Sebagai pemilik kereta, kami percaya anda juga tahu bahawa insurans kereta adalah sangat penting, bukan sahaja untuk memastikan anda dapat memandu di jalan raya secara sah, tetapi juga untuk mengelakkan kerugian apabila berlakunya kemalangan. Walau bagaimanapun, ramai orang memilih untuk mengurangkan nilai insurans kereta mereka bagi menjimatkan wang ketika memperbaharui insurans kereta mereka. Akibatnya, apabila kemalangan berlaku, anda mungkin tidak akan dapat menerima pampasan penuh dan berada dalam situasi yang sangat susah.
Sebagai contoh, Encik Lin memandu BMW sedan yang berharga RM300,000, tetapi kerana nak menjimatkan wang dalam insurans keretanya, dia memutuskan untuk tidak membeli insurans kereta mengikut harga asal, sebaliknya memilih insurans kereta yang nilainya sama dengan kereta Proton Saga iaitu sebanyak RM46,500. Akibatnya, apabila berlaku kemalangan, pampasan yang bakal diperolehinya adalah sama dengan pampasan yang diperoleh kereta Proton Saga, ada sesetengah kes, ia boleh menjadi kurang lagi daripada itu.
Adakah anda sanggup mengalami kerugian kerana insurans tidak mencukupi? Justeru, mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi adalah sangat penting!
Masalah yang mungkin timbul akibat kurang diinsuranskan
i. Kereta dicuri
Jika kereta anda dicuri, anda hanya akan diberi pampasan untuk jumlah insurans kereta anda, yang mungkin tidak mencukupi untuk membayar pinjaman kereta anda. Oleh itu, apabila kereta anda hilang, anda masih perlu membayarnya. Adakah anda mahu ini berlaku?
ii. Kenderaan rosak
Jika kereta anda rosak, anda perlu membayar jumlah yang tidak dilindungi oleh insurans anda, ini akan meningkatkan beban anda.
Contohnya: anda memiliki kereta bernilai RM60,000, tetapi anda hanya menginsuranskannya dengan harga RM40,000 Malangnya, kemalangan berlaku dan anda memerlukan kos pembaikan sebanyak RM10,000.
Berhati-hati terhadap insurans dengan harga yang rendah
Untuk mengelakkan masalah, ramai pemilik kereta menyerahkan kepercayaan ke atas ejen insurans untuk membantu mereka renew insurans kereta mereka. Ramai yang tidak peka bahawa kenderaan mereka itu ada potensi untuk kurang diinsuranskan.
Sememangnya tidak semua ejen insurans tidak bertanggungjawab, tetapi sebagai pemilik kereta, anda benar-benar perlu mengetahui nilai pasaran kereta dengan jelas dan memastikan kereta itu dilindungi oleh nilai pasaran.
Bagaimana untuk menyemak nilai pasaran kereta?
Apabila anda memperbaharui insurans kereta anda dalam talian, kebanyakan laman web akan memberikan anda nilai pasaran kereta anda secara automatik. Selain itu, anda juga boleh mengetahui tentang nilai pasaran kereta anda melalui laman web ini, termasuk: CarBase.my dan MyCarInfo.
Lindungi kereta anda daripada risiko insurans terkurang!
Untuk memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan anda, sudah tentu anda harus memilih Bjak, platform insurans kereta dalam talian terbesar di Malaysia. Di sini anda boleh membandingkan sebut harga daripada 23 syarikat insurans sekaligus dan memilih pakej insurans yang sesuai mengikut keperluan dan bajet anda. Selepas pembayaran, insurans kereta anda akan berkuat kuasa serta-merta. Klik sahaja butang di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: