Skip to content
Home » Ini Cara Nak Pindahkan NCD Insurans Kereta Anda

Ini Cara Nak Pindahkan NCD Insurans Kereta Anda

    cara pindah ncd - cover

    Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) atau Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) ialah suatu bentuk diskaun yang diberikan kepada pemilik kenderaan semasa mereka memperbaharui polisi insuran kereta. Tetapi, kadangkala ada kes di mana ada kereta lama yang sudah tidak boleh digunakan terpaksa dijual untuk digantikan dengan yang baharu. Apabila perkara ini terjadi, salah satu perkara penting yang perlu anda lakukan ialah memindahkan NCD anda daripada kenderaan lama kepada kenderaan baharu, supaya anda boleh terus menikmati diskaun yang sepatutnya anda dapat untuk kenderaan anda.

    Secara jujurnya, tak ramai orang yang memiliki kereta tahu cara memindahkan NCD mereka dengan cara yang betul. Oleh itu, kami telah menyediakan panduang ringkas ini untuk membantu anda memahami setiap proses. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara nak pindahkan NCD insurans kereta anda.

    Langkah 1: Sediakan dokumen

    Nak pindahkan NCD anda kepada kenderaan baharu memerlukan pembatalan NCD lama melalui proses yang dipanggil pengeluaran NCD. Untuk melakukan ini, anda memerlukan kad pengenalan dan penyata bank anda (diperlukan oleh sesetengah syarikat insurans). Sediakan sedikit wang tunai terlebih dahulu jika anda perlu membayar baki insurans premium anda (jika ada).

    Langkah 2: Isi borang

    Seterusnya, pergi ke cawangan terdekat penanggung insurans kenderaan lama anda dan minta borang untuk memindahkan NCD. Isi borang dengan butiran yang tepat dan lampirkan dokumen sokongan yang dinyatakan di atas. Setelah permohonan anda diluluskan, salinan borang pemindahan NCD akan diberikan kepada anda.

    Langkah 3: Perbaharui insurans

    Setelah pemindahan NCD anda diluluskan, perbaharui insurans kereta untuk kenderaan baharu anda dan lampirkan semua dokumen sokongan yang dinyatakan di atas termasuk borang kelulusan NCD. Selepas memperbaharui insurans anda, semak NCD yang dikemas kini untuk kenderaan baharu anda dalam talian melalui portal seperti MyCarInfo atau Fincrew. Jangan lupa untuk menyemak segala maklumat untuk kepastian.

    Perkara yang perlu ditekankan

    Seperti yang anda lihat, pemindahan NCD ini tidaklah terlalu rumit. Walau bagaimanapun, anda perlu beri perhatian kepada dua syarat ini bagi melayakkan diri untuk menerima pemindahan:

    Syarat 1: Kedua-dua kenderaan mestilah daripada jenis yang sama

    Ya, untuk memindahkan NCD anda, anda perlu memastikan bahawa kedua-dua kenderaan lama dan baharu adalah daripada jenis yang sama. Ini bermakna anda hanya boleh memindahkan NCD dari kereta persendirian ke kereta persendirian lain dan motosikal ke motosikal lain. Pemindahan silang NCD, sebagai contoh, daripada kereta persendirian kepada motosikal tidak dibenarkan kerana kadar NCD untuk jenis kenderaan yang berbeza tidak sama.

    Syarat 2: Kedua-dua kenderaan berkongsi pemilik yang sama

    Sebelum memindahkan NCD, anda mesti memastikan bahawa kedua-dua kenderaan lama dan baharu didaftarkan di bawah nama dan ID anda kerana pemindahan NCD hanya boleh dilakukan antara kenderaan pemilik yang sama. Ini kerana, NCD terikat dengan ID pemilik kenderaan. Jadi, untuk memindahkan NCD anda ke kenderaan lain, anda mesti memastikan kenderaan lain itu milik anda. Ia juga turut terpakai kepada kes memperoleh kenderaan daripada rakan atau ahli keluarga di mana pemindahan pemilikan diperlukan.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: