Skip to content
Home » Hilang Geran Kereta? Ini Cara Dapatkan Semula

Hilang Geran Kereta? Ini Cara Dapatkan Semula

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan penggantian geran kereta lama dengan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) berkuat kuasa pada Jun 2016. Langkah ini merupakan usaha untuk memperkemas dan memajukan lagi perkhidmatan dalam talian dan menjadikan transaksi lebih mudah dan pantas untuk orang ramai.

    Sama seperti geran, VOC ini mengandungi semua butiran kenderaan dan pemilikan yang berkaitan dalam talian.

    Meskipun geran kereta ini tidak diperlukan semasa pembaharuan roadtax (cukai jalan) atau pertukaran pemilikan kenderaan, tetapi ingat ya, dokumen ini penting dan diperlukan sekiranya anda ingin menjual kereta anda.

    Contoh geran kereta (kiri) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (kanan)
    Contoh geran kereta (kiri) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (kanan)

    Bolehkah anda jual kereta tanpa geran kereta?

    Jawapannya TIDAK BOLEH.

    Anda perlu sertakan sijil asli (geran kereta) sekiranya anda hendak menjual kereta anda.

    Tapi bagaimana pula sekiranya anda kehilangan geran kereta anda? Bolehkah anda gantikan sijil yang hilang?

    Ya, anda boleh menggantikannya. Ikuti artikel ini untuk ketahui cara-cara permohonan untuk menggantikan geran kereta.

    Kaunter JPJ

    Applying for car grant replacement at a JPJ counter

    Anda perlu pergi ke pejabat JPJ yang berdekatan untuk mendapatkan salinan geran kereta ataupun dokumen yang asli.

    Sebagai pemilik berdaftar, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut:

    • Sertakan kad pengenalan dan dokumen lain yang diperlukan
    • Isi borang JPJ K7
    • Serahkan kad pengenalan dan borang JPJ K7 kepada pegawai bertugas

    Anda akan menerima salinan geran asli yang diperlukan setelah selesai proses pengesahan. Bayaran yang dikenakan untuk geran kereta adalah RM50, manakala bagi geran motosikal pula RM20.

    Selain daripada pemilik berdaftar, hanya benefisiari, agensi kerajaan yang diberi kuasa, syarikat, pegawai organisasi sahaja yang boleh memohon penggantian geran kereta.

    Berikut adalah merupakan senarai dokumen yang diperlukan:

    Permohonan oleh wakil pemilik

    • Borang Senarai Semak Salinan Geran
    • Dua salinan lengkap borang JPJ K7
    • Surat rasmi daripada agensi kerajaan/syarikat/organisasi

    Permohonan oleh benefisiari rasmi

    • Borang Senarai Semak Salinan Geran
    • Dua salinan lengkap borang JPJ K7
    • Salinan MyKad pemilik berdaftar
    • Salinan MyKad benefisiari
    • Dokumen sokongan untuk menjelaskan ketidakhadiran pemilik berdaftar untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau pegawai yang diberi kuasa
    • Dokumen sokongan untuk membuktikan hubungan antara benefisiari dan pemilik berdaftar
    • Sekiranya pemilik berdaftar meninggal dunia, boran JPJ K7 perlu ditandatangan oleh benefisiari yang dilantik oleh Mahkamah atau Waris Kecil/Pelaksana/Pelaksana/Pentadbir yang telah dilantik oleh Mahkamah dalam Surat Mentadbir atau Pemberian Probet.

    Kiosk JPJ

    Applying for car grant replacement at a JPJ kiosk

    Antara alternatif lain yang anda boleh guna adalah melalui 36 kiosk JPJ yang tersedia di seluruh Malaysia. Berikut adalah langkah-langkah permohonan menggunakan kiosk.

    • Masukkan MyKad anda dan letakkan ibu jari kanan anda di atas pengimbas cap jari
    • Pilih Sijil Pemilikan Kereta (VOC)
    • Masukkan butiran pembayaran untuk terus ke halaman pembayaran
    • Pilih cetakan resit (pilihan)

    Bank

    Applying for car grant replacement at a bank

    Untuk pilihan ketiga, anda boleh pergi ke bank yang meluluskan pinjaman kereta anda. Anda perlu meminta pinjaman kereta asli daripada bank anda mengikut Akta Pindaan Sewa Beli 2010.

    *Nota: Pilihan ini hanya untuk mereka yang tidak pernah terima geran asli daripada pihak bank

    Langkah-langkah:

    • Lengkapkan borang yang diperlukan
    • Serahkan MyKad anda kepada pegawai bertugas
    • Selepas proses pengesahan, pegawai bertugas akan serahkan geran kereta asli kepada anda

    Pastikan geran kereta anda selamat

    Walaupun VOC boleh diakses dalam talian, ia tidak bermakna anda tidak perlu memerlukan dokumen asli geran kereta anda. Anda masih perlu menyediakannya jika anda ingin menjual kereta anda.

    Jadilah pemilik kereta yang bertanggungjawab dengan memastikan geran kereta anda terjaga dan selamat dengan anda agar anda tidak perlu bersusah-payah untuk membuat permohonan pada masa akan datang.


    Bjak menawarkan kemudahan memperbaharui insurans kenderaan dan roadtax secara online. Renew insurans dan roadtax anda di Bjak.my di mana sahaja anda berada. Dapatkan sebut harga insurans kereta percuma dalam hanya 3 minit hari ini.