Skip to content
Home » BJAK Renew Roadtax: Platform Pembaharuan Roadtax Paling Efisien

BJAK Renew Roadtax: Platform Pembaharuan Roadtax Paling Efisien

    bjak renew roadtax - cover

    Pembaharuan roadtax merupakan salah satu tanggungjawab penting bagi setiap pemilik kenderaan di Malaysia. Dengan kemajuan teknologi yang dikecapi dunia pada hari ini, proses pembaharuan itu kini lebih mudah dilaksanakan.

    Terdapat pelbagai platform online kini menawarkan perkhidmatan tersebut. Antara platform yang paling ramai orang gunakan untuk memperbaharui roadtax atau cukai jalan kenderaan mereka adalah semestinya BJAK. Terdapat pelbagai kelebihan yang membuatkan ramai orang menggunakan BJAK. Jika anda belum lagi menggunakan platform BJAK, anda perlu teruskan membaca kerana kami akan menjelaskan berkenaan beberapa kelebihannya yang membuatkan ramai orang memilih dan mempercayai servis yang ditawarkan BJAK.

    Platform mesra pelanggan

    BJAK telah menyediakan satu platform khusus bagi memudahkan pemilik kenderaan membuat perbandingan insurans dari 23 jenama syarikat insurans antaranya ialah Takaful Malaysia, Pacific & Orient, Liberty, Tokio Marine, Zurich Takaful, MSIG dan banyak lagi.

    Dalam sistem yang dibangunkan BJAK ini, pengguna boleh melakukan perbandingan harga insurans dalam satu masa yang sama.

    Tak hanya itu, BJAK bukan sahaja menawarkan servis pembaharuan, malah platform BJAK juga turut menawarkan servis memperbaharui cukai jalan. Anda boleh memilih untuk memperbaharui salah satu atau pun kedua-duanya secara sekaligus di BJAK.

    Paling penting sekali, perkhidmatan pelanggan yang disediakan BJAK adalah sangat mudah dan efisien. Ini kerana pasukan khidmat pelanggan syarikat itu beroperasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam melalui aplikasi WhatsApp.

    Servis pantas

    BJAK menawarkan servis yang sangat pantas dan efisien untuk memastikan kepuasan para pelanggannya dalam urusan memperbaharui insurans kereta dan motosikal.

    Hanya 5 minit sahaja diperlukan untuk pelanggan mendapatkan sebut harga yang memaparkan 23 jenama insurans dan takaful menerusi aplikasi WhatsApp.

    Perkara itu dilihat sebagai memudahkan para pelanggan untuk membuat perbandingan harga sekaligus dapat memudahkan untuk membuat keputusan.

    Selain dari itu juga, BJAK turut menawarkan beberapa perlindungan insurans tambahan yang boleh pelanggannya tambah sebelum proses daftar keluar.

    Jimat sehingga RM500

    Setiap syarikat insurans menyediakan pakej serta harga yang berbeza. Dengan sistem perbandingan di BJAK, anda boleh selaraskan sendiri pakej-pakej insurans yang ada mengikut keperluan dan bajet anda.

    Dengan membuat perbandingan, anda mampu untuk menikmati penjimatan dari RM50 sehingga RM500 apabila anda memperbaharui insurans anda.

    Sistem yang mudah digunakan

    Jika anda tidak suka untuk beratur lama di kaunter-kaunter JPJ semata untuk memperbaharui insurans atau cukai jalan anda, maka anda perlu tahu berkenaan BJAK ini.

    Di BJAK, anda boleh memperbaharui insurans anda pada bila-bila masa yang ada mahukan. Cara yang paling mudah sekali adalah, anda hanya perlu WhatsApp sahaja BJAK untuk dapatkan sebut harga anda. Sebut harga tersebut akan dihantar terus kepada anda.

    Dengan kemudahan yang disediakan oleh BJAK, sudah pastinya ramai orang akan menggunakan platform ini. Sehingga kini, difahamkan BJAK sudah mempunyai 6 juta pengguna aktif dan kekal menjadi platform insurans nombor 1 di Malaysia.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: