Memiliki kenderaan khususnya kereta boleh dianggap sebagai satu keperluan penting pada hari ini bagi memudahkan pergerakan. Bagi pemilik kereta, antara perkara pertama yang perlu dititikberatkan selepas memilikinya adalah memilih insurans kereta yang bersesuaian.
Apa itu insurans kereta?
Insurans kereta adalah sejenis perlindungan yang perlu dibeli oleh pemilik kereta bagi melindungi pemandu atau pihak ketiga daripada sebarang risiko tuntutan kerosakan atau kerugian.
Secara tidak langsung, ini bermakna perlindungan insurans tersebut bakal membantu meringankan beban individu khususnya dari segi kewangan sekiranya berlaku sesuatu terhadap kenderaan seperti kemalangan kerana kosnya akan ditanggung oleh syarikat insurans.
Mengapa anda perlu beli insurans kereta?
Jika anda seorang pemilik kenderaan termasuk pemilik kereta, salah satu perkara wajib yang anda perlu ada adalah perlindungan insurans kenderaan yang sah.
Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan agar semua pemilik kenderaan untuk memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai roadtax yang sah untuk kenderaan digunakan di atas jalan raya.
Insurans diperlukan untuk memperbaharui roadtax. Justeru pemilik kenderaan perlu memperbaharui insurans (sekurang-kurangnya perlindungan insurans kereta third party) terlebih dahulu bagi membolehkan roadtax anda diperbaharui sebelum ia mencapai tarikh luput.
Dengan memiliki roadtax kereta yang sah, anda sekurang-kurangnya dapat mengelak daripada disaman oleh pihak berkuasa kelak.
Bagaimana insurans kereta berfungsi?
Sama seperti apabila anda membeli insurans nyawa atau perubatan, anda juga perlu membayar premium untuk insurans kenderaan anda (namun dalam bentuk tahunan kerana ia perlu diperbaharui setiap tahun).
Setelah anda membayar premium kepada syarikat insurans, premium anda bersama premium pemegang polisi lain akan dikumpulkan ke dalam sebuah ‘dana’ penginsurans.
Dana-dana ini akan diuruskan oleh syarikat insurans anda, dan wang ini akan digunakan oleh dalam bentuk bayaran ganti rugi (pampasan) kepada anda sebagai pemegang polisi sekiranya berlaku kemalangan melibatkan anda.
Apakah jenis-jenis polisi insurans yang anda boleh beli?
Insurans komprehensif
Polisi insurans komprehensif menyediakan perlindungan yang paling menyeluruh kepada pemilik kereta.
Polisi ini melindungi pemilik kereta daripada kerugian atau kerosakan harta benda sendiri dan tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda.
Insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
Polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian melindungi pemandu daripada tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda.
Selain itu, polisi ini turut menawarkan perlindungan tambahan yang akan melindungi kenderaan anda jika berlaku kejadian seperti kebakaran atau kecurian.
Polisi ini pada kebiasaannya menawarkan harga yang lebih mahal daripada polisi pihak ketiga, namun lebih murah daripada polisi komprehensif.
Insurans pihak ketiga
Insurans pihak ketiga adalah polisi perlindungan yang paling asas. Polisi ini hanya melindungi pihak ketiga sahaja. Pihak ketiga dimaksudkan dengan individu lain yang terlibat jika berlaku situasi yang tidak dijangka.
*Contoh: Anda melanggar kereta di depan anda. Jadi pemilik kereta yang anda langgar itu dinamakan sebagai ‘pihak ketiga’.
Ia termasuk kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh anda. Kerosakan pada kenderaan anda perlu dibaiki menggunakan wang anda sendiri.
Bilakah anda perlu membeli insurans kereta?
Anda perlu membeli insurans kenderaan sebaik sahaja anda membeli kereta, tidak kira sama ada ia adalah kereta baru mahupun kereta terpakai (second-hand).
Insurans ini kemudian perlu diperbaharui setiap tahun, sebelum ia tamat tempoh bagi memastikan kenderaan anda masih sah untuk digunakan di atas jalan raya dan boleh membuat tuntutan insurans sekiranya diperlukan. Untuk memperbaharui insurans, anda boleh memperbaharuinya seawal dua bulan sebelum ia tamat tempoh.
Di manakah anda boleh memperbaharui insurans kereta?
Terdapat dua cara untuk anda memperbaharui insurans iaitu:
Renew melalui ejen
Jika anda lebih selesa untuk renew insurans secara offline, maka anda bolehlah renew insurans kereta anda melalui ejen atau agensi insurans yang berdekatan.
Renew secara online
Dengan teknologi yang serba canggih pada hari ini, segala-galanya sebenarnya lebih mudah apabila banyak perkara boleh dilakukan hanya di hujung jari, termasuklah untuk memperbaharui insurans kereta.
Untuk mendapatkan penjimatan berganda, platform Bjak menawarkan perkhidmatan perbandingan dan pembaharuan insurans kenderaan secara online. Jom ketahui lebih lanjut mengenai cara perbaharui insurans kereta di sini.
Pastikan kereta anda dilindungi
Kemalangan dan kerosakan pada kenderaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Pastikan anda tidak mengabaikan keperluan memiliki insurans kenderaan kerana ia bakal membantu anda di saat-saat penting kelak.
Perbaharui insurans anda dengan polisi insurans yang terbaik dan bersesuaian untuk perlindungan yang sempurna.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: