Skip to content
Home » Nak Beli Insurans Kereta? Ini Perkara Yang Anda Wajib Tahu!

Nak Beli Insurans Kereta? Ini Perkara Yang Anda Wajib Tahu!

    Perkara yang anda wajib tahu sebelum beli insurans kereta

    Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan pelanjutan bagi tempoh pembaharuan roadtax sehingga 31 Disember 2021. Namun, insurans kenderaan wajib ‘hidup’ sepanjang masa.

    Insurans kereta anda dah hampir tamat tempoh? Pastikan anda ketahui perkara-perkara di bawah sebelum renew insurans kereta anda.

    Jenis-jenis insurans kereta

    Jenis-jenis insurans kereta
    Jenis-jenis insurans kereta

    Sebelum anda renew insurans kereta anda, ketahui dulu jenis insurans untuk kereta anda. Terdapat tiga jenis insurans kereta yang anda boleh pilih: (1) Insurans Komprehensif, (2) Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian, dan (3) Insurans Pihak Ketiga. Baca artikel kami yang lepas untuk memahami jenis polisi insurans kereta.

    Penting untuk anda miliki jenis insurans kereta yang bersesuaian kerana setiap jenis insurans menawarkan perlindungan yang berbeza.

    Perlu renew insurans atau roadtax dulu?

    Perlu renew insurans sebelum renew roadtax
    Perlu renew insurans sebelum renew roadtax

    Anda mesti renew insurans kereta dulu. Lepas dah selesai, barulah boleh renew roadtax.

    Sekarang dah senang nak renew insurans dan roadtax. Nak tahu apa yang lagi menarik? Anda tak perlu pun keluar rumah untuk renew roadtax anda. Renew sahaja kedua-dua insurans dan roadtax secara online dan roadtax akan terus dihantar ke pintu rumah anda!

    Bila perlu renew insurans kereta?

    Janganlah tunggu insurans dah tamat baru nak renew insurans. Sebaiknya, renew insurans anda dua bulan sebelum tamat tempoh insurans. Ini juga untuk kebaikan anda supaya anda tidak terlepas tarikh tamat. 

    Sebagai contoh, insurans anda akan tamat pada 15 Disember 2021. Renew insurans anda dua bulan lebih awal iaitu pada 15 Oktober 2021. Jangan risau, insurans yang diperbaharui akan bermula pada 16 Disember 2021. 

    Boleh ke bertukar ke syarikat insurans lain?

    Ya, anda mempunyai hak dan pilihan untuk bertukar ke syarikat insurans lain. Malah, anda digalakkan untuk membandingkan tawaran oleh pelbagai syarikat insurans. Lihat dan bandingkan perlindungan serta manfaat yang ditawarkan sebelum memilih mana-mana insurans.

    Dokumen apa yang diperlukan untuk renew insurans?

    Jika anda renew insurans secara online, anda cuma perlu key in sahaja beberapa maklumat yang diperlukan dan terus dapatkan quotation tanpa sebarang dokumen! Sangat mudah!

    Sekiranya anda renew insurans anda melalui ejen secara offline atau fizikal, anda mungkin perlu menyediakan beberapa dokumen seperti polisi insurans lama dan geran kereta.

    Jumlah perlindungan: Nilai pasaran (market value) atau nilai yang dipersetujui (agreed value)?

    Ketahui dulu perbezaan antara nilai pasaran (market value) dan nilai yang dipersetujui (agreed value).

    Nilai pasaran atau market value ialah harga pasaran kereta anda. Sebagai contoh, nilai pasaran kereta anda ialah RM100,000 ketika anda membelinya pada tahun 2020. Namun setelah setahun, nilai pasaran kereta anda berkurang kepada RM85,000. Untuk pengetahuan anda, nilai pasaran kereta menurun sekitar 10-15% setiap tahun.

    Nilai yang dipersetujui atau agreed value pula ialah nilai yang dipersetujui oleh pihak insurans berdasarkan model dan tahun kereta anda. Sebagai contoh, nilai yang dipersetujui oleh insurans anda ialah RM85,000. Untuk gambaran yang lebih jelas tentang perbezaan nilai pasaran dan nilai yang dipersetujui, lihat contoh di bawah:

    Nilai pasaran (market value): RM85,000

    Nilai yang dipersetujui (agreed value): RM85,000

    Cuba bayangkan anda pilih nilai pasaran sebagai jumlah perlindungan kereta anda. 11 bulan lepas renew insurans, kereta anda kemalangan dan ditentukan sebagai total loss. Insurans anda cuma bayar anda RM70,000 kerana nilai pasaran kereta anda telah turun dari RM85,000 ke RM70,000. Tetapi, sekiranya anda memilih nilai yang dipersetujui, insurans anda akan membayar anda RM85,000 seperti yang dipersetujui, walaupun nilai pasaran kereta anda telah susut sehingga RM70,000.

    Jadi, anda perlu pilih agreed value atau market value?

    Ringkasnya, sekiranya kereta anda masih baru dan mempunyai hutang dengan bank, anda disarankan untuk memilih agreed value. Manakala, sekiranya kereta anda sudah lama dan tidak mempunyai hutang, anda bolehlah memilih market value.

    Berapa No Claim Discount (NCD) kereta anda? 

    No Claim Discount atau NCD ialah sejenis ganjaran dalam bentuk diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans untuk pemilik kereta yang tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun. Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan, semakin tinggi diskaun yang anda dapat nikmati setiap tahun sehingga maksimum 55%. Dengan adanya NCD, anda boleh membayar insurans dengan harga yang lebih rendah.

    Macam mana nak dapatkan NCD?

    NCD diberikan secara automatik semasa anda renew insurans kereta anda. Untuk melayakkan anda mendapat NCD, anda perlu memenuhi syarat satu tahun tanpa tuntutan. Ini bermaksud, jika anda membeli polisi insurans kenderaan untuk pertama kalinya, polisi tersebut tidak akan dapat NCD. Anda cuma akan menikmati diskaun sebanyak 25% semasa anda renew insurans pada tahun kedua.

    Ingat, sekiranya anda membuat tuntutan atau claim insurans, NCD anda akan kembali menjadi sifar. Walau bagaimanapun, sekiranya kemalangan berpunca daripada pihak ketiga, kelayakan NCD anda masih terpakai walaupun tuntutan insurans dibuat.

    Ini adalah kadar diskaun NCD bagi kereta milik persendirian.

    Kadar diskaun NCD bagi kereta milik persendirian
    Kadar diskaun NCD bagi kereta milik persendirian

    Bila perlu renew roadtax?

    Kebiasaannya, anda perlu renew roadtax anda dalam tempoh tujuh hari dari tarikh anda renew insurans. Anda disarankan untuk renew roadtax anda sebaik sahaja anda renew insurans anda. Jadi anda cuma perlu ingat satu tarikh saja untuk renew insurans dan roadtax. Kan lebih senang macam tu.

    Dapatkan insurans kereta anda di Bjak

    Tahniah kerana membaca sehingga ke akhir artikel. Memang penting untuk anda ambil berat tentang perkara yang anda wajib tahu sebelum beli insurans kereta. Lebih-lebih lagi anda perlu mengeluarkan sejumlah wang setiap tahun untuk renew insurans kereta anda.

    Sebagai langkah penjimatan, kami syorkan anda untuk renew insurans secara online di Bjak. Tak perlu keluar rumah sebab semuanya boleh selesai secara online. Kami tawarkan juga servis untuk renew roadtax. Anda cuma perlu tunggu di rumah. Kami akan hantarkan roadtax terus ke rumah anda. Jimat, mudah, murah dan pantas!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: