Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang mengapa harga insurans kereta ini berbeza-beza. Mungkin ada dalam kalangan rakan-rakan anda yang mempunyai kereta sama jenis dengan anda, tetapi mempunyai harga insurans yang tidak sama.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsikan faktor yang mempengaruhi harga insurans kereta serta senarai harga insurans kereta mengikut cc. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini.
Faktor yang menentukan harga insurans kereta
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi harga insurans kereta anda. Antara faktor-faktor yang menentukan harga insurans kereta adalah seperti berikut:
Model kereta
Sesetengah model kereta berisiko untuk dicuri dan selalu menjadi sasaran kepada pencuri. Antara model yang lazimnya menjadi sasaran dan berisiko tinggi untuk dicuri adalah Toyota Hilux, Perodua Myvi, Proton Iswara dan Proton Waja. Jika anda merupakan pemilik kenderaan model kereta yang dinyatakan ini, anda mungkin akan perlu mendapatkan premium insurans kereta yang sedikit mahal.
Nilai semasa kereta
Kos insurans juga boleh ditentukan oleh nilai semasa kereta anda. Pun begitu, kebiasaannya nilai semasa kereta ini boleh turun dari tahun ke tahun yang akan menyebabkan kos insurans anda juga semakin rendah. Sebagai contoh, kereta BMW 2 Series Gran Coupe lebih tinggi nilai insuransnya berbanding Honda Jazz.
Harga insuran semasa kereta
Harga insurans kereta boleh menjadi berbeza-beza bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk jenis kereta, lokasi, rekod pemandu, jenis insurans, dan syarikat insurans yang anda pilih. Di bawah ini kami ada senaraikan harga insurans kereta mengikut cc kenderaan untuk rujukan anda.
<1,000 cc
CC Kereta | Perodua Bezza | Perodua Myvi |
1.0 | RM390 | RM370 |
1,001 cc – 1,200 cc
CC Kereta | Harga Insurans |
1.1 – 1.2 | RM393 |
1,201 cc – 1,400 cc
CC Kereta | Perodua Bezza | Perodua Myvi |
1.2 – 1.4 | RM450 | RM450 |
1,401 cc – 1,600 cc
CC Kereta | Proton Saga | Honda Civic |
1.4 – 1.6 | RM698 | RM1150 |
1,601 cc – 1,800 cc
CC Kereta | Honda Civic |
1.6 – 1.8 | RM1340 |
1,801 cc – 2,000 cc
CC Kereta | Honda Accord |
1.8 – 2.0 | RM2,250 |
2,001 cc – 2,500 cc
CC Kereta | Honda Accord |
2.1 – 2.5 | RM2,270 |
2,501 cc – 3,000 cc
CC Kereta | Harga Insurans |
2.5 – 3.0 | RM2,946 |
3,001 cc – 5,000 cc
CC Kereta | Harga Insurans |
3.0 – 5.0 | RM3,075 |
Renew insurans kenderaan di BJAK
Seperti yang kita semua sudah maklum, insurans kenderaan adalah merupakan dokumen penting yang perlu ada pada setiap kenderaan bermotor di Malaysia. Justeru, pemilik kenderaan wajib untuk memperbaharuinya dan pastikan ia masih sah. Jika anda sedang mencari tempat untuk nak memperbaharui insurans kenderaan anda, layari sahaja Bjak.my. Lebih mudah, jimat dan pantas bila anda guna Bjak untuk renew insurans anda. Bukan itu sahaja, terdapat juga pilihan pembayaran secara ansuran. Nak tahu lebih lanjut, klik sahaja butang di bawah ini.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: