Skip to content
Home » Insurans Kenderaan Etiqa: Perlindungan Komprehensif Untuk Motosikal

Insurans Kenderaan Etiqa: Perlindungan Komprehensif Untuk Motosikal

    Etiqa motosikal - cover

    Bila bercakap tentang insurans motosikal, Etiqa kekal sebagai nama popular kerana jenama itu menawarkan beberapa pelan terbaik yang diinginkan oleh penunggang motosikal. Perlindungan motosikal Etiqa menyediakan rangkaian perlindungan yang meluas supaya penunggang motosikal boleh terus kekal tenang sepanjang tahun.

    Jika anda memiliki motosikal tetapi tidak mempertimbangkan Etiqa sebagai pembekal insurans anda, maka sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan semula pilihan itu kerana anda akan kehilangan banyak faedah menarik. Jom kita tengok sama-sama berkenaan pelan insurans motosikal Etiqa sebelum hidupkan cukai jalan motosikal anda dan faedah utama serta pilihan perlindungannya.

    Insurans komprehensifnya datang dalam dua pilihan. Satu adalah pilihan konvensional yang disediakan untuk semua orang, dan satu lagi adalah pilihan patuh Syariah untuk pengguna Islam.

    Insurans Motosikal

    Insurans Motosikal ialah pelan komprehensif untuk melindungi motosikal daripada kehilangan, kecurian atau kerosakan akibat kemalangan. 

    Faedah Utama

    Rebat sebanyak 10% serta merta selepas pembaharuan

    • 10% rebat untuk pembaharuan dalam talian

    Kehilangan atau kerosakan

    • Perlindungan untuk motosikal dari kemalangan, kebakaran & kecurian

    Perlindungan pihak ketiga

    • Perlindungan pihak ketiga untuk kematian, kecederaan & kerosakan harta benda

    Takaful Motosikal

    Takaful Motosikal ialah pelan patuh Syariah untuk melindungi kehilangan, kecurian atau kerosakan motosikal. Ia menawarkan perlindungan menyeluruh untuk motosikal di Malaysia. Faedah utama pelan ini ada disenaraikan di bawah:

    Faedah Utama

    Rebat sebanyak 10% serta merta selepas buat pembaharuan secara dalam talian

    • 10% rebat untuk pembaharuan dalam talian

    Kehilangan atau kerosakan

    • Perlindungan motosikal untuk kemalangan, kebakaran & kecurian

    Perlindungan pihak ketiga

    • Perlindungan pihak ketiga untuk kematian, kecederaan & kerosakan harta benda

    Faedah Pilihan

    Pemegang polisi boleh membeli faedah pilihan untuk kedua-dua pelan komprehensif dengan membayar premium tambahan. Penambahan yang terdapat untuk pelan insurans motor Etiqa ialah:

    • Perlindungan untuk semua penunggang
    • Perlindungan bahaya khas untuk banjir dan tanah runtuh
    • Perlindungan terhadap mogok, rusuhan dan kekecohan awam

    Dekat mana nak beli insurans motor Etiqa?

    Setiap pemilik kenderaan wajib untuk memastikan polisi insurans kenderaan mereka masih aktif bagi melindungi diri daripada bahaya di jalan raya. Jika pelan insurans motosikal anda hampir tamat tempoh, sentiasa ingat untuk mengaktifkannya secepat mungkin. Selain daripada laman web rasmi Etiqa, anda juga boleh beli pelan insurans motor anda di Bjak, Platform Insurans No.1 Malaysia.

    Etiqa ialah salah satu daripada jenama insurans kenderaan yang terdapat pada platform kami. Untuk menyemak sebut harga percuma daripada Etiqa, layari bjak.my dan minta sebut harga sebelum anda renew roadtax motosikal anda. Hanya masukkan butiran yang diperlukan, dan sebut harga percuma anda akan terus dihantar kepada anda sepantas kilat.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: