Skip to content
Home » Motosikal Terlibat Banjir? Ini yang Anda Kena Lakukan

Motosikal Terlibat Banjir? Ini yang Anda Kena Lakukan

    Motosikal terlibat banjir

    Awal tahun 2022, beberapa buah negeri masih berdepan dengan situasi banjir buruk selepas berlaku hujan lebat untuk tempoh beberapa jam. 

    Kini boleh dikatakan, banjir di Malaysia tidak lagi berlaku pada tempoh-tempoh tertentu seperti tahun-tahun sebelum ini, namun ia boleh berlaku pada bila-bila masa akibat perubahan iklim.

    Susulan daripada berlakunya banjir, banyak harta benda mangsa yang terjejas bukan sahaja rumah, bahkan kenderaan seperti kereta dan motosikal.

    Jika sebelum ini Bjak sudah kongsikan tips untuk selamat kereta apabila terkena banjir, kali ini, kami akan kongsikan pula kepada anda tips untuk selamatkan motosikal jika ia terlibat dengan banjir.

    Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya!

    Motosikal terlibat banjir? Ini tips selamatkannya!

    Tips selamatkan motosikal terlibat banjir

    Jangan hidupkan enjin motosikal

    Pertama sekali, tolong jangan sesekali hidupkan enjin motosikal dengan menekan penghidup elektrik. Ini bagi mengelakkan daripada terjadinya lintar pintas terhadap kuasa elektrik yang mungkin masih mengalir.

    Sebaiknya, tolak dulu motosikal anda ke tempat yang lebih selamat untuk mengeringkannya sebelum meneruskan dengan sebarang pembaikan.

    Keluarkan air daripada ekzos

    Keluarkan air dari ekzos motosikal

    Sebaik sahaja anda sudah berjaya mengalihkan motosikal ke tempat yang lebih selamat, anda boleh keluarkan air yang ada di dalam ekzos motosikal anda dengan menonggengkan motosikal anda itu.

    Dalam masa yang sama, buka set penutup bahagian kanan motosikal anda dan buka bahagian kotak angin bagi membuang air yang ada di dalamnya dan biarkan ia terbuka sehingga kering.

    Cabut spark plug

    Spark plug atau palam pencucuh pada motosikal berfungsi sebagai pembakar campuran udara dan bahan api yang menghasilkan percikan elektrik.

    Spark plug perlu dicabut kerana komponen ini agak sensitif dan kebersihannya perlu dijaga. Namun, jika ia sudah terkena banjir seeloknya anda tukarkan sahaja dengan spark plug yang baharu nanti.

    Periksa tangki minyak

    Periksa tangki minyak motosikal

    Kemudian, teruskan dengan memeriksa pula tangki minyak motosikal anda untuk melihat sama ada minyak telah bercampur dengan air banjir ataupun tidak.

    Jika sudah bercampur, sila pastikan anda membuang semua isi yang ada di dalam tangki tersebut dan isikan semula dengan minyak yang baharu. Ini kerana jika minyak lama telah bercampur dengan air banjir, motosikal anda boleh mengalami kerosakan yang lebih teruk.

    Tukar minyak pelincir

    Minyak pelincir wajib diisi pada enjin bagi menghidupkan motosikal. Ia juga diketahui berfungsi untuk melicinkan pergerakan dan geseran pada komponen dalam enjin motosikal. 

    Sekiranya motosikal anda sudah terlibat dengan banjir, pastikan minyak pelincir ditukar kerana lumpur daripada banjir yang berkemungkinan sudah masuk ke dalam enjin boleh menyebabkan geseran, tersangkut dan seterusnya menyebabkan komponen lain dalam motosikal rosak.

    Tukar oil filter

    Selain minyak pelincir, oil filter atau penapis minyak juga perlu ditukar kepada yang baharu.

    Tukar minyak gear

    Sekiranya minyak gear sudah bercampur dengan air banjir, maka anda juga perlu menukarnya. Ini kerana, minyak gear yang sudah kotor akan menyebabkan pergeseran pada gigi gear. Pada kebiasaannya, minyak gear berwarna merah. Namun jika sudah bercampur dengan air, warnanya akan bertukar coklat (seakan warna teh susu).

    Buang semua minyak gear dan gantikan dengan yang baharu (gunakan minyak murah dulu). Kemudian, hidupkan enjin motosikal kira-kira lima minit dan buang semula minyak yang baru diisi tadi sebelum mengisikannya semula dengan minyak gear yang baharu.

    Selepas itu, periksa sekali lagi minyak gear tersebut dan ulang proses berkenan sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air.

    Bersihkan motosikal 

    Bersihkan motosikal yang terkena kotoran air banjir

    Pastikan anda turut membersihkan setiap bahagian motosikal yang terkena kotoran air banjir dan motosikal anda berada dalam keadaan kering.

    Ini bagi mengelakkan terdapatnya sisa kotoran yang mungkin masih melekat pada komponen-komponen kecil yang dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan lain. 

    Kemudian, jika anda rasa sudah selesai, hidupkan semula enjin motosikal anda. Namun, jika anda kurang arif untuk melakukan proses-proses pembaikan seperti di atas dengan sendiri, silalah hantar sahaja motosikal anda ke bengkel atau dapatkan bantuan daripada mereka yang lebih pakar. 

    Kawasan anda berisiko banjir? Lakukan langkah pencegahan ini

    1. Parkirkan motosikal anda di tempat yang lebih tinggi jika anda sudah perasan cuaca agak tidak baik pada hari itu. Ia bagi mengelakkan motosikal anda tenggelam akibat banjir.

    2. Balut kaburator motosikal dengan plastik.

    3. Jangan tinggalkan barang penting dan mudah rosak di motosikal

    4. Jika air banjir masih cetek, anda boleh redah banjir namun pastikan anda gunakan gear yang rendah sahaja. Namun jika air sudah tinggi, jangan hidupkan motosikal anda dan tunggu sehingga air surut untuk ia diselamatkan.

    Bolehkah claim insurans untuk baiki kerosakan motosikal atau hanyut akibat banjir?

    Claim Insurans motosikal terlibat banjir

    Untuk makluman anda, syarikat insurans tidak melindungi atau membayar pampasan serta ganti rugi sekiranya motosikal anda rosak atau hanyut akibat banjir.

    Namun, ‘keadaan’ boleh diselamatkan jika anda ada mengambil perlindungan tambahan untuk bencana alam (peril khas) di dalam polisi insurans komprehensif anda. Perlindungan ini penting terutamanya jika anda tinggal di kawasan yang sangat berisiko untuk mengalami banjir setiap tahun.

    Dapatkan perlindungan yang mencukupi

    Tidak kiralah sama ada kereta atau motosikal, pastikan kenderaan anda mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi. Jika boleh selepas ini, dapatkan perlindungan tambahan peril khas ketika memperbaharui insurans dengan pelan komprehensif. 

    Untuk beli perlindungan tambahan ni tidak mahal pun. Pada kebiasaannya, premium yang dikenakan untuk penambahan perlindungan ini adalah sekitar 0.5% sahaja daripada jumlah yang diinsuranskan. 

    Ingat, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini, apa sahaja boleh berlaku. Tidak salah untuk lebih bersiap sedia bagi mengelakkan kerugian lebih besar pada masa akan datang.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: