Skip to content
Home » Kelebihan & Kekurangan Renew Insurans Kereta Secara Offline

Kelebihan & Kekurangan Renew Insurans Kereta Secara Offline

    kelebihan kekurangan renew insurans offline - cover

    Insurans kereta merupakan salah satu aspek penting dalam pemilikan kenderaan bermotor di Malaysia. Ia tidak hanya memberikan perlindungan kepada pemilik kenderaan, tetapi juga menjadi satu keperluan undang-undang bagi setiap pemilik kereta di negara ini.

    Individu yang gagal untuk memastikan insurans kereta ini masih sah dan aktif semasa memandu di jalan raya boleh dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa. Dalam konteks pembaharuan insurans kereta, terdapat dua pendekatan yang popular – secara atas talian (online) dan secara offline. Dalam artikel ini, kita akan meneliti beberapa kelebihan dan kekurangan memperbaharui insurans kereta secara offline. Untuk mengetahuinya, teruskan membaca artikel ini.

    Kelebihan renew insurans kereta secara offline

    1. Khidmat terus: Salah satu kelebihan utama memperbaharui insurans kereta secara offline adalah mendapat khidmat secara terus daripada ejen insurans. Dengan berurusan secara langsung dengan ejen, anda boleh mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai pelan polisi secara keseluruhan, faedah, dan sebarang pertanyaan yang anda ada.
    2. Sokongan pelanggan: Mendapatkan sokongan pelanggan secara langsung adalah satu lagi kelebihan yang besar. Anda boleh bertanya tentang proses tuntutan, penambahbaikan polisi, atau sebarang pertanyaan lain yang berkaitan dengan insurans kereta anda.
    3. Penyesuaian polisi: Berurusan secara langsung dengan ejen insurans boleh membantu anda untuk menyesuaikan polisi insuran kereta anda mengikut keperluan anda. Ejen boleh membantu anda memilih perlindungan yang sesuai dengan keperluan kewangan dan risiko anda.
    4. Maklumat terkini: Ejen insurans boleh memberikan maklumat terkini mengenai tawaran dan promosi terkini yang mungkin tidak tersedia secara dalam talian.
    5. Kehadiran fizikal: Berurusan secara langsung memberikan kepercayaan kepada sesetengah individu kerana mereka dapat melihat ejen secara langsung dan mengadakan perbincangan yang lebih mendalam berbanding berkomunikasi secara dalam talian.

    Kekurangan renew insurans kereta secara offline

    1. Masa dan tenaga: Proses memperbaharui insurans kereta secara offline mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga berbanding dengan melakukannya secara dalam talian. Anda perlu membuat temujanji dengan ejen dan perlu hadir secara fizikal di pejabat mereka.
    2. Lokasi terhad: Berurusan secara offline mungkin menjadi agak susah jika anda tinggal jauh dari pejabat ejen insurans. Ia mungkin akan menambahkan kos untuk mendapatkan insurans anda diperbaharui kerana anda perlu keluar dari rumah untuk ke kaunter fizikal.
    3. Kemungkinan berlakunya kesilapan: Proses manual yang berkaitan dengan pemprosesan dokumen secara langsung boleh meningkatkan risiko kesilapan manusia. Ini boleh mengakibatkan kelewatan dalam pemprosesan atau kesilapan dalam maklumat yang diberikan.
    4. Kurangnya aksesibiliti 24/7: Berurusan secara offline mungkin akan membataskan aksesibiliti anda kepada perkhidmatan insurans pada waktu-waktu tertentu, terutamanya di luar waktu pejabat.

    Renew secara online di BJAK lebih mudah

    Pada anda yang mahukan perkhidmatan yang mudah dan pantas dalam urusan pembaharuan insurans kereta, disarankan untuk anda menggunakan platform BJAK. Platform BJAK menawarkan perkhidmatan pembaharuan yang mudah dan pantas. Hanya dalam masa 5 minit sahaja, insurans anda boleh selesai diperbaharui. Tak hanya itu, anda juga boleh membayar secara ansuran sehingga 12 bulan. Menarik bukan? Jika anda nak tahu lebih lannjut, klik sahaja butang di bawah ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: