Durian runtuh? Maksudnya rezeki yang datang secara tiba-tiba atau tidak disangka. – Seronok kalau dapat ni.
Tapi kalau durian ‘runtuh’ atas kereta, maksudnya apa pula? Maknanya, peninglah kepala anda. Lagi-lagi kalau jatuh tu sampai retak teruk cermin kereta anda. Banyak kos anda perlu tanggung untuk baikinya semula.
Tak apa, claim insurans cermin kereta je lah! Tapi boleh ke? Apa kesannya nanti? Jom ketahuinya dengan lebih lanjut menerusi artikel ini.
Boleh ke claim insurans baiki cermin kereta retak akibat dihempap buah?
Untuk makluman, ya anda boleh membuat tuntutan insurans bagi membaiki kerosakan/ keretakan cermin kereta akibat daripada contoh situasi di atas.
Namun, ada syarat-syarat yang perlu anda patuhi iaitu:
- Anda memiliki/ pemegang polisi insurans komprehensif
- Insurans anda masih aktif
Claim insurans itu nanti boleh dibuat di bawah tuntutan kerosakan sendiri (Own Damage Claim) bagi membaiki kerosakan pada cermin kereta anda.
Apakah kesannya jika claim insurans untuk baiki cermin kereta?
Walau bagaimanapun, perlu anda ketahui bahawa kadar NCD insurans kereta anda akan terjejas sebaik tuntutan dibuat. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan premium insurans kereta anda pada tahun berikutnya kembali mahal.
Jadi, bagaimana untuk elakkan NCD terjejas?
Sebenarnya, terdapat cara untuk anda membuat tuntutan insurans bagi membaiki kerosakan pada cermin kereta tanpa menjejaskan NCD anda.
Perlindungan tambahan cermin kereta (windscreen) yang diambil ketika memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif adalah jawapannya.
Melalui perlindungan tambahan ini, ia akan membantu anda memperbaiki dan menggantikan bahagian cermin kereta yang telah rosak tanpa memberi kesan kepada NCD anda. Ia juga lebih berbaloi kerana kos yang perlu anda bayar hanyalah 15% daripada jumlah perlindungan caruman insurans cermin anda.
Ketahui harga untuk cermin kereta dan bayaran untuk insurans bagi kereta jenama tempatan dan import seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini.
Bagaimana cara untuk claim insurans cermin kereta retak?
Langkah serta cara untuk membuat tuntutan insurans bagi cermin kereta adalah mudah sahaja seperti di bawah ini:
- Hantar kereta anda ke bengkel panel yang diiktiraf oleh syarikat insurans anda. Sekiranya anda tidak pasti, segera hubungi talian awam syarikat insurans anda.
- Isi borang tuntutan di bengkel tersebut. Pastikan anda beritahu pekerja di bengkel bahawa anda ingin membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda.
- Selepas pembaikan, anda boleh bawa pulang kereta anda. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk mana-mana caj pembaikan dan juga kos buruh.
Sediakan juga beberapa dokumen ini bagi urusan prosedur tuntutan. Ia penting sebagai keperluan bengkel yang akan membaiki cermin kereta anda. Kebiasaannya, pihak kedai yang akan berurusan terus dengan pihak insurans.
Dokumen yang perlu disediakan
- Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
- Lesen pemilik kenderaan (salinan sahaja)
- Salinan geran kereta
- Salinan nota perlindungan insurans kereta
Beri perlindungan terbaik untuk kereta anda
Meskipun anda dibenarkan untuk claim insurans bagi membaiki kerosakan cermin kereta, namun ia agak merugikan jika memberi kesan kepada kadar NCD anda nanti. Solusinya, anda amat digalakkan untuk mengambil perlindungan tambahan cermin kereta ketika memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif.
Untuk memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif terbaik, anda boleh lakukannya secara online Bjak. Buat perbandingan antara 15 syarikat insurans yang disediakan, dan pilih satu yang terbaik dan bersesuaian untuk kereta anda.
Ingat, selain cermin rosak akibat dihempap buah durian, ia juga boleh retak atau rosak atas sebab-sebab yang lain. Jadi, buat persediaan sebaiknya!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: