Baru kali pertama cuba untuk renew insurans kereta? Risau proses nak renew insurans kereta rumit dan menyusahkan? Jangan risau, selain boleh renew melalui wakil insurans, anda juga mempunyai pilihan untuk renew insurans kereta secara ‘online‘ yang pastinya lebih mudah dan pantas.
Sebenarnya, terdapat banyak kelebihan lain apabila anda renew insurans kereta secara online ni tau! Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui sebabnya.
Kelebihan renew insurans kereta online
Beli insurans kereta online beri anda masa untuk buat perbandingan
Apabila anda memilih untuk renew insurans kereta secara online, anda sebenarnya memberi ruang kepada diri sendiri untuk membuat perbandingan dan ‘menyelidik’ syarikat insurans yang boleh memberikan pelan terbaik.
Perkara ini penting bagi memastikan anda tahu syarikat/ polisi insurans manakah yang boleh memenuhi keperluan anda dan kenderaan agar tidak mengalami kerugian pada masa akan datang. Malah, anda juga perlu melihat sama ada mereka mampu memberikan anda perkhidmatan terbaik ketika anda memerlukan khidmat mereka nanti seperti contoh ketika ingin membuat tuntutan insurans kereta.
Dengan hanya di hujung jari, anda boleh membuat penilaian sendiri dan menentukan polisi insurans terbaik buat diri anda tanpa sebarang desakan masa atau sebagainya.
Kini, banyak platform perbandingan insurans kereta yang disediakan untuk anda termasuklah platform Bjak. Melalui Bjak, anda sebagai pengguna boleh membandingkan dengan 15 pilihan insurans yang ada yang mana ia secara tidak langsung menjadikan platform ini sebagai laman perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia.
Renew insurans online boleh jimat masa, jimat tenaga
Ya, membeli insurans secara online sememangnya akan lebih menjimatkan masa dan tenaga anda. Dengan hanya memerlukan capaian internet dan telefon bimbit/ laptop, anda kini boleh mendapatkan perlindungan insurans kereta dengan lebih tenang dan mudah hanya dari rumah.
Ditambah pula dengan situasi pandemik pada ketika ini, anda sememangnya sangat disarankan untuk melakukan pelbagai urusan secara online sahaja. Ia termasuklah bagi urusan pembaharuan insurans kereta berserta roadtax.
Yang penting, fahami dulu jenis polisi yang anda inginkan dan tahu apakah bajet serta keperluan untuk anda dan kenderaan bagi tahun itu.
Mudah dilayari
Jangan risau, proses untuk membeli insurans secara online adalah sangat mudah, berbeza dengan apa yang anda bayangkan selama ini.
Setiap laman web syarikat insurans pastilah menyediakan panduan dengan menerangkan jenis polisi yang ada bagi memudahkan pengguna, termasuklah Bjak. Malah, bantuan khidmat pelanggan juga turut disediakan sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan pembaharuan insurans kereta.
Sekiranya anda sudah mengenalpasti polisi insurans yang diinginkan, masa yang diambil untuk membeli insurans adalah kurang daripada 10 minit. Bukan itu sahaja, jika anda menggunakan Bjak, polisi insurans kereta juga akan diaktifkan dengan segera dalam hanya 5 minit.
Beli insurans kereta online lebih jimat
Untuk makluman anda, kebanyakan platform insurans termasuk Bjak memberikan peluang kepada pelanggan untuk lebih jimat.
Selain penjimatan sehingga RM480 apabila membandingkan dengan 15 pilihan insurans, anda juga boleh mendapatkan lagi diskaun tambahan apabila menggunakan kaedah pembayaran Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) untuk kali pertama. Dengan kaedah BNPL, anda boleh berasa lega kerana pembayaran insurans boleh dilakukan dengan 3 kali ansuran tanpa sebarang faedah.
Jadi, inilah kesempatan yang anda boleh gunakan dengan renew insurans kereta online. Tidak rugi, malah ia sememangnya berbaloi untuk anda.
Renew insurans di Bjak
Sebagai pemilik kenderaan, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan insurans dan roadtax sentiasa sah bagi digunakan di atas jalan raya.
Selain dapat melindungi kenderaan daripada sebarang risiko yang tidak dijangka, ia juga boleh mengelakkan anda daripada disaman oleh pihak berkuasa.
Kini, anda tidak perlu risau mengenai kesukaran untuk memperbaharui insurans. Lakukannya sahaja secara online kerana selain pantas dan mudah, anda berpeluang untuk mendapatkan penjimatan berganda. Buat perbandingan dan pilih satu perlindungan terbaik untuk insurans anda. Ingat, insurans penting untuk melindungi kenderaan tidak kiralah jika anda jarang gunakan kereta tersebut.
Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.
Baca juga: