Skip to content
Home » Kenapa Kadar Premium Insurans Kereta Anda Boleh Meningkat?

Kenapa Kadar Premium Insurans Kereta Anda Boleh Meningkat?

    premium insurans kereta

    Peningkatan kadar premium insurans kereta sememangnya boleh membuatkan kita rasa sedikit terganggu, lebih-lebih lagi jika kita tidak pernah membuat tuntutan pun sebelum ini. 

    Namun anda perlu tahu dan fahami bahawa premium insurans kereta anda tidak akan dinaikkan secara sesuka hati, sebaliknya ia dikaitkan dengan beberapa risiko dan faktor yang diambil kira oleh pihak insurans. Contohnya, sikap pemandu yang sering melanggar peraturan jalan raya. Ia juga akan mempengaruhi harga insurans seseorang. 

    Kenapa premium insurans kereta boleh meningkat?

    Jika anda rasa pelik kenapa premium insurans kereta anda pada tahun ini lebih mahal berbanding tahun lalu, mungkin anda boleh ketahui antara sebab-sebabnya menerusi perkongsian di bawah:

    Memandu laju dan melanggar peraturan jalan raya

    Rekod pemanduan anda turut memainkan peranan penting dalam penentuan harga atau premium insurans kereta. Jika anda didapati kerap melanggar kesalahan lalu lintas, atau bahkan ada rekod memandu dalam keadaan berbahaya seperti memandu di bawah pengaruh alkohol, ia akan membuatkan pihak insurans kereta menganggap anda sebagai pemandu berisiko tinggi dan seterusnya lebih berisiko besar untuk terbabit dalam kemalangan.

    Mudah kata, lebih banyak kesalahan lalu lintas yang anda lakukan, lebih tinggi risiko anda untuk memfailkan tuntutan insurans  dan secara langsung mengakibatkan premium insurans anda menjadi lebih mahal.

    Tuntutan menyeluruh (komprehensif) 

    Bergantung pada syarikat insurans dan negeri tempat tinggal anda, harga insurans kereta anda mungkin meningkat apabila mengambil kira insiden yang mungkin berada di luar kawalan anda. Insiden ini dipanggil sebagai tuntutan menyeluruh yang mana ia termasuk kecurian dan vandalisme, terlanggar haiwan, kebakaran, kaca pecah (termasuk cermin depan retak), kerosakan kereta berkaitan cuaca, dan akibat perbuatan alam semula jadi yang lain.

    Letak nama pemandu tambahan lebih dari 2 orang

    Sesetengah pelan insurans akan mengenakan premium tertentu untuk setiap nama pemandu tambahan yang anda letak pada polisi insurans anda. Jadi untuk menjimatkan anda, sila bandingkan insurans dan pilih pelan yang membolehkan anda untuk memasukkan beberapa nama pemandu tambahan secara percuma.

    Tempat tinggal

    Harga insurans anda juga mungkin akan meningkat apabila anda berpindah ke kawasan tempat tinggal yang lebih terdedah kepada risiko jenayah. Anda mungkin akan menganggap ia sebagai tidak adil, namun pihak insurans perlu mengambil kira faktor ini kerana risiko untuk individu yang tinggal di kawasan berisiko tinggi secara tidak langsung akan menyebabkan kebarangkaliannya untuk membuat tuntutan insurans juga lebih besar.

    Premium insurans kereta meningkat jika insurans telah lama tamat tempoh

    Jika anda memperbaharui insurans hanya selepas sekian lama polisi terdahulu anda tamat tempoh, maka syarikat insurans juga biasanya akan mengenakan premium insurans yang lebih tinggi kepada anda.

    Disebabkan itu, anda sangat digalakkan untuk memperbaharui insurans awal sebelum ia tamat tempoh. Bahkan untuk lebih selamat, anda juga boleh membelinya seawal dua bulan sebelum tarikh polisi insurans sedia ada anda tamat.

    Untuk lebih mudah, anda boleh juga gunakan Bjak sebagai platform pembaharuan insurans anda. Lebih 10 jenama insurans untuk dibandingkan dan anda seterusnya berpeluang untuk mendapatkan penjimatan sehingga RM400.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: