Skip to content
Home » 5 Tip Berguna Untuk Mendapatkan Insurans Terbaik Bagi Perbaharui Cukai Jalan Motosikal

5 Tip Berguna Untuk Mendapatkan Insurans Terbaik Bagi Perbaharui Cukai Jalan Motosikal

    insurans motosikal terbaik - cover

    Nak pilih insurans untuk menghidupkan cukai jalan motosikal terbaik memerlukan masa dan perancangan yang teliti. Memandangkan penunggang motosikal berisiko besar untuk mengalami kemalangan dan kecurian, justeru perkara itu mestilah tidak diambil ringan. Pembelian secara melulu boleh menyebabkan penunggang mengalami kerugian, yang mungkin susah untuk ditangani.

    Untuk mengelakkan perkara itu, terdapat beberapa cara untuk mendapatkan pelan insurans motor terbaik yang sesuai dengan bajet anda dan memberikan perlindungan menyeluruh. Ikuti petua ini dan dapatkan dasar yang anda inginkan pada pembaharuan anda yang seterusnya.

    1. Beli insurans komprehensif

    Seperti insurans kereta, insurans motosikal juga terdapat dalam tiga jenis iaitu komprehensif, pihak ketiga, kecurian dan kebakaran (TPFT), dan pelan asas pihak ketiga. Untuk perlindungan terbaik dan hampir sempurna, pelan komprehensif amat disyorkan berbanding pelan TPFT dan pihak ketiga, kerana ia melindungi penunggang dalam pelbagai keadaan, termasuk kerosakan pada kenderaan mereka.

    Apa yang lebih menguntungkan ialah insurans motor komprehensif membolehkan untuk membuat perlindungan tambahan, seperti tambahan peril khas, kemalangan diri dan penunggang tambahan jika perlu.

    2. Perbaharui awal

    Elakkan memperbaharui cukai jalan dan insurans motor anda melepasi tarikh akhir, kerana ini boleh menjadikan premium anda melonjak berbanding pembaharuan awal. Sesetengah penanggung insurans juga mungkin mengenakan bayaran tambahan untuk mengaktifkan polisi mati. Jadi, tetapkan peringatan untuk memastikan anda tidak terlepas tarikh penting.

    3. Bandingkan harga

    Jangan sekali-kali memperbaharui insurans motor anda secara automatik dengan jenama yang sama setiap tahun, kerana ini boleh menyebabkan potensi kerugian. Bandingkan harga dan dapatkan liputan daripada jenama yang berbeza. Ini membolehkan anda mendapatkan tawaran terbaik pada harga terbaik sambil menikmati faedah yang lebih baik.

    Membuat perbandingan terhadap polisi terdahulu agak sukar kerana tiada perkhidmatan atau platform yang tersedia untuk melihat pelbagai jenama sekaligus. Tetapi kini, platform perbandingan dalam talian seperti Bjak menjadikan kehidupan lebih mudah kerana anda boleh memilih daripada jenama insurans terkemuka di mana-mana, pada bila-bila masa.

    4. Insuranskan berdasarkan nilai yang dipersetujui

    Sama seperti memperbaharui polisi kereta, sentiasa beringat untuk insuranskan motosikal anda berdasarkan persetujuan atau nilai pasaran untuk menerima pampasan yang setimpal untuk kecurian, kebakaran dan kerugian.

    Perolehi insurans berdasarkan nilai yang dipersetujui, terutamanya untuk motosikal baharu, bagi memastikan pulangan tunai yang adil serta untuk mengelakkan isu insurans terkurang – nilai yang diinsuranskan adalah lebih rendah daripada nilai pasaran sebenar kenderaan. Apabila anda membeli polisi berdasarkan nilai yang dipersetujui, pampasan yang ditawarkan sekiranya berlaku kemalangan akan mengikut nilai pasaran.

    5. Bayar secara ansuran

    Ansuran adalah cara terbaik untuk membeli insurans motor yang mahal. Insurans dan pelan yang komprehensif dengan banyak pilihan perlindungan tersuai biasanya kos lebih daripada polisi asas. Oleh itu, mencari platform yang menawarkan ansuran sebagai kaedah pembayaran alternatif adalah sesuai untuk mendapatkan insurans motosikal terbaik.

    Contohnya, Platform Insurans No.1 Malaysia, Bjak, menyokong 4 kaedah pembayaran berbeza (SPayLater, Atome, Grab PayLater atau ShopBack PayLater) dan menawarkan ansuran sehingga 12 bulan tanpa sebarang keperluan perbelanjaan minimum. Jadi, bagi mereka yang mencari cara untuk mendapatkan insurans dengan harga yang berpatutan, inilah peluang anda!

    6. Memperbaharui insurans untuk motosikal

    Terdapat lebih daripada satu cara untuk memperbaharui insurans motosikal anda hari ini. Tapi, nak dapatkan tawaran terbaik boleh menjadi sesuatu yang mencabar kerana terdapat pelbagai alternatif di luar sana. Jadi, ikut tip ini untuk anda perbaharui insurans anda selepas ini dan jangan lupa untuk kongsi tip ini dengan rakan anda yang mungkin memerlukannya.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: