Skip to content
Home » Kereta Hilang Di Car Wash, Boleh Ke Anda Claim Insurans?

Kereta Hilang Di Car Wash, Boleh Ke Anda Claim Insurans?

    claim insurans kereta hilang

    Sebagai seorang pemilik kenderaan, antara rutin yang pastinya kita akan sering lakukan adalah menghantar kereta ke pusat cuci kereta atau lebih sering disebut sebagai car wash bagi membersihkan kenderaan tersebut luar dan dalam.

    Biasanya, ada yang rela menunggu di car wash sambil melihat kereta kita dicuci walaupun agak memakan masa. Namun, ada juga yang tidak kisah meninggalkan kereta di car wash sambil dirinya pergi ke mana-mana tempat lain kerana kononnya tidak mahu membuang masa. Namun, pernahkah anda terfikir, apa jadi jika kereta itu hilang di car wash? Bolehkah anda failkan tuntutan insurans atas kerugian yang berlaku?

    Teruskan membaca perkongsian untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.

    Bolehkah claim insurans jika kereta hilang di car wash?

    Pihak insurans biasanya akan menolak claim insurans kereta hilang di carwash kerana akan dianggap sebagai kecuaian sendiri.

    Jika kereta hilang di car wash, malang untuk Bjak katakan bahawa biasanya pihak insurans tidak akan membayar sebarang pampasan kepada anda atas kerugian yang telah berlaku itu. Ini kerana, kejadian tersebut boleh dikatakan berlaku di atas kecuaian diri anda sendiri sebagai pemilik kenderaan.

    Apabila tiba di car wash, biasanya kita sebagai pelanggan akan menyerahkan kunci kereta kepada pekerja di situ bagi memudahkan mereka mengalihkan kereta jika perlu. Seperti yang dinyatakan tadi, ada dalam kalangan kita yang rela menunggu di car wash sehingga kereta siap dicuci, namun ada juga yang biarkan sahaja kereta di situ sambil dirinya pergi ke tempat lain yang berdekatan. Jika ditakdirkan kereta hilang sebaik sahaja kembali semula ke car wash, anda harus sedar bahawa hasrat anda untuk membuat claim insurans kereta di bawah polisi anda mungkin anda gagal. 

    Pihak insurans akan menganggap bahawa ia sebagai kecuaian anda sendiri. Ini kerana, memberi kunci kepada seseorang dengan rela hati bermakna anda sendiri akan bertanggungjawab atas apa yang akan berlaku pada kenderaan anda selepas itu.

    Apabila anda meninggalkan kereta di car wash, anda tidak tahu apa yang telah berlaku di situ. Mungkin ada yang tertukar kunci secara sengaja atau tidak disengajakan, mungkin ada individu lain yang gunakan peluang itu untuk pulang dengan kenderaan lebih baik, mungkin ada pekerja yang melakukan jenayah itu dan sebagainya.

    Walau apa pun, pihak insurans masih akan menganggap ia sebagai kecuaian anda kerana pada asalnya anda anda yang menyerahkan kunci, dan kemudian anda pula meninggalkan kereta di situ secara sukarela. 

    Apa yang boleh anda lakukan?

    Nasi sudah menjadi bubur. Sepatutnya bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku, pertama sekali kita sebagai pemilik kenderaan tidak boleh membiarkan kereta yang bernilai puluhan/ ratusan ribu ringgit itu ditinggalkan pada orang yang tidak dikenali, termasuklah pekerja di car wash.

    Bagi kes ini, anda mungkin terfikir ingin mengambil tindakan saman ke atas syarikat car wash itu di atas kehilangan kereta anda. Boleh, namun prosesnya pasti akan mengambil masa yang panjang bahkan lebih malang, pihak car wash itu juga mungkin akan mendakwa bahawa mereka tidak pernah menerima kenderaan anda. 

    Disebabkan itu, penting ya untuk anda mendapatkan resit sebagai bukti pernah mendapatkan khidmat cuci kenderaan di situ. Nampak remeh kan? Namun sehelai kertas itulah yang mungkin akan dapat membantu anda dan dijadikan sebagai bukti jika kejadian malang seperti ini berlaku nanti. 

    Sayangi kereta anda

    Kejadian ini mungkin jarang berlaku, namun tidak mustahil ia boleh terjadi kepada kita suatu hari nanti. Jadi untuk itu, sila pastikan anda menjadi pemilik kenderaan yang bertanggungjawab dan sentiasa memastikan kunci kereta anda tidak diserahkan dan ditinggalkan begitu sahaja kepada individu tidak dikenali.

    Ingat, malang tidak berbau. Boleh jadi sikap sambil lewa tersebut memakan diri di kemudian hari. Jadi, sila beringat sentiasa ya bagi mengelakkan kerugian pada masa akan datang.Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: