Diskaun Tanpa Tuntutan atau NCD, ialah diskaun yang diberikan untuk premium insurans kenderaan oleh syarikat insurans di Malaysia yang bertindak sebagai ganjaran/insentif untuk pemilik kenderaan yang mempunyai rekod pemanduan yang baik. NCD adalah antara bahagian penting dalam polisi insurans kenderaan kerana ia menentukan jumlah wang yang perlu dibayar apabila anda memperbaharui insurans anda setiap tahun.
Oleh itu, dengan mempelajari cara untuk cek NCD (juga dikenali sebagai Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) oleh sesetangah orang) adalah amat penting. Tapi jangan risau, kerana kami akan bantu anda untuk cek secara satu persatu kadar NCD insurans kereta anda secara percuma. Teruskan membaca untuk mengetahuinya.
Kadar NCD untuk kenderaan
Kadar NCD untuk semua kenderaan persendirian dan komersial telah ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), dan setiap syarikat insurans di negara ini mengikutinya. Kadar NCD untuk kenderaan baharu biasanya bermula pada sifar pada tahun pertama pembelian dan secara beransur-ansur terkumpul dari semasa ke semasa.
Sekiranya tiada tuntutan dikemukakan atau dibuat terhadap polisi, pemilik kereta persendirian boleh menikmati diskaun maksimum 55% (dari tahun keenam dan seterusnya), manakala pemilik motosikal mendapat diskaun maksimum 25% (dari tahun ke-4 dan seterusnya). Berikut ialah jadual yang mengandungi kadar NCD untuk insurans kereta persendirian, motosikal dan kenderaan komersial di Malaysia:
Macam mana cara nak semak NCD?
Anda boleh menyemak kadar NCD anda dengan mudah secara dalam talian melalui laman web bernama MyCarInfo. Laman web ini membolehkan anda menyemak butiran, seperti peratusan NCD anda yang seterusnya, tarikh kuat kuasa NCD dan tempoh perlindungan polisi secara percuma. Langkah-langkah nak cek adalah seperti berikut:
- Langkah 1: Layari www.mycarinfo.com.my
- Langkah 2: Klik pada pilihan Pertanyaan NCD di halaman utama
- Langkah 3: Klik pada butang ” Ketahui NCD Anda Dalam Talian ” di halaman NCD
- Langkah 4: Masukkan Nombor Pendaftaran Kenderaan dan Nombor ID (NRIC) anda, kemudian tandakan pada kotak untuk bersetuju dengan terma dan syarat serta CAPTCHA “Saya bukan robot”.
- Langkah 5: Selepas selesai masukkan semua butiran yang diperlukan, klik “Dapatkan Laporan NCD Saya” untuk melihat kadar NCD anda serta butiran lain.
Laporan yang dikeluarkan terdiri daripada butiran penting mengenai NCD kenderaan anda seperti:
- Peratusan NCD Seterusnya
- Tarikh Berkuat kuasa NCD Seterusnya
- Tempoh Perlindungan Polisi Semasa
- Peratus NCD Semasa
- Tarikh Berkuat kuasa NCD Semasa
Butiran ini membolehkan anda mengetahui tentang diskaun yang anda akan dapat untuk tahun berikutnya dan tarikh pembaharuan insurans anda yang seterusnya. Dengan menyemak laporan ini dari semasa ke semasa, ia dapat membantu orang ramai untuk mengekalkan pemanduan yang selamat bagi terus menikmati NCD.
Selain dari itu, ia juga dapat menimbulkan rasa selamat kepada pemilik kenderaan untuk menyemak sama ada terdapat sebarang tuntutan tidak dibenarkan yang dikemukakan terhadap polisi mereka, terutamanya jika pemandu lain menggunakan kenderaan yang sama diinsuranskan. Jangan lupa untuk berkongsi artikel ini dengan rakan dan keluarga anda yang mungkin memerlukan bantuan untuk memeriksa NCD mereka.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: