Skip to content
Home » Memperbaharui Cukai Jalan – Dokumen Apa Perlu Anda Bawa?

Memperbaharui Cukai Jalan – Dokumen Apa Perlu Anda Bawa?

    Renew roadtax kereta

    Cukai jalan atau sering juga disebut sebagai roadtax memainkan peranan yang penting dalam memastikan kenderaan sah digunakan di atas jalan raya. Lebih formal dengan nama Lesen Kenderaan Motor (LKM), ia dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada semua pemilik kenderaan yang berdaftar tanpa mengira jenis atau kelas kenderaan.

    Pemilik kenderaan perlu memperbaharui cukai jalan sebelum ia tamat tempoh. Individu boleh memilih untuk memperbaharui cukai jalan mereka bagi tempoh 6 bulan atau 1 tahun, mengikut kehendak mereka secara online mahupun offline.

    Namun apabila tiba masa untuk memperbaharui cukai jalan, ada sesetengah individu terutama mereka yang baru memiliki kenderaan tidak begitu pasti mengenai dokumen apa yang perlu dikemukakan. Justeru untuk ketahui mengenainya, teruskan membaca artikel ini.

    Di mana anda boleh memperbaharui cukai jalan?

    Untuk pengetahuan, anda boleh memperbaharui cukai jalan secara offline mahupun online.

    Secara offline

    Renew roadtax di cawangan JPJ 

    Terdapat sesetengah kenderaan yang dikehendaki untuk memperbaharui roadtax di JPJ iaitu:

    1. Kenderaan untuk perkhidmatan e-hailing
    2. Kenderaan tidak memperbaharui roadtax melebihi 3 tahun daripada tarikh luput roadtax (anda perlu melakukan pemeriksaan kereta di PUSPAKOM dahulu).
    3. Pemilik kenderaan telah meninggal dunia (pembaharuan roadtax dibenarkan untuk tempoh 6 bulan sahaja)

    Renew roadtax di Pejabat Pos

    Anda juga boleh terus memperbaharui roadtax anda di mana-mana cawangan pejabat Pos Malaysia yang berdekatan dengan rumah anda.

    Secara online 

    Renew roadtax kereta atau motosikal secara online di Bjak

    Di Bjak, anda bukan sahaja dapat renew roadtax anda, tetapi juga dengan insurans sekaligus. Ia semestinya menjimatkan wang dan masa anda. 

    Renew roadtax di MySikap

    MySikap dibangunkan oleh JPJ khusus bagi memudahkan urusan orang ramai yang ingin memperbaharui roadtax atau lesen, tukar hak milik kenderaan, beli nombor plat terkini setiap negeri, semakan saman trafik dan banyak lagi. 

    Senarai dokumen yang diperlukan ketika memperbaharui cukai jalan

    pemilik kenderaan perlu memperbaharui cukai jalan untuk tempoh 1 tahun atau 6 bulan

    Sebenarnya, dokumen yang diperlukan untuk renew roadtax tidaklah banyak, bahkan tidak rumit. Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu dibawa jika anda renew roadtax secara offline di JPJ atau Pejabat Pos.

    Insurans kereta sudah diperbaharui

    Perkara paling utama anda perlu lakukan adalah memastikan insurans kereta anda sudah diperbaharui. Ingat, untuk membolehkan anda memperbaharui roadtax, insurans kereta anda perlu diaktifkan terlebih dahulu. Tanpa insurans, proses untuk menghidupkan semula roadtax anda tidak akan dapat dilakukan. 

    Anda mungkin tidak perlu bawa dokumen (polisi insurans) ke JPJ atau Pejabat Pos, namun pihak kaunter akan mengenal pasti sama ada insurans anda sudah diperbaharui atau tidak melalui semakan secara online. Bagaimanapun untuk rasa lebih selamat, bawa sahaja cover note insurans yang telah dihidupkan itu bersama anda. Jika berlaku sebarang pertikaian, mungkin anda boleh jadikannya sebagai bukti. 

    Kad pengenalan original

    Untuk memperbaharui cukai jalan, pastikan anda membawa kad pengenalan original anda bersama. Meskipun anda hadir sebagai pemilik kenderaan itu sendiri ataupun wakil kepada pemilik kenderaan sahaja, anda perlu dan wajib menunjukkan kad pengenalan kepada pegawai bertugas.

    Ia sebagai tanda rekod pihak JPJ atau Pejabat Pos untuk menyimpan maklumat mengenai individu yang memperbaharui roadtax tersebut.

    Nombor plat kenderaan dan nombor kad pengenalan pemilik

    Pastikan nombor plat serta nombor kad pengenalan pemilik kenderaan yang diberi kepada pegawai bertugas adalah tepat. Ia perlu sama seperti di dalam geran dan polisi insurans supaya proses pembaharuan roadtax berjalan dengan lancar. 

    Pastikan kenderaan anda sentiasa memiliki roadtax yang sah

    Elak saman sebanyak RM150! Pastikan kenderaan anda sentiasa memiliki roadtax yang sah untuk perjalanan lebih selamat dan lancar. Renew segera jika ia sudah hampir tamat tempoh. Bawa bersama semua dokumen-dokumen penting di atas untuk melancarkan proses pembaharuan roadtax anda.  


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: