Skip to content
Home » Ini Kepentingan Miliki Liabiliti Dalam Insurans Kereta Anda

Ini Kepentingan Miliki Liabiliti Dalam Insurans Kereta Anda

    kepentingan liabiliti - cover

    Insurans kereta liabiliti adalah salah satu perlindungan penting untuk kenderaan persendirian. Selain daripada keperluan undang-undang, perlindungan liabiliti adalah amat penting kerana beberapa sebab, antaranya ialah melindungi penumpang dalam kenderaan serta dapat mengurangkan beban kewangan sekiranya berlaku kemalangan. Ini adalah sebab utama yang akan menjelaskan berkenaan kepentingan memiliki liabiliti insurans yang anda perlu tahu.

    Memenuhi keperluan undang-undang

    • Mempunyai insurans liabiliti adalah suatu keperluan undang-undang di pelbagai tempat. Perlindungan liabiliti, seperti liabiliti undang-undang (LLP) kepada penumpang dan liabiliti undang-undang penumpang (LLOP) adalah keperluan mandatori untuk memandu di Singapura.
    • Kenderaan asing mesti mempunyai perlindungan ini untuk memasuki negara tersebut melalui darat, dan memandu tanpanya boleh mengakibatkan anda daripada didenda dan dikenakan tindakan undang-undang. Mempunyai perlindungan ini membuktikan bahawa anda boleh menampung kos kerosakan atau kecederaan yang anda mungkin bertanggungjawab.

    Menawarkan perlindungan daripada bebanan kewangan

    • Perlindungan liabiliti seperti pelbagai pilihan penambahan insurans kenderaan lain menawarkan perlindungan daripada masalah bebanan kewangan. Dalam kebanyakan kes, ia melindungi kos yang berkaitan dengan kenderaan kepada orang lain atau kerosakan pada harta benda mereka dalam kemalangan di mana anda yang merupakan pesalahnya. Perlindungan ini akan melindungi perbelanjaan perubatan, kos pembaikan dan yuran guaman.
    • Perlindungan kewangan ini seterusnya akan memberikan anda ketenangan semasa anda memandu kenderaan anda. Apabila anda mengetahui bahawa anda mempunyai perlindungan, perkara itu akan dapat mengurangkan tekanan dan membolehkan anda menumpukan perhatian sepenuhnya ketika di jalan raya.

    Melindungi aset anda

    • Oleh kerana perlindungan liabiliti menawarkan perlindungan daripada bebanan kewangan, ia juga akan melindungi aset pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Jika anda menjadi punca kemalangan dan tidak mempunyai perlindungan liabiliti, anda mungkin bertanggungjawab secara peribadi untuk perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak yang satu lagi.
    • Ini boleh menjejaskan aset anda, seperti simpanan, harta benda atau barang berharga lain untuk mengimbangi kerugian. Walau bagaimanapun, mempunyai perlindungan liabiliti bermakna aset anda selamat daripada masalah kerana syarikat insurans anda akan mebenus kerugian tersebut.

    Melindungi penumpang anda

    • Insurans liabiliti juga boleh memberikan perlindungan kepada penumpang dalam kenderaan anda, melindungi mereka sekiranya berlaku kecederaan atau kerosakan akibat kemalangan yang anda perlu dipertanggungjawabkan. Dua jenis perlindungan liabiliti yang paling biasa ditawarkan kepada kenderaan persendirian ialah liabiliti undang-undang (LLP) kepada penumpang dan liabiliti undang-undang penumpang (LLOP).
    • Manfaat tambahan ini menawarkan bantuan undang-undang jika anda disaman oleh pihak lain yang terlibat dalam kemalangan di mana syarikat insurans anda akan menawarkan wakil guaman yang akan membantu anda untuk menguruskan proses undang-undang.

    Seperti yang anda dapat lihat, insurans kereta liabiliti bukan sahaja keperluan undang-undang tetapi juga jaringan keselamatan kewangan asas yang melindungi anda dan orang lain di jalan raya sekiranya berlaku kemalangan. Walaupun tidak wajib untuk mempunyai perlindungan liabiliti di Malaysia, ia merupakan komponen penting dalam pemilikan kenderaan yang bertanggungjawab dan sah.

    Untuk mendapatkan atau mengetahui berkenaan harga insurans kereta yang mempunyai perlindungan liabiliti ini, layari bjak.my. Anda juga boleh klik sahaja butang di bawah ini untuk mendapatkan sebut harga percuma.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: