Skip to content
Home » RHB Insurans Kereta – FREE Towing Sehingga RM300!

RHB Insurans Kereta – FREE Towing Sehingga RM300!

    RHB insurans kereta

    Pemilik kenderaan persendirian di Malaysia kini mempunyai pilihan yang lebih meluas bagi mendapatkan perlindungan insurans buat kereta mahupun motosikal mereka. Dengan persaingan pelbagai jenama insurans serta takaful yang cuba menawarkan pelan dengan manfaat terbaik, anda sebagai pelanggan boleh membuat perbandingan secara atas talian, contohnya menerusi Bjak yang pastinya akan membantu anda pilih dan beli satu pelan insurans dengan perlindungan yang menyeluruh pada harga yang menguntungkan. Di platform perbandingan insurans nombor 1 Malaysia, Bjak, lebih daripada 10 jenama insurans serta takaful disediakan untuk pelanggan nilai dan pilih termasuklah RHB insurans kereta.

    Bagi perkongsian kali ini, kami akan kongsikan beberapa sebab anda boleh mempertimbangkan untuk membeli insurans kereta RHB bagi pembaharuan akan datang dan seterusnya. 

    Renew insurans kereta RHB

    RHB

    Insurans kereta komprehensif RHB memberikan perlindungan menyeluruh dan semestinya menarik untuk pengguna. Mana tidaknya, dengan pelan insurans ini, ia akan membolehkan anda dilindungi daripada kerugian atau kerosakan kenderaan anda, kehilangan kenderaan akibat dicuri atau terbakar atas perbuatan khianat, serta liabiliti terhadap pihak ketiga – ya, mungkin anda akan menganggap ia sebagai agak basic kerana pelan insurans komprehensif lain turut menawarkan perlindungan yang sama, namun sebagai tambahan, anda boleh menikmati faedah-faedah di bawah ini apabila renew insurans kereta RHB buat kenderaan anda:

    Bantuan tepi jalan 24 jam

    • Kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu? Jangan risau, pasukan Road Rescue Elite mereka bersedia untuk memberikan bantuan kepada anda pada bila-bila masa. Yang penting, hubungi sahaja talian hotline insurans kereta RHB bagi mendapatkan pertolongan kecemasan.

    Perlindungan daripada liabiliti pihak ketiga sehingga RM3 juta

    • Menerusi pelan insurans ini, anda layak untuk menerima liabiliti tanpa had sekiranya anda menyebabkan kecederaan anggota atau kematian terhadap pihak ketiga.
    • Had liabiliti sehingga RM3 juta untuk kerugian atau kerosakan terhadap harta benda pihak ketiga

    Kemudahan akses dengan 700 bengkel panel seluruh Malaysia 

    • Bukan 10 atau 20 sahaja, insurans kereta RHB membolehkan anda untuk hantar kenderaan rosak akibat kemalangan di mana-mana 700 bengkel panel yang ada di seluruh Malaysia. Lagi mudah kan?!

    Ada pilihan untuk add-on perlindungan insurans kemalangan peribadi 

    • Untuk makluman anda, tidak semua syarikat insurans menyediakan perlindungan untuk kemalangan peribadi buat pemegang polisinya. Bagaimanapun dengan RHB insurans kereta, anda boleh dapatkan perlindungan tambahan ini buat diri anda sebagai pemilik kenderaan (pemandu) dan juga penumpang kenderaan. Yang penting, sila pastikan kenderaan itu tidak digunakan untuk tujuan komersial contohnya perkhidmatan e-hailing. Dengan perlindungan ini, anda atau penumpang layak untuk dilindungi sekiranya cedera akibat kemalangan yang berlaku berpunca daripada diri sendiri.

    Spray semula kereta seperti baru

    • Kereta kemalangan sehingga menjejaskan warna cat kereta? Inilah masanya untuk jadikan ia tampak seperti baharu semula! Dengan insurans kereta komprehensif RHB, anda boleh beli perlindungan tambahan untuk cat semula seluruh body kereta apabila anda claim insurans kerosakan sendiri (own damage claim). – untuk makluman, insurans komprehensif asas hanya akan spray/cat bahagian yang telah rosak sahaja. 

    Free towing sehingga RM300!

    • Ini yang lebih menarik. Dengan pelan insurans insurans kereta komprehensif RHB, anda secara tidak langsung boleh mendapatkan perkhidmatan towing atau khidmat tunda secara PERCUMA sehingga RM300 untuk setiap kerosakan. Ini agak berbeza ya dengan pelan-pelan insurans komprehensif lain!

    Renew Insurans Online

    Anda boleh renew online bagi mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans RHB buat kenderaan anda. Dua pilihan ada, sama ada renew terus di website RHB mereka ataupun dapatkan sahaja menerusi platform Bjak sekarang. 

    Selain insurans kereta RHB, anda juga boleh semak insurans kereta Etiqa dan pelbagai jenama-jenama insurans lain seperti Allianz, Liberty Insurance, Zurich, Takaful Malaysia dan banyak lagi secara sekaligus dalam satu masa. Mudah sangat!

    Anda hanya perlu layari laman web Bjak dan minta sebut harga dalam hanya beberapa saat sahaja! Ingat, kereta anda perlukan perlindungan yang terbaik. Sila pastikan anda renew insurans dan roadtax anda dengan segera jika sudah tampir tamat tempoh ya!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: