Skip to content
Home » Ini Cara Nak Tuntut Insurans Kereta “Loss of Use” Kalau Kereta ‘Tersangkut’ Lama Dekat Bengkel

Ini Cara Nak Tuntut Insurans Kereta “Loss of Use” Kalau Kereta ‘Tersangkut’ Lama Dekat Bengkel

    loss of use - cover

    Jika anda pernah ditimpa kemalangan, anda pasti sudah tahu bahawa proses untuk membaiki kereta anda pastinya memakan masa yang sangat lama. Lebih menyusahkan lagi jika kereta anda itu merupakan satu-satunya pengangkutan utama yang anda ada buat masa itu.

    Kepada anda yang tidak tahu, sebenarnya terdapat satu perkara yang boleh membantu mengurangkan beban kewangan anda dalam menghadapi masalah itu. Anda sebenarnya boleh membuat tuntutan yang bernama loss of use atau juga dikenali sebagai Compensation for Assessed Repair Time (CART). Untuk mengetahui berkenaan tuntutan tersebut, teruskan membaca artikel ini.

    Apakah yang dimaksudkan dengan tuntutan Loss of Use?

    Loss of use atau compensation for assessed repair time (CART) merujuk kepada satu jumlah munasabah yang perlu dibayar oleh syarikat insurans sebagai pampasan bagi kehilangan penggunaan kenderaan. Namun begitu, pastikan polisi insuran kereta anda memiliki peril yang mengandungi tuntutan ini.

    Ia ditentukan berdasarkan tempoh masa yang diperlukan untuk membaiki kerosakan kereta anda di bengkel. Kerja-kerja pembaikan mungkin mengambil satu tempoh, bergantung pada tahap keterukan kenderaan tersebut. Akibatnya, mereka mungkin memerlukan masa selama sehari, seminggu atau sebulan untuk membaik pulih kereta anda.

    Anda mungkin mengalami kesulitan tanpa kenderaan anda. Disebabkan itu, anda mempunyai hak untuk menuntut CART terhadap insurans pihak lain kerana anda bukan dipihak yang bersalah dalam kemalangan itu.

    Pampasan yang anda terima berfungsi untuk membayar balik kepada anda bagi pilihan pengangkutan alternatif serta perubahan lain yang perlu anda buat pada masa itu.

    Jumlah bayaran pampasan Loss of Use yang boleh diperolehi

    Untuk pengetahuan anda, cara untuk mengira tuntutan loss of use ini boleh dirujuk dengan formula mudah seperti berikut:

    Kadar tambang teksi mengikut resit yang dikeluarkan atau perjanjian sewa kereta X bilangan hari kereta anda tersangkut di bengkel untuk dibaiki.

    Untuk membantu anda lebih memahaminya, rujuk skala pembayaran di dalam jadual seperti berikut:

    Siapa yang menentukan CART

    Secara amnya, ia akan ditentukan oleh penyelaras tuntutan insurans (adjuster) yang dilantik.

    Penyelaras tuntutan merupakan seorang profesional insurans terlatih yang mana peranan utamanya adalah untuk mewakili syarikat insurans kenderaan bagi menentukan kerugian kewangan yang dialami pelanggan selepas tuntutan difailkan.

    Selepas kereta anda diserahkan kepada bengkel (biasanya bengkel panel yang diakui oleh syarikat insurans tersebut), adjuster akan menganggarkan berapa lama bengkel akan mengambil masa untuk membaiki kereta anda dan seterusnya menentukan hari CART bagi membayar pampasan kepada anda.

    Penyelaras akan menganggarkannya dan mengesyorkan kepada agensi insurans. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar yang anda terima mungkin bergantung pada polisi insurans kereta anda.

    Cara nak tuntut pampasan Loss of Use

    Perkara pertama yang anda perlu buat adalah memastikan kereta anda sudah siap dibaiki terlebih dahulu. Selepas daripada itu, barulah anda boleh memulakan proses tuntutan seperti berikut:

    • Maklumkan kepada pihak bengkel bahawa anda mahu membuat tuntutan ‘loss of use’. Dengan berbuat demikian, pihak bengkel akan menyediakan laporan berkenaan hal pembaikan kereta anda berserta dokumen lain yang berkaitan.
    • Hantar semua dokumen yang ada termasuk laporan bengkel, resit kereta sewa, resit tambang, serta lain-lain dokumen yang diperlukan pihak insurans.
    • Kerap buat panggilan bagi memastikan bahawa proses anda sedang diproses.

    Beli perlindungan tambahan CART 

    CART adalah bermanfaat di mana anda boleh menggunakan pampasan tersebut untuk menampung kos sewa kereta atau tambang teksi semasa kereta anda dalam pembaikan di bengkel.

    Jadi, pertimbangkan perlindungan CART di dalam polisi komprehensif anda. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa premium tambahan yang anda perlu bayar untuk CART adalah berbeza-beza mengikut syarikat insurans. Sila pastikan anda banding dan semak dahulu dengan syarikat insurans sebelum membelinya.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: