Skip to content
Home » Soalan Lazim Mengenai LLP & LLOP Dalam Insurans Kereta

Soalan Lazim Mengenai LLP & LLOP Dalam Insurans Kereta

    llp & llop - cover

    Liabiliti Undang-undang kepada Penumpang (LLP) dan Liabiliti Undang-undang Penumpang (LLOP) adalah dua istilah penting yang sering dikelirukan oleh kebanyakan pemilik kereta dalam perlindungan liabiliti. Insurans liabiliti memainkan peranan penting dalam melindungi kedua-dua pemandu dan penumpang sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka.

    Walaupun LLP dan LLOP kendengaran hampir sama, kedua-duanya berbeza dalam peranan dan kepentingan bagi pemandu dan penumpang. Kami pernah menjelaskan berkenaan perlindungan liabiliti dalam penulisan di blog kami sebelum ini. Tetapi dalam artikel ini, kami akan menjelaskan berkenaan beberapa soalan lazim (FAQ) mengenai LLP dan LLOP dalam insurans kereta.

    Perbezaan diantara LLP dan LLOP

    Liabiliti undang-undang kepada Penumpang (LLP) merujuk kepada perlindungan yang melindungi pemegang polisi insuran kereta (pemandu) terhadap liabiliti undang-undang yang timbul daripada kecederaan atau kerosakan yang dialami oleh penumpang semasa kemalangan manakala Liabiliti Undang-undang Penumpang (LLOP), ialah satu lagi jenis perlindungan liabiliti yang melindungi pemilik kenderaan daripada liabiliti undang-undang yang diambil oleh pihak ketiga kerana kecuaian yang dilakukan oleh penumpang mereka.

    Wajib ada ke perlindungan LLP dan LLOP ini untuk memandu di Malaysia?

    Penanggung insurans mengenakan amaun berbeza untuk LLP dan LLOP untuk kenderaan persendirian. Premium insurans kereta tahunan untuk perlindungan LLP biasanya 25% daripada premium untuk polisi insurans asas pihak ketiga. Sementara itu, premium tahunan untuk LLOP ialah RM7.50 setahun bagi setiap kenderaan. Namun begitu, premium mungkin berbeza-beza bergantung pada syarikat insurans dan jenis insurans yang anda miliki.

    Bolehkah saya memandu di luar Malaysia tanpa perlindungan LLP/LLOP?

    Tidak, anda sepatutnya mempunyai perlindungan LLP atau LLOP untuk memandu di negara jiran seperti Singapura. Undang-undang jalan raya di Singapura mewajibkan kenderaan asing untuk mempunyai LLP dan LLOP sebelum memasuki negara itu. Jadi, anda mesti mendapatkan perlindungan terlebih dahulu sebelum memandu masuk ke Singapura.

    Adakah LLP/LLOP termasuk dalam perlindungan asas kereta?

    Tidak, LLP dan LLOP tidak termasuk dalam perlindungan asas kereta. Perlindungan ini biasanya ditawarkan sebagai tambahan pilihan yang mesti dibeli oleh pemilik kenderaan dengan membayar premium tambahan, sekiranya mereka memerlukan perlindungan.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: