Patutkah Anda Kekal atau Tukar Penyedia Insurans Kereta Ketika Memperbaharuinya?

Sebagai pengguna, anda boleh memilih untuk kekal dengan insurans yang sama atau tukar bagi mendapatkan harga dan manfaat lebih baik.

Insurans Kereta

Written by:

Sesetengah pemilik kereta gemar untuk kekal dengan penyedia insurans yang sama pada setiap tahun ketika memperbaharui insurans serta roadtax untuk kenderaan. Ini kerana, mereka mungkin sudah terbiasa dengan servis yang diberikan, di samping berasa lebih selesa dan mudah apabila memilih penyedia insurans yang sama.

Meskipun tidaklah salah, namun boleh dikatakan ia agak merugikan kerana anda seolah-olah ‘menolak peluang’ untuk mendapatkan insurans pada harga yang lebih rendah di samping manfaat yang lebih lengkap dan menarik daripada syarikat insurans lain. 

Patutkah anda kekal dengan insurans yang sama?

Pilih penyedia insurans yang berikan harga dan manfaar terbaik

Jika anda ingin mendapatkan produk dan manfaat yang lebih menarik, servis yang lebih baik dan harga yang lebih rendah, maka jawapan kami adalah tidak! Sebaiknya, anda tukar penyedia insurans anda pada setiap tahun bagi memastikan anda dapat tawaran produk yang lebih menarik pada harga yang terendah di pasaran.

Untuk pengetahuan anda, selepas pelaksanaan langkah liberalisasi tarif insurans kereta sejak 2017, harga insurans akan ditentukan oleh setiap penanggung insurans serta pengendali takaful. Dengan itu, pengguna boleh menikmati pilihan produk insurans/takaful motor yang lebih luas pada harga yang kompetitif memandangkan liberalisasi menggalakkan inovasi dan persaingan antara penanggung insurans dengan pengendali takaful.

Disebabkan itu, sangat penting untuk anda membuat perbandingan insurans dengan sekurang-kurangnya tiga syarikat bagi melihat bentuk perlindungan berserta harga yang ditawarkan oleh setiap syarikat insurans.

Tukar penyedia insurans? Ini yang anda kena nilai 

Keputusan untuk menukar penyedia insurans ketika memperbaharui insurans adalah langkah yang baik. Namun, jangan main ambil sahaja ya. Nilai dulu perkara-perkara ini sebelum memutuskan untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans tersebut.

Mudah untuk renew

Meskipun hampir semua penyedia insurans menyediakan perkhidmatan secara online untuk anda memperbaharui insurans, namun teliti juga perkara lain, termasuklah kaedah pembayaran yang disediakan.

Jika kaedah pembayarannya sukar untuk anda, maka anda boleh tukar ke penyedia insurans lain yang tidak begitu menyulitkan urusan anda. 

Premium yang lebih rendah

Salah satu sebab mengapa anda digalakkan untuk menukar penyedia insurans adalah bagi mendapatkan premium insurans yang lebih rendah. Jadi, jika anda ingin menukar penyedia insurans atas sebab ini (sebab utama), pastikan harganya lebih rendah berbanding insurans sedia ada. Jika harganya lebih mahal dan manfaat ditawarkan sedikit, maka lebih baik anda kekal sahaja dengan syarikat insurans sedia ada. Bandingkan juga dengan beberapa syarikat insurans lain. Mana tahu, ada yang menawarkan manfaat lebih baik dengan harga yang lebih berbaloi. 

Teliti jumlah perlindungan yang diberikan, perlindungan yang ditawarkan, kaedah pembayaran dan manfaat tambahan yang diberikan. Contohnya khidmat tunda, bantuan tepi jalan, perlindungan untuk pemandu tambahan, perlindungan kemalangan peribadi dan lain-lain ketika membuat penilaian.

Perkhidmatan yang lebih baik

Jika sebelum ini anda pernah mengalami pengalaman yang kurang memuaskan khususnya ketika dalam proses tuntutan insurans dengan syarikat sedia ada, maka anda bolehlah mempertimbangkan untuk menukar penyedia insurans yang lain.

Dapatkan penyedia insurans yang lebih mudah berurusan, jaminan untuk tidak melengah-lengahkan tuntutan anda, mudah menjawab persoalan anda dan boleh membantu anda bila-bila masa.

Lihat maklum balas pengguna lain di ruangan media sosial syarikat insurans tersebut jika anda ingin mengetahui standard perkhidmatan yang diberikan. Ia mungkin akan membantu anda untuk membuat penilaian yang sebaiknya. 

Pelan yang lebih sesuai

Jangan terlebih atau terkurang perlindungan. Sebaiknya, dapatkan perlindungan insurans mengikut keperluan anda sahaja. Jika anda perlukan perlindungan tertentu, yang tidak disediakan oleh syarikat insurans sedia ada, maka sebaiknya anda tukar penyedia insurans pada pembaharuan kali ini.

Contohnya, manfaat perlindungan kemalangan peribadi secara percuma. Hanya beberapa syarikat insurans sahaja yang menawarkan manfaat ini, seperti syarikat insurans Liberty dan Takaful Malaysia. Jika insurans sedia anda tidak menawarkan manfaat ini kepada anda, jadi tukarlah penyedia yang lain.

Selain itu, jika anda seorang pemandu Grab, anda memerlukan perlindungan tambahan untuk e-hailing yang mana tidak semua syarikat insurans menyediakannya. Jadi, cari syarikat insurans yang bersesuaian dengan keperluan semasa anda. 

Manfaat yang lebih dan menarik

Meskipun untuk polisi yang sama, setiap syarikat insurans akan menawarkan manfaat yang berbeza-beza bagi menarik pengguna. Ini sebabnya anda digalakkan untuk menukar penyedia insurans. 

Syarikat insurans A mungkin menyediakan perlindungan untuk semua pemandu tambahan, syarikat insurans B mungkin hanya memberikan sehingga 2 nama pemandu tambahan sahaja.

Selain itu, ada syarikat insurans yang menawarkan khidmat tunda percuma sehingga 200km, bahkan ada juga hanya untuk 50km sahaja. Disebabkan itu, penting untuk anda lakukan dahulu perbandingan, dan lihat setiap manfaat yang ditawarkan. 

Kemudian, bandingkan pula dengan premium yang ditetapkan. Jika ia berbaloi dan menepati setiap manfaat yang anda inginkan, maka silalah tukar penyedia insurans anda. 

Pilihan terletak di tangan anda

Sama ada ingin tukar penyedia insurans atau tidak, ia adalah hak anda. Namun, anda perlulah bijak memilih insurans yang menawarkan perlindungan terbaik untuk kereta disamping harga yang terendah untuk anda. 

Bagi memudahkan anda membuat perbandingan insurans, gunakan sahaja platform Bjak. Kami menyediakan perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia. Banding, lihat dan pilih insurans yang terbaik dengan mudah dan pantas. 


Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

Baca juga: