Skip to content
Home » Cermin Kereta Kena Pecah Sebab Double Park, Boleh Ke Claim Insurans?

Cermin Kereta Kena Pecah Sebab Double Park, Boleh Ke Claim Insurans?

    cermin kereta pecah

    Situasi double park kereta sememangnya sering berlaku khususnya di kawasan bandar. Dengan bilangan kotak parking yang terhad dibandingkan dengan jumlah kenderaan yang ada, sesetengah pemandu tidak mempunyai pilihan selain terpaksa memakirkan kereta mereka di hadapan kenderaan lain, lebih-lebih jika mempunyai urusan penting.

    Namun perbuatan double park kereta di Malaysia adalah salah dan melanggar peraturan jalan raya. Bersiap sedia untuk membayar saman sebanyak RM300 jika anda dikesan melakukannya. Malah, anda juga mungkin dikenakan tindakan di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara minimum 12 bulan atau kedua-duanya jika didapati bersalah. 

    Kenapa anda tak boleh double park kereta?

    double park kereta

    Setiap peraturan yang ditetapkan, mempunyai sebab dan alasannya yang tersendiri. Tindakan double park kereta sebenarnya boleh: 

    • Menambah kesesakan jalan raya 
    • Mengganggu kelancaran jalan raya khususnya di jalan yang mempunyai dua lorong sahaja
    • Melambatkan urusan orang lain
    • Menyusahkan pejalan kaki dan orang kelainan upaya (OKU)
    • Boleh menyebabkan salah faham
    • Berisiko menyebabkan pelanggaran di antara kenderaan

    Apa perlu anda buat jika cermin kereta anda dipecahkan gara-gara double park

    Situasi double park ini kebanyakannya berlaku di kawasan perindustrian, pejabat dan juga kawasan perumahan seperti rumah pangsa dan flat.

    Ia mungkin tidak begitu menjadi masalah sekiranya anda double park kereta sambil menurunkan brek tangan dan meletakkan gear di level “N’. Namun, ia mungkin boleh menjadi punca perbalahan jika brek tangan ditarik dan gear pula diletak pada ‘P’.

    Jika itu berlaku, ini bermakna kereta yang dihalang oleh kenderaan itu tidak boleh keluar daripada kotak parkingnya, bukan? Jadi, pilihan terakhir yang mungkin dilakukan apabila keadaan memaksa adalah dengan memecahkan cermin kereta kenderaan double park berkenaan.

    Jangan terkejut, sebelum ini, banyak juga kejadian di mana cermin kereta terpaksa dipecahkan gara-gara tidak menurunkan brek tangan dan meletakkan gear di level ‘P’. Meskipun ia mungkin kelihatan kasar, namun keadaan mungkin memaksa mereka untuk berbuat demikian.

    Jika anda berada dalam situasi tersebut (cermin kereta dipecahkan gara-gara tak turunkan handbrake ketika double park), bolehkah anda claim insurans untuk membaikinya?

    Ini jawapan kami untuk anda.

    Bolehkah anda claim insurans ?

    Ya, anda boleh sahaja membuat tuntutan insurans, bergantung kepada hasil laporan polis. Jika anda sah didapati bersalah, maka anda perlu membuat tuntutan insurans kerosakan sendiri (Own Damage Claim) di bawah polisi anda sendiri. Kesannya, NCD anda akan terjejas memandangkan anda yang bersalah di dalam situasi ini.

    Jika anda mendapati cermin kereta anda dipecahkan ketika double park, buat sahaja laporan polis dan hubungi syarikat insurans anda untuk mendapatkan penjelasan atau bantuan daripada mereka. 

    1. Hantar kereta ke bengkel panel syarikat insurans anda. Jika tidak pasti, dapatkan dulu kepastian dengan menghubungi hotline syarikat insurans anda

    2. Isi borang tuntutan di bengkel tersebut. Pastikan anda maklumkan kepada pihak bengkel bahawa anda ingin membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda.

    3. Selepas pembaikan, anda boleh bawa pulang kereta anda. Tiada sebarang kos yang perlu dikeluarkan oleh anda untuk pembaikan cermin sekiranya anda membuat tuntutan insurans.

    Bagaimanapun jika siasatan polis mendapati anda tidak bersalah, maka pihak ketiga (individu yang pecahkan cermin kereta anda) perlu bertangunggjawab untuk menanggung kerugian pada kereta anda menggunakan polisi insurans mereka. Bermakna, anda hanya perlu membuat tuntutan pihak ketiga sahaja. Dengan membuat tuntutan pihak ketiga, maka NCD anda juga tidak akan terjejas!

    Nak double park kereta? Tahu cara yang betul

    Kadang-kala, kita bukannya sengaja tetapi terpaksa double park kereta untuk seketika kerana tiada pilihan. Namun, jika anda ingin double park kereta, pastikan caranya betul dan berhemah supaya anda tidak menyusahkan orang lain dan mengelakkan kejadian seperti situasi di atas daripada berlaku. 

    Bagaimana cara yang dimaksudkan?

    1. Tinggalkan nombor telefon anda di paparan windscreen kereta
    2. Set gear kepada N
    3. Turunkan handbrake

    Jika anda memiliki kereta baru dan menyukarkan anda untuk double park kerana kunci tidak boleh dicabut/ enjin tak boleh mati/ kereta tak boleh kunci selagi gear tidak diletakkan pada level ‘P’ dan handbrake ditarik, maka cuba cara ini:

    1. Luruskan stereng untuk memudahkan orang lain mengalihkan kereta anda 
    2. Matikan enjin (kalau keyless)/ cabut kunci
    3. Tekan dan hold button “Shift Lock” sambil turunkan gear dari P ke N.
    4. Lepaskan button “Shift Lock” dan turunkan handbrake

    Ingat, jangan menyusahkan orang lain untuk kesenangan kita ya! Sama-sama kita bertimbang rasa di antara satu sama lain.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: