Skip to content
Home » Rakan Cedera Ketika Anda Memandu, Bolehkah Claim Insurans untuk Tanggung Kos Rawatannya? 

Rakan Cedera Ketika Anda Memandu, Bolehkah Claim Insurans untuk Tanggung Kos Rawatannya? 

    tuntutan insurans kecederaan penumpang

    Setiap hari, anda berkongsi kereta atau ‘carpool’ bersama seorang rakan anda ke tempat kerja. Namun pada suatu hari, nasib anda kurang baik apabila kereta yang dipandu oleh anda itu terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan rakan anda mengalami kecederaan yang agak teruk terutama di bahagian tangan dan kepala.

    Akibatnya, rakan anda ingin meminta anda menanggung kos rawatannya di hospital. Bagaimanapun persoalannya, bolehkah anda membuat tuntutan insurans kereta bagi membantu membayar kos rawatan rakan anda itu? Untuk mengetahuinya, teruskan sahaja membaca artikel ini.

    Bolehkah tuntutan insurans dilakukan bagi menanggung kos rawatannya?

    Penumpang anda boleh menyaman anda atas kecederaan atau kematian berpunca daripada kecuaian pemanduan anda

    Selain daripada rasa bersalah, anda juga sedikit sebanyak pasti akan terasa ‘pening’ memikirkan kos rawatan yang ‘dituntut’ oleh rakan anda itu bukan?

    Namun jangan risau, kekal tenang. Anda sebenarnya boleh membuat tuntutan insurans bagi menanggung kos rawatan rakan anda itu. Tetapi ada syaratnya, iaitu polisi insurans kereta anda pada ketika itu mempunyai perlindungan tambahan liabiliti undang-undang kepada penumpang.

    Perlindungan tambahan ini akan melindungi anda daripada sebarang liabiliti undang-undang atas kecederaan tubuh atau kematian penumpang akibat pemanduan anda. Dengan kata lain, pihak insurans membantu anda untuk menanggung kos rawatan bagi kecederaan rakan anda itu, namun had jumlah tuntutan adalah bergantung kepada apa yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans anda.

    Apa jadi jika anda tidak memiliki perlindungan tambahan liabiliti undang-undang kepada penumpang?

    Anda perlu tahu bahawa perlindungan liabaliti undang-undang kepada penumpang ini tidak termasuk dalam polisi asas insurans kereta. Justeru, untuk memastikan anda lebih dilindungi khususnya daripada tuntutan seperti ini, anda perlu menambah/ membelinya ketika membeli insurans anda.

    Jika insiden seperti contoh situasi di atas berlaku dan secara kebetulan anda tidak memiliki perlindungan tambahan ini, maka anda perlu tahu bahawa kos rawatan rakan anda itu perlu dibayar oleh anda menggunakan wang sendiri. Pihak insurans tidak akan menanggungnya bagi pihak anda memandangkan ia tidak termasuk dalam perlindungan polisi insurans anda. 

    Dapatkan perlindungan tambahan liabiliti undang-undang kepada penumpang

    Meskipun di Malaysia tidak diwajibkan untuk pemegang polisi memiliki perlindungan tambahan ini, namun anda amat digalakkan untuk mengambilnya bagi melindungi anda daripada sebarang tuntutan yang tidak dijangka. 

    Secara dasarnya, anda hanya perlu membayar sekitar 25% daripada jumlah premium polisi pihak ketiga bagi mendapatkan perlindungan ini. Ia tidaklah begitu mahal jika dibandingkan dengan kos rawatan yang perlu ditanggung menggunakan wang anda sendiri. Ingat, dengan adanya perlindungan tambahan ini, pihak insurans anda akan menanggung kos kerugian akibat liabiliti tersebut terhad kepada situasi-situasi yang diberikan perlindungan.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: