Skip to content
Home » Cara Renew Dan Bayar Roadtax Online

Cara Renew Dan Bayar Roadtax Online

    Bayar roadtax online

    Roadtax atau cukai jalan kenderaan wajib diperbaharui pada setiap tahun oleh setiap pemilik kenderaan yang berdaftar di Malaysia. Kini, urusan memperbaharui roadtax lebih mudah selepas kerajaan memperkenalkan roadtax digital, yang mana anda tidak perlu lagi mendapatkan pelekat roadtax di kaunter JPJ, myEG atau lain-lain. Ini bermakna, anda sudah boleh terus renew dan bayar roadtax online kerana roadtax anda akan diaktifkan secara serta merta dan boleh disemak menerusi aplikasi myJPJ.

    Jadi, berikut dikongsikan cara untuk renew dan bayar roadtax secara online agar anda dapat mengaktifkan semula roadtax yang telah tamat tempoh dengan lebih lancar, mudah dan pantas.

    Renew dan bayar roadtax online di Bjak

    Sebelum itu, anda perlu ingat bahawa sebelum roadtax boleh diperbaharui, anda terlebih dahulu perlu membeli insurans kenderaan kerana pada kebiasaannya tarikh tamat tempoh bagi kedua-dua insurans dan roadtax adalah sama.

    Tanpa perlindungan insurans yang aktif, urusan anda untuk memperbaharui roadtax tidak akan diteruskan baik secara online mahupun offline.

    Kini terdapat beberapa platform yang membolehkan anda untuk renew insurans dan buat bayaran roadtax online sekaligus, termasuklah Bjak.

    Berikut cara renew dan bayar roadtax secara online di Bjak:

    1. Layari laman web rasmi Bjak di www.bjak.my.
    2. Pilih untuk renew bagi kenderaan jenis kereta atau motosikal dan klik ‘minta quote percuma’.
    3. Isikan maklumat yang diminta termasuklah nombor pendaftaran kenderaan, nama serta nombor kad pengenalan pemilik kenderaan, dan alamat emel anda.
    4. Sebut harga anda kemudiannya akan dihantar menerusi emel dalam masa 5 minit.
    5. Mula bandingkan senarai pelan insurans yang ada. Klik pada insurans pilihan anda dan tekan juga butang roadtax (roadtax digital atau sticker) untuk pembaharuan roadtax sekaligus.
    6. Kemudian, anda boleh teruskan dengan pembayaran secara online.
    7. Jika anda memerlukan sticker roadtax, penghantaran untuk sticker roadtax anda itu akan dilakukan dalam masa 2 hingga 3 hari bekerja. Caj sebanyak RM20 akan dikenakan untuk penghantaran roadtax ke rumah anda.
    8. Selesai!
    Cara renew dan bayar roadtax online di Bjak

    Renew dan bayar roadtax online di MySikap

    MySikap dibangunkan oleh JPJ khusus bagi memudahkan urusan orang ramai yang ingin memperbaharui roadtax atau lesen, tukar hak milik kenderaan, beli nombor plat terkini setiap negeri, semakan saman trafik dan banyak lagi. 

    Di bawah ini adalah cara-caranya:

    Cara renew dan bayar roadtax di MySikap

    Renew roadtax sebelum tamat tempoh

    Pastikan anda sentiasa mengikuti peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jangan biarkan kenderaan anda dipandu tanpa memiliki roadtax serta insurans kenderaan yang sah. Ingat, kesalahan anda memandu tanpa kedua-dua dokumen penting ini akan menyebabkan anda berdepan tindakan saman tidak kurang RM300!

    Dengan adanya platform yang akan memudahkan anda untuk renew dan bayar roadtax online seperti Bjak, ia pastinya akan memudahkan lagi urusan anda. Jadi, buat sekarang jika sudah tamat tempoh. Jadilah pemilik kenderaan yang bertangunggjawab setiap masa ya!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: