Skip to content
Home » Mitos Mengenai Insurans Kenderaan Komprehensif

Mitos Mengenai Insurans Kenderaan Komprehensif

    insurans komprehensif - cover

    Mendapatkan pelan insurans komprehensif ketika memperbaharui insurans kenderaan adalah langkah dan pilihan terbaik. Ini kerana di antara 3 polisi insurans kenderaan yang ada di pasaran, polisi insurans komprehensif menyediakan perlindungan yang paling banyak dan hampir menyeluruh buat pemilik kenderaan.

    Namun begitu, ada yang menganggap bahawa polisi ini akan melayakkan seseorang itu untuk mendapat pampasan atas semua perkara yang berlaku pada kenderaan. Jangan salah faham ya! Meskipun ia adalah pelan komprehensif, terdapat juga beberapa situasi yang tidak membolehkan anda sebagai pemegang polisi membuat tuntutan insurans

    Justeru pada perkongsian artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda beberapa salah faham yang sering berlaku mengenai perlindungan polisi komprehensif untuk membantu anda lebih jelas dan mengelakkan lagi kekeliruan. Semoga berguna!

    “Saya boleh claim insurans jika cedera akibat kemalangan ketika memandu”

    Ini antara salah faham yang mungkin sering berlaku dalam kalangan pemilik polisi komprehensif. Sebenarnya, polisi ini tidak akan melayakkan anda untuk membuat pampasan bagi sebarang kecederaan yang ada pada tubuh anda akibat kemalangan yang berpunca dari diri sendiri

    Untuk setiap jenis polisi insurans yang ada, pihak insurans hanya akan melindungi kecederaan/ kematian pihak ketiga sahaja, iaitu individu yang dilanggar oleh kenderaan anda.

    Jika anda ingin memastikan diri anda turut dilindungi, anda boleh mendapatkan perlindungan tambahan insurans kemalangan peribadi di dalam polisi komprehensif anda, ataupun beli sahaja satu pelan insurans kemalangan peribadi yang lain (seperti anda beli insurans nyawa/ perubatan). Insurans ini akan memberikan pampasan apabila berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang berlaku disebabkan kemalangan semata-mata kepada pemegang polisi sahaja dan tidak membabitkan mana-mana pihak ketiga.

    “Kereta rosak sebab banjir, boleh claim je lah kan?”

    Untuk makluman anda, pihak insurans tidak akan membayar sebarang ganti rugi untuk kerosakan kenderaan yang diakibatkan oleh bencana alam termasuklah banjir, tanah runtuh, pokok tumbang dan seangkatan dengannya. Ini kerana biasanya kos untuk pembaikan kereta rosak akibat bencana alam adalah tinggi jadi ia dianggap sebagai satu risiko.

    Namun, ada caranya jika anda ingin memastikan kenderaan anda tetap dilindungi jika ia rosak akibat bencana alam. Sila dapatkan sahaja perlindungan tambahan peril khas ketika anda renew insurans dengan pelan komprehensif. Dengan perlindungan tambahan ini, ia dapat membantu anda mendapatkan ganti rugi atas kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti yang disenaraikan dalam polisi insurans. Jumlah pampasan yang akan diterima adalah bagaimanapun bergantung kepada nilai kereta anda, tertakluk kepada polisi insurans masing-masing. 

    Pada kebiasaannya, premium bagi perlindungan ini ialah 0.5% daripada jumlah diinsuranskan. Tetapi ingat, ianya mungkin berbeza mengikut pengendali takaful dan insurans ya.

    “Mahallah nak ganti tayar kereta, claim insurans je lah”

    Meskipun anda memiliki perlindungan insurans komprehensif, ia tidak akan melayakkan anda untuk mendapat ganti rugi bagi pertukaran tayar yang telah rosak/ meletup melainkan atas beberapa faktor iaitu:

    • Tayar rosak/ meletup akibat jalan raya yang teruk & berlubang 
    • Tayar kereta ditoreh oleh penjenayah/ dicuri
    • Tayar kereta rosak akibat kebakaran yang tidak disengajakan

    Jika tayar kereta anda rosak/ haus kerana ia sudah terlalu lama, maka anda perlu menggantikannya menggunakan wang sendiri ya. Meskipun mahal, namun ia adalah salah satu komitmen yang setiap pemilik kenderaan perlu hadap dan tanggung. 

    Jika kemalangan disebabkan oleh pemandu tidak dinamakan, claim akan ditolak terus

    Malang tidak berbau. Niat baik anda meminjamkan kenderaan kepada individu yang namanya tidak disenaraikan sebagai pemandu tambahan dalam polisi insurans anda mungkin akan memakan diri apabila kenderaan yang dipandu olehnya terbabit dalam kemalangan.

    Apabila situasi ini berlaku, anda mungkin beranggapan bahawa tuntutan insurans tidak boleh langsung dilakukan dan pihak insurans akan menolak claim anda itu.

    Jangan salah faham ya. Anda sebagai pemilik kenderaan tetap boleh mengemukakan tuntutan insurans di atas kerosakan kereta akibat kemalangan yang telah berlaku. Namun, anda bertanggungjawab untuk membayar excess (biasanya sebanyak RM400) daripada kos pembaikan yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans.

    Meskipun begitu, pastikan:

    • Polisi anda masih aktif ketika kejadian berlaku
    • Pemandu tersebut ada lesen memandu
    • Anda memiliki insurans komprehensif

    Renew insurans komprehensif hanya untuk kereta baru 

    Ada yang beranggapan bahawa pembelian pelan insurans komprehensif adalah untuk kenderaan baru dan yang berusia di bawah 10 tahun sahaja.

    Tidak, untuk pengetahuan anda sesetengah syarikat insurans ada juga menawarkan perlindungan untuk kereta yang berusia sehingga 15 atau 20 tahun. Disebabkan itulah sebelum renew insurans, anda sangat digalakkan untuk membuat perbandingan dengan beberapa buah syarikat insurans bagi memastikan kenderaan anda boleh mendapatkan perlindungan yang terbaik.

    Selagi anda layak, selagi itulah anda digalakkan untuk renew dengan polisi ini agar anda boleh membuat tuntutan jika berlaku sesuatu pada kenderaan anda di kemudian hari. 

    Untuk lebih mudah, anda juga boleh gunakan platform Bjak bagi membuat perbandingan dengan banyak jenama insurans yang terkemuka secara sekaligus. Kereta baru atau kereta lama, semua boleh renew di sini!

    Jom layari Bjak sekarang untuk semak sebut harga anda!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: