Skip to content
Home » Kurnia Insurans Kereta: Lebih Manfaat Dengan Perlindungan Komprehensif

Kurnia Insurans Kereta: Lebih Manfaat Dengan Perlindungan Komprehensif

    renew insurans kereta Kurnia

    Kurnia insurans kereta – Jenama insurans kereta Kurnia bukan lagi asing dalam kalangan pemilik kenderaan di negara ini. Ia merupakan antara syarikat insurans yang dipercayai dapat menawarkan perlindungan terbaik dan selamat buat pemegang polisinya. 

    Menerusi pelan komprehensif yang disediakan, pemegang polisi akan dapat menikmati pelbagai manfaat tambahan dan menarik seperti yang akan dikongsikan di dalam artikel ini.

    Mengapa renew dengan insurans kereta Kurnia?

    renew insurans kereta Kurnia

    Ramai yang mungkin sudah pernah mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans kereta Kurnia, dan mungkin juga ada yang setia bersama jenama insurans ini selama beberapa tahun kerana manfaat yang ditawarkan.

    Menyediakan 3 jenis pelan komprehensif

    Untuk makluman anda, insurans kereta komprehensif Kurnia bukan hanya menyediakan satu pilihan sahaja, bahkan tiga jenis pelan komprehensif diwujudkan agar pemilik kenderaan dapat memilih apa yang terbaik buat kereta mereka.

    Private Car Comprehensive

    Ini merupakan pelan komprehensif paling asas boleh dimiliki oleh pemilik kereta persendirian di luar sana. Antara manfaat-manfaat yang ditawarkan di dalam pelan ini adalah:

    • Bantuan khidmat tunda 24 jam untuk kerosakan – PERCUMA sehingga 50km untuk Pantai Barat Malaysia / 30km untuk Pantai Timur Malaysia
    • Bantuan khidmat tunda 24 jam untuk kemalangan – sehingga RM200
    • Bantuan tepi jalan kecemasan 24/7
    • Percuma nama pemandu tambahan (pemandu kedua)
    • Waranti 3 tahun untuk pembaikan (bengkel panel)

    Auto365 Comprehensive Plus

    Ini merupakan pelan komprehensif mesra bajet yang akan memberikan lebih manfaat untuk anda. Manfaat-manfaat yang ditawarkan menerusi pelan ini termasuklah:

    • Bantuan khidmat tunda 24 jam untuk kerosakan – PERCUMA sehingga 100km untuk Pantai Barat Malaysia / 60km untuk Pantai Timur Malaysia
    • Bantuan khidmat tunda 24 jam untuk kemalangan – sehingga RM200
    • Bantuan tepi jalan kecemasan 24/7
    • PERCUMA pemandu tambahan untuk semua nama yang dinamakan
    • Waranti 3 tahun untuk pembaikan (bengkel panel)
    • Yuran ambulan (sehingga RM500)
    • Ragut menerusi tingkap kereta (sehingga RM500)
    • Perlindungan penjagaan kunci (sehingga RM500)
    • Elaun bantuan banjir (RM1,500)

    Auto365 Comprehensive Premier

    Ini adalah pelan perlindungan komprehensif yang paling menyeluruh boleh anda miliki menerusi insurans kereta Kurnia. Manfaat-manfaatnya termasuklah:

    • Bantuan khidmat tunda 24 jam untuk kerosakan – PERCUMA sehingga 365km
    • Bantuan khidmat tunda 24 jam untuk kemalangan – sehingga 365km
    • Bantuan tepi jalan kecemasan 24/7
    • PERCUMA pemandu tambahan untuk semua nama yang dinamakan
    • Waranti 3 tahun untuk pembaikan (bengkel panel)
    • Yuran ambulan (sehingga RM1000)
    • Ragut menerusi tingkap kereta (sehingga RM1000)
    • Perlindungan penjagaan kunci (sehingga RM1000)
    • Elaun bantuan banjir (RM3000)
    • Elaun Ihsan Kehilangan Kenderaan (CALV) (sehingga RM5,000)

    Dipercayai sejak 1978

    Untuk pengetahuan anda, syarikat insurans Kurnia pertama kali diperbadankan pada tahun 1978 dan sejak itu telah melalui beberapa transformasi. Hari ini, Kurnia telah berkembang menjadi salah satu syarikat insurans motor terbesar, melindungi satu daripada tujuh kereta di Malaysia.

    Miliki rangkaian kerjasama yang meluas

    Rangkaian kerjasama Kurnia terdiri daripada 30+ cawangan, 6,000+ ejen, 300+ bengkel panel di seluruh negara, serta pelbagai saluran dalam talian yang semestinya akan bersedia untuk memenuhi keperluan anda.

    Bantuan 24 jam

    Perlukan bantuan kecemasan di atas jalan raya? Jangan risau, Kurnia Auto Assist akan bersedia untuk membantu anda bila-bila masa di mana-mana sahaja. 

    Waranti pembaikan

    Untuk pemegang polisi komprehensif, Kurnia memberikan tempoh 3 tahun waranti untuk sebarang pembaikan yang dibuat di bengkel panel yang disahkan.

    Ubah suai polisi

    Anda boleh mengubah suai polisi dengan roadtax bersama-sama dengan perlindungan tambahan lain, contohnya perlindungan untuk windscreen dalam satu transaksi yang sama dan mudah.

    *Jika anda mendapatkan perlindungan tambahan untuk windscreen kereta, maka anda akan layak untuk claim insurans tanpa memberi kesan kepada kadar NCD semasa anda. Hanya tahu sahaja cara claim insuran cermin kereta Kurnia, dan bawa dokumen penting yang diperlukan pihak insurans.

    Cara renew insurans kereta Kurnia

    Untuk mendapatkan insurans kereta Kurnia sebenarnya sangat mudah. Selain ke agensi atau menerusi ejen, anda juga boleh dapatkannya secara online di laman web Kurnia atau platform insurans kereta terbesar, Bjak.

    Kelebihan renew insurans di laman web Kurnia

    • Hanya 3 langkah sahaja yang diperlukan
    • Perbaharui juga roadtax sekaligus jika anda rasakan perlu
    • Cover note dihantar menerusi emel anda dengan segera

    Kelebihan renew insurans Kurnia di Bjak

    • Boleh bandingkan dahulu pelan dan harga dengan 17 jenama insurans lain – boleh dijadikan sebagai kalkulator insurans kereta anda dan lihat mana harga lebih rendah
    • Peluang bayar sehingga 12 kali ansuran
    • Renew roadtax sekaligus
    • Polisi aktif segera hanya dalam 5 minit
    • Pantas, mudah dan selamat

    Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan pelan insurans kereta Kurnia untuk kenderaan anda hari ini!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: