No claim discount atau lebih dikenali sebagai NCD insurans kereta atau motosikal bukan lagi perkara asing bagi pemilik kenderaan. Ia adalah sejenis diskaun insurans kenderaan yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada anda sekiranya tidak pernah membuat sebarang tuntutan sepanjang polisi berkuat kuasa.
Apabila tiada tuntutan dilakukan, diskaun NCD tersebut juga akan semakin meningkat, yang seterusnya membantu mengurangkan premium insurans pemilik kenderaan.
Kadar NCD berbeza mengikut jenis kenderaan
Kadar NCD untuk kereta persendirian, motosikal persendirian dan kenderaan komersial adalah berbeza seperti di bawah:
Kadar NCD insurans kereta persendirian
Kadar NCD motosikal
Kadar NCD untuk kenderaan komersial
Diskaun NCD untuk semua jenis pemilik kenderaan ini akan diberikan secara automatik ketika pembaharuan polisi insurans dibuat. Namun perlu diingatkan, NCD anda boleh kembali ke angka sifar sekiranya ada tuntutan dibuat di bawah polisi anda.
Dua jenis situasi/ tuntutan yang tidak akan menghilangkan NCD
Meskipun kadar NCD dikatakan akan hilang apabila tuntutan dibuat, namun ia terkecuali untuk dua situasi ini di mana ia membolehkan anda untuk mengekalkan kadar NCD anda meskipun selepas membuat tuntutan.
Kerosakan bukan dilakukan sendiri (No Fault Damage)
Ia merujuk kepada situasi di mana anda terlibat dalam kemalangan jalan raya namun kemalangan tersebut disahkan oleh pihak berkuasa bahawa ia tidak berpunca daripada kecuaian anda. Jika anda membuat tuntutan insurans, maka kadar NCD pada polisi sedia ada anda tidak akan terjejas. Malah, syarikat insurans juga akan membantu anda untuk mendapatkan tuntutan pihak ketiga daripada syarikat insurans pemilik kereta yang menjadi penyebab kepada kemalangan tersebut.
Perlindungan cermin kereta
Anda ada membeli perlindungan tambahan untuk cermin kereta? Jika ya, maka anda bernasib baik kerana NCD insuran kereta anda tidak akan terjejas apabila anda membuat tuntutan insurans untuk cermin kereta.
Sebaliknya jika anda membuat tuntutan insurans untuk cermin tanpa perlindungan tambahan cermin kereta, maka ia sememangnya akan menjejaskan kadar NCD anda.
Fakta yang perlu anda tahu mengenai NCD insurans kereta & motosikal
Anda mungkin sudah mengetahui apakah kadar NCD untuk kenderaan anda dan bagaimana ia berfungsi. Namun anda mungkin masih belum mengetahui beberapa aspek lain mengenai NCD.
NCD adalah milik anda, bukan kenderaan anda – Ini bermakna, anda boleh membuat pemindahan NCD untuk ke kenderaan lain yang sama jenis (kereta-kereta, motor-motor), tetapi bukan dipindahkan kepada orang lain. Ketahui cara untuk memindahkan NCD melalui artikel ini.
NCD boleh digunakan untuk semua syarikat insurans – Jika anda menukar polisi atau syarikat insurans, seperti contoh dari AIA – Allianz, NCD anda tetap akan dimasukkan dalam polisi.
Jaga NCD anda – Elak daripada membuat tuntutan yang tidak menguntungkan sehingga boleh memberi kesan kepada NCD anda.
NCD adalah diskaun yang diberikan hanya ketika pembaharuan insurans – Pemilik kereta tahun pertama tidak akan menikmati NCD sehingga pembaharuan insurans berlaku dengan tiada sebarang tuntutan dibuat
Cara untuk menyemak NCD
Anda boleh menyemak kadar NCD dengan mudah secara online melalui portal MyCarInfo.
Layari MyCarInfo dan klik pada bahagian NCD Online Enquiry. Anda hanya perlu mengisi plat kenderaan dan nombor kad pengenalan anda. Selepas siap, sila klik butang ‘GET MY NCD RECORD’.
Sekiranya kenderaan anda berdaftar dengan syarikat, sila isikan nombor pendaftaran syarikat anda.
Selesai mengisi maklumat berkenaan, anda secara automatik boleh melihat maklumat-maklumat berikut:
- Next NCD Percentage: NCD baru
- Next NCD Effective Date: Tarikh kuat kuasa NCD baru
- Current NCD Percentage: Kadar NCD sekarang
- Current NCD Effective Date: Tarikh kuat kuasa NCD sekarang
Mudah sahaja bukan? Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan, termasuklah motosikal dan kenderaan sewa.
Jaga NCD anda untuk lebih jimat
NCD akan membantu anda untuk mendapatkan penjimatan bagi premium insurans. Jadi, sila pandu dengan cermat dan elakkan daripada terlibat dalam sebarang kemalangan bagi mengekalkan NCD anda. Untuk penjimatan berganda, anda juga boleh mempertimbangkan untuk memperbaharui insurans di Bjak selepas ini. Lebih 15 syarikat insurans disediakan dengan manfaat dan harga yang terbaik.
Semoga bermanfaat!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: