Skip to content
Home » Berapa Harga Insurans Kereta Axia?

Berapa Harga Insurans Kereta Axia?

    insurans kereta axia

    Anda baru miliki kereta Perodua Axia? Teringin tahu anggaran harga insurans kereta Axia khususnya bagi pelan insurans kereta 1st party?

    Boleh, namun sebelum itu anda mungkin perlu ketahui beberapa faktor yang akan menentukan harga insurans kereta Axia anda.

    Ini penting supaya anda dapat mengelakkan beberapa tindakan yang boleh menyebabkan insurans anda mahal pada tahun-tahun berikutnya.

    Faktor yang akan menentukan harga insurans kereta Axia anda

    insurans kereta axia

    Untuk pengetahuan anda, selepas pelaksanaan langkah Liberalisasi Tarif Insurans Motor oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 1 Julai 2017 lalu, kadar premium bagi perlindungan jenis Komprehensif serta polisi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Motor telah diliberalisasikan di mana premium atau harganya ditentukan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing. 

    Susulan itu, lebih banyak faktor yang akan diambil kira bagi menentukan premium atau harga insurans kereta Axia anda oleh syarikat insurans serta pengendali Takaful.

    Faktor-faktor yang akan dipertimbangkan termasuklah:

    No-claim discount (NCD)

    NCD adalah faktor paling utama yang akan menentukan harga insurans kereta Axia anda mahal atau tidak pada tahun itu.

    NCD merupakan diskaun insurans kereta yang ditawarkan oleh pihak insurans kepada anda jika tidak pernah membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. Kadar peratusan NCD adalah berbeza di antara 0 peratus sehingga 55 peratus (maksima). Semakin tinggi nilai NCD anda, maka semakin rendahlah harga insurans yang anda boleh peroleh. 

    Jadi, sebaiknya ada memandu dengan berhemah bagi mengelakkan sebarang tuntutan perlu dikemukan terhadap syarikat insurans yang seterusnya boleh menjejaskan kelayakan NCD anda.

    Umur anda

    Harga insurans kereta Axia akan turut bergantung kepada umur pemiliknya. Jika anda terlalu muda atau terlalu tua, maka harga insurans kereta Axia yang akan dikenakan juga adalah lebih tinggi atas faktor risiko yang ditetapkan oleh syarikat insurans. 

    Nilai harga pasaran kereta 

    Jika kereta anda sudah mencecah 6 tahun, harga pasaran kereta anda akan menjadi sedikit rendah. Jadi, nilai insurans yang akan dikenakan juga lebih rendah berbanding kereta Perodua Axia yang baru berusia 5 tahun ke bawah.

    Mudah kata, harga nilai pasaran semasa kereta anda akan mengalami penurunan dari tahun ke tahun, justeru ia secara tidak langsung akan menyebabkan nilai insurans kereta anda juga semakin rendah.

    Tahun pembuatan kereta

    Kereta yang dikeluarkan pada tahun 2022 akan mempunyai nilai insurans yang lebih tinggi berbanding kereta yang dikeluarkan pada tahun 2016. Jadi secara tidak langsung, insurans kereta akan lebih murah untuk kereta lama berbanding kereta baru.

    Jenis insurans kereta

    Biasanya polisi komprehensif lebih mahal berbanding insurans paling asas, iaitu polisi pihak ketiga. Namun begitu, anda perlu ingat meskipun pelan komprehensif sedikit mahal, ia bagaimanapun mampu memberi perlindungan yang lebih baik untuk anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

    Lokasi

    Biasanya, harga insurans kereta di kawasan bandar adalah lebih mahal berbanding harga insurans untuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

    Rekod pemanduan

    Jika anda mempunyai rekod yang baik dalam pemanduan, maka harga insurans anda akan lebih rendah berbanding pemandu yang mempunyai rekod tidak baik, seperti sering terlibat dalam kesalahan lalu lintas dan kemalangan jalan raya.

    Pemandu berbahaya dianggap berisiko tinggi oleh syarikat insurans kerana mereka menganggap perlu menanggung risiko yang lebih besar jika mereka setuju untuk memberi perlindungan insurans terhadap kenderaan yang dimiliki atau dipandu oleh pemandu bahaya. Disebabkan itu, harga yang dikenakan adalah lebih tinggi, di mana ianya setimpal dengan risiko yang ditanggung oleh syarikat insurans.

    Cara tahu anggaran harga insurans kereta Axia

    Selesai kenalpasti faktor-faktor yang akan menentukan harga insurans kereta anda, berikut dikongsikan pula contoh yang boleh anda guna untuk kira anggaran harga insurans kereta Axia anda:

    Tahun pembuatan20222017
    Harga pasaranRM32,000RM21,000
    Kadar NCD25%55%
    Anggaran harga insuransRM600 – RM700RM300 – RM400

    Di atas merupakan contoh anggaran harga insurans kereta Axia sahaja untuk memudahkan pemahaman anda. Namun secara ringkasnya, kereta baru akan menerima harga insurans yang lebih mahal berbanding kereta lama disebabkan kadar NCD yang dikumpul lebih tinggi.

    Nak cek harga?

    Tetapi tidak perlu risau, untuk lebih mudah anda boleh sahaja minta sebut harga daripada syarikat insurans secara online untuk kenalpasti berapa harga insurans anda seawal 2 bulan sebelum ia tamat tempoh. Jadi, bajet pun anda boleh sediakan dan tahu. Pasti lebih mudah dan cepat!

    Bagaimana untuk dapatkan harga terbaik bagi insurans kereta Axia saya?

    Bandingkan polisi 

    Pastikan anda bandingkan dulu dengan beberapa buah syarikat insurans agar anda boleh mendapat pelan insurans komprehensif yang terbaik pada harga lebih yang menguntungkan. 

    Nak lebih mudah, anda bandingkan sahaja di Bjak. 15 jenama insurans disediakan sekaligus agar anda dapat buat perbandingan dengan lebih pantas dan jelas!

    Jadi pemandu berhemah

    Sila pastikan anda memandu dengan berhati-hati agar tidak menjadi penyebab kepada kemalangan jalan raya. Ini bagi menjaga kadar NCD anda yang mana ia akan memberi kesan utama kepada harga insurans anda nanti.

    Renew dengan insurans yang menawarkan banyak manfaat

    Syarikat insurans A mungkin menyediakan perlindungan tambahan untuk semua pemandu tambahan secara percuma, manakala syarikat insurans B mungkin mengenakan caj tambahan untuk perlindungan tersebut.

    Contoh lain. Ada syarikat insurans yang memberikan perlindungan tambahan kemalangan peribadi secara percuma, manakala ada juga yang mengenakan premium tambahan untuk anda mendapatkannya.

    Jadi, sila banding dan nilaikan dulu. Barulah anda boleh dapatkan harga terbaik dengan manfaat paling memuaskan. 

    Semoga perkongsian ini bermanfaat!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: