Skip to content
Home » Cara Nak Tahu Tarikh Luput Insurans Kereta

Cara Nak Tahu Tarikh Luput Insurans Kereta

    tarikh luput insurans - cover

    Seperti yang anda sedia maklum, insurans kereta anda mempunyai tarikh luput dan perlu diperbaharui setiap tahun. Jika anda memandu dengan polisi insurans yang telah tamat tempoh, berhati-hatilah! Anda mungkin akan didenda RM300 daripada JPJ, dan anda pastinya tidak mahu ia terjadi. Jadi bagaimana anda nak tahu tarikh luput insurans kereta anda? Teruskan membaca artikel ini untuk tahu caranya.

    Semak polisi insurans atau nota perlindungan

    Perkara paling penting sekali, anda perlu ingat di mana anda simpan polisi insurans atau nota perlindungan anda.

    Polisi insurans atau nota perlindungan anda mengandungi maklumat penting tentang kereta anda, termasuk jumlah insurans kereta anda, premium insurans, jumlah lebihan dan tarikh luput insurans. 

    Jadi jika anda tidak ingat tarikh luput insurans kereta anda, rujuk sahaja polisi insurans atau nota perlindungan anda. Untuk kegunaan masa hadapan anda, buat salinan digital polisi insuran kereta anda dan nota perlindungan. Sama ada salinan imbasan atau foto, cuma pastikan anda mempunyai salinan yang boleh anda akses dengan mudah. 

    Semak tarikh luput insurans kereta dalam talian

    Tak ingat di mana anda menyimpan polisi insurans kereta atau nota perlindungan?

    Tiada masalah! Anda sebenarnya boleh menyemak tarikh luput anda dalam talian menggunakan MyCarInfo secara percuma.

    Langkah 1: Isikan butiran di MyCarInfo

    Pergi ke MyCarInfo (Pertanyaan Dalam Talian NCD). Masukkan nombor plat dan nombor kad pengenalan pemilik kereta. Setelah selesai, klik pada butang “DAPATKAN LAPORAN NCD SAYA.”

    Jika kereta anda didaftarkan di bawah syarikat, sila masukkan nombor pendaftaran syarikat.

    Perkhidmatan percuma ini boleh digunakan untuk mana-mana kenderaan, termasuk motosikal dan kenderaan yang disewa.

    Langkah 2: Semak tarikh luput insurans kereta

    Selesai! Hanya rujuk kepada “Tempoh Perlindungan Polisi Semasa” untuk mengetahui tempoh perlindungan insurans sedia ada anda.

    Anda juga akan memperoleh maklumat berikut:

    1. Peratusan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) Seterusnya
    2. Tarikh kuat kuasa NCD seterusnya
    3. Peratusan NCD semasa
    4. Tarikh kuat kuasa NCD semasa

    Bonus: Semak status polisi insurans

    Katakan bahawa anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang insurans sedia ada anda, anda boleh menggunakan “I-Search”, satu lagi perkhidmatan percuma oleh MyCarInfo.

    Beberapa maklumat yang anda boleh dapatkan melalui “I-Search” termasuk anda:

    • Pembekal insurans
    • Jenis perlindungan
    • Status polisi insurans

    Langkah 1: Isikan butiran di MyCarInfo

    Pergi ke MyCarInfo (I-Search). Masukkan nombor plat, nama dan alamat e-mel anda. Setelah selesai, klik pada butang “PERTANYAAN.”

    Langkah 2: Dapatkan maklumat polisi insurans

    Selesai! Anda boleh melihat pembekal insurans anda, jenis perlindungan dan status polisi insurans anda sama ada ia masih aktif atau tidak lagi aktif.

    Perbaharui insurans kereta di BJAK

    Oleh itu, apabila anda terlupa tarikh tamat tempoh insurans kereta anda, hanya rujuk polisi insurans atau nota perlindungan anda. Cara yang lebih mudah ialah menyemak tarikh luput dalam talian menggunakan Pertanyaan NCD atau I-Search di MyCarInfo.

    Di BJAK, anda boleh memperbaharui insurans kenderaan anda dalam talian di mana-mana sahaja. Jika anda tidak ingat tarikh luput anda, hubungi BJAK, pada bila-bila masa! 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: