Skip to content
Home » JPJ Renew Roadtax – 3 Sebab Roadtax Tidak Dapat Diproses

JPJ Renew Roadtax – 3 Sebab Roadtax Tidak Dapat Diproses

    Roadtax merupakan sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap pemilik kenderaan di Malaysia sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah.

    Anda wajib untuk renew roadtax setiap tahun, seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemilik kenderaan boleh memperbaharui roadtax untuk tempoh sama ada 6 bulan atau 1 tahun.

    Bagaimanapun, ada beberapa kes di mana pemilik kenderaan tidak dapat memperbaharui roadtax mereka, dan menyebabkan kenderaan mereka itu tidak boleh dipandu di jalan raya. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.

    JPJ renew roadtax

    JPJ renew roadtax – Sebab anda tidak boleh renew

    Ada beberapa sebab yang menyebabkan seseorang itu gagal untuk memperbaharui roadtax untuk kenderaan mereka:

    Mempunyai tunggakan saman

    Tunggakan saman, terutamanya saman yang telah disenarai hitam akan menyebabkan pembaharuan roadtax anda tidak dapat diteruskan, sama ada secara online mahupun offline.

    Ketika proses pembaharuan roadtax atau cukai jalan, rekod tunggakan saman dan senarai hitam anda akan dipaparkan di dalam sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Saman yang disenarai hitamkan merujuk kepada kenderaan yang telah dikeluarkan saman, namun gagal menjelaskan denda mereka selepas tempoh tertentu seperti yang diputuskan oleh pihak berkuasa. 

    Kebanyakan kes saman senarai hitam diterima oleh pemilik kenderaan disebabkan oleh kesalahan:

    • Tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh
    • Roadtax dan insurans kereta tamat tempoh
    • Tidak memakai tali pinggang keledar/topi keledar

    Oleh itu, anda mesti membuat pembayaran terlebih dahulu untuk semua tunggakan saman kesalahan trafik yang direkodkan sebelum dapat meneruskan proses pembaharuan roadtax.

    Bagi membolehkan anda memperbaharui roadtax, anda perlulah melangsaikan dahulu saman-saman yang telah direkodkan secara dalam talian di aplikasi MYBAYAR SAMAN, atau MyEG. 

    Roadtax kereta tamat tempoh lebih 3 tahun

    Tahukah anda, jika roadtax anda telah tamat lebih daripada 3 tahun, ia juga akan menyebabkan anda tidak boleh memperbaharuinya lagi sebelum kenderaan melalui pemeriksaan PUSPAKOM.

    Jika cukai jalan kenderaan anda telah tamat melebihi 3 tahun/36 bulan, kenderaan anda perlu menjalani dan lulus pemeriksaan yang dikehendaki PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan anda masih berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan di jalan raya.

    Jika pemeriksaan di PUSPALOM diluluskan, maka anda barulah boleh mula memperbaharui roadtax bagi kenderaan anda itu.

    Anda belum menghidupkan insurans 

    Perlu anda tahu, insurans kenderaan diperlukan untuk membolehkan anda memperbaharui roadtax. Ini bermakna, anda sepatutnya perbaharui dahulu insurans yang telah tamat tempoh bagi membolehkan anda mendapatkan roadtax. 

    Jika anda terus datang ke Pejabat Pos atau JPJ dengan niat untuk memperbaharui roadtax sahaja tanpa insurans, maka proses renew roadtax anda pasti akan gagal. Sila jangan buang masa anda ya!

    Jadi, untuk lebih pantas, renew sahaja insurans anda secara online. Kebiasaannya, urusan pembaharuan insurans anda itu boleh siap kurang dari 10 minit sahaja. Bahkan, ada juga platform insurans yang menyediakan pembaharuan insurans dan roadtax sekaligus, seperti Bjak. 

    Di Bjak, pilihan lebih 15 jenama insurans berserta perkhidmatan penghantaran roadtax ke rumah disediakan kepada pengguna. 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: