tindakan undang-undang seperti saman. 

    Jaga warna cat kereta anda

    Anda mengeluarkan ribuan ringgit untuk membeli kereta anda. Jadi, sebaiknya jagalah kenderaan anda itu sebaiknya supaya anda tidak berasa menyesal dan rugi pada masa akan datang.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: