Skip to content
Home » Perlindungan Tambahan Insurans Kereta Yang Disarankan Ambil

Perlindungan Tambahan Insurans Kereta Yang Disarankan Ambil

    Perlindungan tambahan insurans kereta

    Secara amnya, insurans kereta anda sudah memberi perlindungan asas yang diperlukan. Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu di Malaysia mesti membeli insurans kereta sekurang-kurangnya Insurans Pihak Ketiga. Tetapi, jika anda mengambil insurans kereta 1st party sekali pun, adakah perlindungan yang ditawarkan sudah mencukupi? Di sini, kami kongsikan perlindungan tambahan insurans kereta yang disarankan ambil.

    Perlindungan cermin kereta (windscreen)

    Perlindungan cermin kereta (windscreen)
    Perlindungan cermin kereta (windscreen) memberi perlindungan kepada cermin kereta anda jika retak atau pecah

    Disebabkan cermin kereta sangatlah terdedah kepada risiko untuk retak atau pecah, anda amat disarankan untuk mengambil perlindungan cermin kereta atau windscreen. Perlindungan tambahan ini akan membayar kerugian anda dalam menggantikan cermin yang pecah ataupun membaiki cermin yang retak.

    Premium bagi perlindungan ini ialah 15% daripada jumlah diinsuranskan untuk cermin kereta, selalunya harga cermin itu sendiri. Sebagai contoh, jika harga cermin kereta anda ialah RM1,000, anda perlu membayar tidak lebih daripada 15% atau RM150 sahaja daripada harga cermin tersebut. Daripada bayar RM1,000 untuk ganti cermin kereta, anda cuma perlu bayar RM150 kalau anda dapatkan perlindungan tambahan windscreen. Lebih jimat, bukan?

    Perlindungan pemandu tambahan (named driver)

    Perlindungan pemandu tambahan (named driver)
    Dapatkan perlindungan pemandu tambahan jika kereta anda kerap digunakan oleh orang lain

    Pemandu dinamakan atau “named driver” ialah pemandu yang mendapat kebenaran anda untuk memandu kereta anda. Pemandu dinamakan akan mendapat perlindungan yang sama seperti anda sebagai pemegang polisi. Di Malaysia, termasuk pemegang polisi, anda boleh menambahkan dua pemandu dinamakan secara percuma. Untuk menambahkan pemandu dinamakan yang ketiga dan seterusnya, anda cuma perlu menambah RM10 untuk setiap pemandu.

    Jika kenderaan anda kerap dipandu oleh orang lain, anda sangat perlukan perlindungan ini. Tanpa perlindungan tambahan ini, sekiranya kereta anda kemalangan ketika dipandu oleh sesiapa sahaja selain anda dengan kebenaran anda, anda akan dikenakan ekses wajib sebanyak RM400 kerana pemandu kereta anda tidak dinamakan dalam polisi insurans anda. Banyak tu!

    Perlindungan peril khas (bencana alam)

    Perlindungan tambahan peril khas (bencana alam)
    Perlindungan tambahan peril khas memberi perlindungan kepada kereta anda jika rosak akibat bencana alam seperti ditimpa pokok akibat ribut

    Perlindungan peril khas ialah perlindungan tambahan untuk kerosakan kenderaan melibatkan bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, tanah mendap, gempa bumi, bergantung kepada polisi insurans yang anda pilih.

    Perlindungan ini dapat membantu anda mendapatkan pampasan atas kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti yang disenaraikan dalam terma dan syarat polisi insurans. Anda juga boleh menuntut pembaikan kereta yang rosak akibat bencana alam, sekiranya anda mempunyai perlindungan tambahan peril khas.

    Perlindungan liabiliti undang-undang

    Terdapat dua jenis perlindungan liabiliti undang-undang di Malaysia.

    Liabiliti penumpang di sisi undang-undang

    Perlindungan tambahan ini melindungi anda daripada sebarang tindakan liabiliti undang-undang ke atas kelalaian yang dilakukan oleh penumpang anda.

    Sebagai contoh, sekiranya penumpang kereta anda membuang botol air keluar tingkap lalu terkena pada penunggang motosikal di belakang kereta anda, anda boleh disaman atas sebab merosakkan harta benda dan mencederakan penunggang tersebut.

    Perlindungan tambahan ini akan melindungi anda daripada liabiliti tersebut. Premium tambahan bagi perlindungan ini tak mahal. Cuma RM7.50 bagi setiap kenderaan.

    Liabiliti undang-undang kepada penumpang

    Perlindungan liabiliti undang-undang kepada penumpang diwajibkan ke atas pemandu yang memandu ke Singapura
    Anda wajib dapatkan perlindungan liabiliti undang-undang kepada penumpang jika ingin memandu ke Singapura

    Perlindungan ini pula melindungi anda ataupun pemandu tambahan daripada liabiliti undang-undang yang diambil terhadap anda oleh mana-mana penumpang anda.

    Sebagai contoh, bayangkan kereta yang anda pandu terlibat dalam kemalangan sehingga mencederakan penumpang anda. Sekiranya mereka dapat buktikan kemalangan itu berpunca daripada kecuaian atau kelalaian anda, mereka boleh menyaman anda.

    Oleh itu, perlindungan ini melindungi anda daripada risiko seperti yang disebutkan, dengan membayar kos kerugian yang ditanggung akibat liabiliti ini. Berapa pulak harga untuk dapatkan perlindungan ni? Premium bagi perlindungan ini ialah 25% daripada jumlah premium polisi pihak ketiga.

    Nota penting: Sekiranya anda bercadang untuk memandu kereta anda ke Singapura, anda dikehendaki di bawah undang-undang Singapura untuk mempunyai perlindungan liabiliti undang-undang kepada penumpang.

    Perlindungan pengecualian kos penambahbaikan (waiver of betterment cost)

    Perlindungan pengecualian kos penambahbaikan (waiver of betterment cost)
    Perlindungan pengecualian kos penambahbaikan untuk kereta berumur 5 tahun ke atas yang menggunakan alat ganti baru akibat kemalangan

    Insurans kereta komprehensif akan cover kos membaiki kereta anda akibat kemalangan. Tapi, sekiranya kereta anda yang berumur 5 tahun ke atas mengalami kemalangan dan mendapatkan alat ganti atau spare part original yang baru, kereta anda akan dianggap lebih baik daripada sebelum kemalangan. Oleh itu, sebagai pemegang polisi, anda mungkin perlu membayar sebahagian daripada kos alat ganti original yang baru digunakan. Ini dinamakan caj “penambahbaikan” atau “betterment cost.”

    Jadi, sekiranya anda ada perlindungan tambahan ini, anda akan dikecualikan bayaran penambahbaikan tersebut. Ini akan mengurangkan beban kewangan anda, sekiranya kereta anda yang agak lama menggunakan alat ganti original baru berikutan kemalangan.

    Dapatkan perlindungan tambahan di Bjak

    Semoga perkongsian kami di atas dapat membantu anda menentukan perlindungan tambahan yang anda perlukan.

    Sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan insurans kereta, layari sahaja Bjak untuk renew insurans kereta anda. Anda boleh tambah perlindungan tambahan yang dikehendaki dengan mudah secara online sahaja.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: