Sebelum nak membeli sesebuah kereta, pasti ramai diantara kita yang sudah siap buat pengiraan berkenaan bayaran pendahuluan dan bayaran bulanan (hutang) yang akan dibayar kepada pihak bank. Walaupun begitu, tak ramai yang akan memberi perhatian kepada waranti yang ditawarkan serta perbelanjaan lain yang juga penting dalam pemilikan kereta seperti perbelanjaan untuk penyelenggaraan serta insurans kereta.
Waranti dan insurans kereta ini sebenarnya penting untuk diberi perhatian kerana ia dapat memberikan perlindungan kepada anda serta kereta anda daripada kejadian yang di luar jangkaan. Antara kejadian yang berpotensi terjadi adalah kerosakan dan kemalangan. Apakah perlindungan yang dapat diberikan oleh kedua-dua perkara ini? Sebenarnya fungsi waranti dan insurans kereta ini berlainan, namun tujuannya adalah sama iaitu memberi perlindungan kepada pemilik kereta. Apakah perbezaannya itu? Mari baca artikel ini kerana kami akan berkongsikan berkenaan perbezaannya.
Apa itu insurans kereta?
Insurans kereta adalah sejenis perlindungan yang perlu dibeli oleh pemilik kereta bagi melindungi pemandu atau pihak ketiga daripada sebarang risiko tuntutan kerosakan atau kerugian.
Secara tidak langsung, ini bermakna perlindungan insurans tersebut bakal membantu meringankan beban individu khususnya dari segi kewangan sekiranya berlaku sesuatu terhadap kenderaan seperti kemalangan kerana kosnya akan ditanggung oleh syarikat insurans.
Kenapa perlu beli insurans kereta?
Jika anda merupakan pemilik kenderaan, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kenderaan anda itu memiliki insurans kereta yang sah dan masih aktif sebelum anda menggunakannya di jalan raya.
Ini kerana, di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan agar semua pemilik kenderaan untuk memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai roadtax yang sah untuk kenderaan digunakan di atas jalan raya.
Untuk memastikan cukai jalan kenderaan diperbaharui, pemilik kenderaan wajib untuk memiliki insurans kenderaan terlebih dahulu. Justeru pemilik kenderaan perlu memperbaharui insurans (sekurang-kurangnya perlindungan insurans kereta third party) terlebih dahulu bagi membolehkan roadtax anda diperbaharui sebelum ia mencapai tarikh luput.
Gagal untuk memastikan kenderaan mereka sah memiliki salah satu darinya boleh membawa kepada tindakan undang-undang iaitu disaman oleh pihak berkuasa.
Jenis-jenis insurans kereta
Insurans komprehensif
Polisi insurans komprehensif menyediakan perlindungan yang paling menyeluruh kepada pemilik kereta.
Polisi ini melindungi pemilik kereta daripada kerugian atau kerosakan harta benda sendiri dan tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda.
Insurans pihak ketiga, kebakaran & kecurian
Polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian melindungi pemandu daripada tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda.
Selain itu, polisi ini turut menawarkan perlindungan tambahan yang akan melindungi kenderaan anda jika berlaku kejadian seperti kebakaran atau kecurian.
Polisi ini pada kebiasaannya menawarkan harga yang lebih mahal daripada polisi pihak ketiga, namun lebih murah daripada polisi komprehensif.
Insurans pihak ketiga
Insurans pihak ketiga adalah polisi perlindungan yang paling asas. Polisi ini hanya melindungi pihak ketiga sahaja. Pihak ketiga dimaksudkan dengan individu lain yang terlibat jika berlaku situasi yang tidak dijangka.
*Contoh: Anda melanggar kereta di depan anda. Jadi pemilik kereta yang anda langgar itu dinamakan sebagai ‘pihak ketiga’.
Ia termasuk kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh anda. Kerosakan pada kenderaan anda perlu dibaiki menggunakan wang anda sendiri.
Apa itu waranti kereta?
Beza insurans kereta dengan waranti kereta adalah, insurans kereta memberikan perlindungan dari segi perbelanjaan untuk membaiki kerosakan. Manakala waranti kereta pula dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ketika komponen kereta yang termasuk dalam waranti mengalami kerosakan.
Kepentingan waranti kereta
Waranti kereta ini amat penting sama seperti insurans kereta kerana ia boleh melindungi anda daripada perlu mengeluarkan belanja yang banyak. Jika kereta anda pernah rosak, anda pasti tahu bahawa kos untuk membaiki kereta tak selalunya murah. Lebih-lebih lagi jika yang rosak itu adalah komponen penting yang rosak dan perlu diganti.
Ada antara komponen tersebut mencecah ribuan ringgit. Jika anda tidak mempunyai duit yang banyak, ia mungkin akan membebankan anda. Namun begitu, jika komponen tersebut dilindungi dengan waranti, anda tidak perlu risau lagi. Ini kerana, jika komponen tersebut rosak, ia akan dibaiki atau ditukar secara percuma.
Pastikan kereta anda dilindungi
Kemalangan dan kerosakan pada kenderaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Pastikan anda tidak mengabaikan keperluan memiliki insurans kenderaan kerana ia bakal membantu anda di saat-saat penting kelak.
Perbaharui insurans anda dengan polisi insurans yang terbaik dan bersesuaian untuk perlindungan yang sempurna.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: