Skip to content
Home » Cara Renew Road Tax Malaysia Edisi 2023: Panduan Lengkap

Cara Renew Road Tax Malaysia Edisi 2023: Panduan Lengkap

    Renew road tax Malaysia

    Pembaharuan road tax Malaysia perlu dilakukan pada setiap tahun, seelok-eloknya dua bulan sebelum ia tamat tempoh. Namun dalam mendapatkan roadtax yang sah, semua pemilik kenderaan perlu memastikan bahawa insurans sudah diperbaharui terlebih dahulu, tidak kiralah apa jenis polisi insurans yang anda ambil sekalipun.

    Sesetengah pemilik kenderaan di Malaysia mungkin masih mengabaikan kepentingan renew road tax. Tindakan itu akhirnya membawa padah apabila ramai yang ditahan terutama di sekatan jalan raya apabila didapati memandu tanpa roadtax yang sah. 

    Antara alasan yang sering digunakan apabila didapati membawa kenderaan tanpa roadtax yang sah adalah:

    1. Tidak perasan roadtax telah tamat tempoh
    2. Terlupa renew roadtax
    3. Kenderaan jarang digunakan
    4. Tiada bajet memandangkan harga untuk renew insurans mahal
    5. Susah renew roadtax (remeh)

    Sebenarnya, tidak wajar untuk mana-mana pemilik kenderaan memberikan alasan (terutama point nombor 5) selepas didapati memandu tanpa roadtax yang sah. Ini merupakan tanggungjawab anda selepas memiliki kenderaan, dan ia perlu dipatuhi tidak kiralah kenderaan itu kenderaan baru, lama, atau bahkan jarang digunakan.

    Untuk pemilik kenderaan, adalah penting untuk anda tahu segalanya mengenai road tax, termasuklah cara paling mudah untuk perbaharuinya. Sebelum kami kongsikan tips paling mudah untuk renew road tax, jom kami kongsikan beberapa info penting mengenainya yang perlu dan wajib anda tahu.

    Apa itu road tax Malaysia?

    “Kenapa saya kena renew roadtax setiap tahun? Kenapa pula kena saman kalau tak renew?” 

    Khususnya untuk anda yang baru pertama kami memiliki kenderaan baik motor atau kereta, anda perlu fahami bahawa roadtax adalah sejenis cukai yang sememangnya dikenakan ke atas setiap pemilik kenderaan yang berdaftar di Malaysia. Ia adalah WAJIB dan bukan dikenakan kepada kenderaan-kenderaan tertentu sahaja!

    Road tax adalah wajib baik untuk kenderaan ringan persendirian, komersial, syarikat dan juga kenderaan berat. 

    Anda perlu membayar cukai ini bagi membolehkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) membaiki, membina, dan menaik taraf jalan raya di Malaysia. 

    Bila anda perlu dan boleh renew roadtax

    • Perlu: Road tax anda perlu diperbaharui SELEPAS anda mendapatkan insurans untuk kenderaan anda itu. Tanpa insurans, road tax anda tidak akan dapat diproses tidak kiralah anda cuba lakukannya di JPJ, MyEG, Pejabat Pos atau bahkan secara online.
    • Boleh: Road tax anda boleh diperbaharui seawal 2 bulan sebelum ia tamat tempoh. Namun ingat, pastikan insurans bagi kenderaan anda itu sudah diperoleh terlebih dahulu barulah pembaharuan roadtax dapat diproses. 

    Berapakah harga road tax Malaysia?

    Harga road tax di Malaysia adalah berbeza berdasarkan kapasiti enjin, lokasi geografi, jenis kenderaan serta pemilikan kenderaan. Namun, apa yang anda perlu ingat dan tahu adalah harga roadtax yang perlu anda bayar pada setiap tahun adalah sama, selagi mana anda miliki kereta/ motor yang sama (dan tidak mengubah kapasiti enjin anda). Ia berbeza dengan harga insurans yang mana premium yang dibayar oleh anda setiap tahun adalah berubah-ubah, boleh jadi semakin mahal atau semakin murah bergantung pada kadar NCD semasa anda, serta faktor-faktor lain yang diambil kira pihak insurans, termasuklah rekod pemanduan anda. 

    Bagi harga road tax di Malaysia, secara amnya, semakin tinggi kapasiti enjin sesebuah kenderaan itu, maka semakin mahallah harga road tax yang akan dikenakan pada anda. Dalam pada itu, lokasi geografi juga memainkan peranan dalam menentukan harga road tax ya. Pada dasarnya, harga road tax untuk kenderaan di Sabah dan Sarawak adalah lebih murah berbanding Semenanjung Malaysia.

    Untuk fahaminya dengan lebih mudah, kita ambil contoh anggaran kiraan harga roadtax bagi kenderaan jenama Proton mengikut cc dan juga lokasi geografi seperti jadual di bawah:

    Jenis/ jenama kereta (cc)Harga di SemenanjungHarga di Sabah & Sarawak
    Proton Saga 1.3 RM70.00RM56.00
    Proton Ertiga 1.4RM70.00RM56.00
    Proton X50 1.5RM90.00RM56.00
    Proton Saga 1.6RM90.00RM56.00
    Proton X70 1.8RM279.60RM223.68
    Proton Inspira 2.0RM379.00RM273.50
    Proton Perdana 2.4RM734.00RM451.00

    Sama seperti kereta, harga roadtax motor juga ditentukan berdasarkan kapasiti enjinnya dan juga lokasi geografi pemilik motor.

    Justeru, berikut dikongsikan harga roadtax motor mengikut cc yang boleh anda rujuk.

    harga atau kiraan roadtax motor mengikut cc

    Dalam pada itu, anda juga boleh semak harga road tax untuk kenderaan anda menerusi pelekat (sticker road tax) semasa anda, ataupun menerusi aplikasi myJPJ yang mana ia memaparkan road tax digital anda.

    Apakah dokumen yang diperlukan untuk renew road tax Malaysia

    Pembaharuan road tax di Malaysia sebenarnya adalah sangat mudah. Anda tidak perlu membawa sebarang dokumen sekalipun. Hanya pastikan anda:

    1. Ingat nombor plat kenderaan anda
    2. Bawa kad pengenalan anda
    3. Insurans sudah diperbaharui

    Saya baru perasan geran saya telah hilang, boleh ke renew roadtax?

    Jangan risau! Pembaharuan roadtax tetap boleh dilakukan meskipun geran kenderaan anda telah hilang. Yang penting, pastikan sahaja insurans anda telah diperbaharui. 

    Biasanya, geran hanya diperlukan apabila ia melibatkan urusan jual beli kenderaan, tidak kiralah sama ada ingin menjualnya secara persendirian (individu -individu) ataupun di kedai jual beli kereta terpakai.

    Di mana anda boleh renew road tax Malaysia

    Anda boleh mendapatkan road tax secara terus di pejabat JPJ atau mungkin juga di Pejabat Pos yang berdekatan.

    Itu adalah antara alternatif yang mungkin mudah untuk sesetengah individu di luar sana.

    Namun, untuk makluman anda, terdapat cara yang lebih senang dan pantas bagi mendapatkan road tax buat kenderaan anda iaitu menerusi platform Bjak.

    Cara renew road tax Malaysia menerusi Bjak

    Dengan Bjak, anda akan mendapat kemudahan untuk renew insurans dan road tax sekaligus, tanpa sebarang syarat (melainkan road tax anda sudah tamat tempoh lebih 3 tahun dan ada saman tertunggak).

    Bjak bukan sahaja menyediakan kemudahan untuk perbaharui road tax secara online, bahkan juga anda boleh pilih sama ada untuk mendapatkan road tax fizikal (sticker road tax) ataupun road tax digital, yang mana mula diperkenalkan oleh kerajaan sejak Februari 2023.

    Mendapatkan road tax di Bjak adalah sangat mudah dan selamat. Hanya ikut sahaja langkah-langkah yang akan dikongsikan di bawah ini bagi mendapatkan road tax serta insurans anda dalam hanya 5 minit:

    1. Layari laman web rasmi Bjak di www.bjak.my.
    2. Pilih untuk renew bagi kenderaan jenis kereta atau motosikal dan klik ‘minta quote percuma’.
    3. Isikan nombor pendaftaran kenderaan, nama serta nombor kad pengenalan pemilik kenderaan, dan alamat emel anda.
    4. Sebut harga dihantar menerusi emel anda dalam masa 3 minit.
    5. Bandingkan senarai pelan insurans yang ada. Klik pada insurans pilihan anda dan tekan juga butang roadtax (roadtax digital atau sticker) untuk pembaharuan roadtax sekaligus.
    6. Teruskan dengan pembayaran secara online. Jika anda pilih untuk bayar secara ansuran, bayaran anda akan dibahagikan secara sama rata mengikut tempoh yang ditetapkan. 
    7. Jika anda memerlukan sticker roadtax, penghantaran untuk sticker roadtax anda itu akan dilakukan dalam masa 2 hingga 3 hari bekerja. Caj sebanyak RM20 akan dikenakan untuk penghantaran roadtax ke rumah anda. 
    8. Selesai!

    Apa kelebihan renew road tax Malaysia di Bjak?

    • Boleh renew insurans dan road tax sekaligus
    • Boleh bandingkan antara insurans konvensional dengan Takaful Motor
    • Dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga (tidak perlu beratur di luar untuk renew roadtax)
    • Boleh renew dulu, bayar kemudian (dengan Buy Now Pay Later) jika anda kekurangan bajet untuk renew insurans mahupun roadtax

    *menerusi Bjak, anda juga boleh banding dan membuat kira-kira contohnya pengiraan insurans kereta Etiqa Takaful bersama-sama pelan insurans kereta yang lain. Dengan perbandingan yang dilakukan, anda bukan sahaja boleh mendapatkan pelan insurans terbaik buat kenderaan anda, bahkan juga berupaya membeli insurans mengikut bajet yang mungkin telah anda tetapkan.

    Soalan lazim renew road tax Malaysia di Bjak

    Adakah semua jenis kenderaan layak perbaharui roadtax di Bjak?

    Bjak menawarkan kedua-dua perkhidmatan iaitu pembaharuan insurans dan roadtax untuk semua kenderaan yang didaftarkan di bawah hak milik PERSENDIRIAN sahaja. 

    Bagaimanapun untuk kereta yang digunakan bagi kegunaan e-hailing, hanya perkhidmatan pembaharuan insurans disediakan.

    Ada saman tertunggak, bolehkah anda renew roadtax di Bjak?

    Anda akan diminta untuk melangsaikan dahulu segala saman yang ada, terutamanya saman yang disenarai hitam bagi membolehkan roadtax anda diproses. Anda boleh cek dan bayar saman anda contohnya menerusi aplikasi MyBayar Saman.

    Perlu anda tahu, biasanya ketika proses pembaharuan roadtax, servis dalam talian JPJ akan membuat semakan saman yang tertunggak ataupun senarai hitam yang telah direkodkan di kedua-dua pangkalan data JPJ dan PDRM. Jadi bagi memastikan roadtax anda boleh diproses dengan lancar, anda bolehlah semak dahulu jika ada sebarang tunggakan saman dan bayar semua saman tertunggak yang telah direkodkan terlebih dahulu.

    Bolehkah anda renew roadtax bagi pihak orang lain?

    Ya, anda boleh juga membuat pembaharuan roadtax dan insurans di Bjak untuk kenderaan milik orang lain. Dan sama juga, orang lain boleh renew insurans dan roadtax kenderaan bagi pihak anda di Bjak. 

    Hanya pastikan sahaja maklumat yang diisi adalah tepat agar sebut harga boleh dikeluarkan tanpa sebarang masalah, dan polisi insurans juga sah selepas pembelian dibuat.

    Renew roadtax anda hari ini!

    Jika anda mendapati roadtax anda akan tamat tempoh tidak lama lagi, jangan lupa untuk pastikan ia segera diperbaharui. Selain mengelakkan anda daripada dikenakan tindakan saman akibat memandu tanpa roadtax yang sah, ia juga penting bagi memastikan kenderaan anda boleh dilindungi daripada sebarang kejadian yang tidak dijangka baik ketika memandu ataupun memakirkan kereta.

    Kami sudah berkongsikan cara yang paling mudah untuk anda renew dan dapatkan roadtax, iaitu menerusi Bjak. Jadi, tunggu apa lagi? Layari Bjak sekarang agar anda boleh renew dapatkan kedua-dua roadtax dan insurans anda dalam hanya 5 minit sahaja!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: