Skip to content
Home » Elak 4 Benda Ini Semasa Perbaharui Insurans Kenderaan Anda

Elak 4 Benda Ini Semasa Perbaharui Insurans Kenderaan Anda

    perbaharui insurans - cover

    Memperbaharui insurans untuk motosikal setiap tahun boleh menjadi suatu perkara yang agak menjengkelkan, terutamanya apabila anda mempunyai banyak komitmen kewangan lain untuk diselesaikan. Pemilik motosikal sebenarnya akan berhadapan dengan pelbagai masalah ketika nak memperbaharui insurans dan cukai jalan motosikal mereka.

    Masalah ini boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor, yang semuanya anda perlu tahu jika anda memiliki motosikal. Berikut ialah empat perkara yang perlu anda elakkan semasa nak memperbaharui insurans motosikal anda.

    Perbaharui pada penghujung waktu

    Ramai penunggang motosikal cenderung untuk menangguhkan pembaharuan insurans mereka pada minit-minit terakhir sewaktu insurans mereka nak sampai ke tarikh luput untuk memudahkan mereka. Tetapi, perkara itu sebenarnya bukannya akan membantu mereka malahan akan menjadikannya lebih teruk. Ini kerana ia akan menjejaskan perancangan kewangan mereka kerana pembaharuan saat akhir boleh menyusahkan mereka. Jadi, sentiasalah rancang pembaharuan insurans kenderaan anda elakkan untuk melakukannya pada saat akhir bagi mengelakkan kelewatan yang sekaligus akan menyebabkan anda didenda.

    Sentiasa bersiap sedia untuk perbaharui insurans sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan lebih awal. Memandangkan insurans motosikal agak mahal, nak perbaharui insurans tersebut boleh membebankan seseorang yang mempunyai kekangan bajet. Jadi, dengan mengelakkan pembaharuan saat akhir, ia mampu untuk membantu anda yang mengalami kekangan bajet daripada terbeban lagi.

    Tak buat perbandingan antara polisi

    Satu lagi kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan pemilik motosikal ialah tidak memuat perbandingan antara polisi yang ada semasa memperbaharui cukai jalan dan insurans mereka. Jangan terlalu berpegang kepada tabiat menggunakan polisi yang sama setiap tahun. Sentiasa semak semula pelan anda dengan mempertimbangkan situasi anda, cara pemanduan dan keperluan yang mungkin berubah dari semasa ke semasa.

    Faktor-faktor ini harus diambil kira sebelum memilih mana-mana polisi. Jika anda berpindah ke tempat lain atau bandar baharu, fikirkan tentang persekitaran dan potensi yang mungkin mengancam keselamatan kenderaan anda. Suaikan perlindungan berdasarkan keperluan anda daripada polisi standard yang mungkin tidak berfungsi mengikut keperluan anda.

    Tak pertimbangkan alternatif lain

    Ketika memperbaharui insurans, ramai orang memilih untuk memperbaharuinya dengan ejen atau di kaunter perkhidmatan. Kalau tak pertimbangkan guna alternatif lain seperti platform atas talian iaitu Bjak, anda bakal terlepas tawaran eksklusif dan akan terpaksa membayar lebih daripada yang sepatutnya.

    Laman web untuk perbandingan insurans lazimnya memberikan tawaran yang lebih murah daripada kebanyakan kaedah tradisional, yang boleh menjadi sangat berguna jika anda mempunyai bajet yang terhad. Oleh itu, sentiasalah mencari alternatif lain, walaupun terpaksa memakan sedikit masa anda.

    Pandang rendah terhadap kos

    Jangan sekali-kali memandang rendah kos premium insurans tahunan anda. Walaupun insurans kenderaan cenderung menjadi lebih murah setiap tahun disebabkan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD), meremehkan kos boleh menyusahkan jika anda perlu mengubah polisi anda bergantung pada situasi dan keperluan anda.

    Sebagai contoh, kawasan kejiranan anda tiba-tiba menjadi kawasan yang kerap banjir, memerlukan perlindungan bahaya khas tambahan. Jika anda sebelum ini memperuntukkan belanjawan untuk pembaharuan insurans, perlindungan tambahan, seperti peril khas, boleh menjadi terlalu mahal untuk dibeli jika anda tidak mempunyai duit lebih.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: