Skip to content
Home » Renew Semula Lesen Memandu Anda Sebelum 30 Jun Ini 

Renew Semula Lesen Memandu Anda Sebelum 30 Jun Ini 

    perbaharui lesen memandu

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan semua pemegang Lesen Memandu Malaysia (LLM) supaya memperbaharui semula lesen memandu mereka yang telah tamat tempoh sebelum moratorium berakhir pada 30 Jun ini.

    Empat jenis lesen memandu yang terlibat adalah: 

    • Lesen Belajar Memandu (LDL) – tamat tempoh 2 tahun
    • Lesen Memandu Percubaan (PDL) – tamat tempoh lebih 1 tahun
    • Lesen Memandu Kompeten (CDL) – tamat tempoh lebih 3 tahun
    • Lesen Vokasional (PSV/ GDL) – tamat tempoh lebih 3 tahun

    Menerusi laman Facebook rasminya, JPJ memaklumkan bahawa pemegang lesen tersebut melibatkan pemegang LLM yang telah tamat tempoh bermula 13 Januari 2021.

    Kegagalan memperbaharui lesen memandu sebelum akhir bulan ini akan menyebabkan mereka perlu mengambil ujian semula untuk memperbaharui lesen tersebut. 

    Mana nak renew lesen memandu?

    Untuk memperbaharui lesen memandu, pemegang LLM yang terbabit boleh melakukanya di tempat atau platform seperti maklumat yang dikongsikan JPJ di bawah ini:

    Makluman tarikh akhir moratorium LLM yang tamat tempoh bermula 13 Januari 2021

    Pastikan anda tidak terlepas tarikh 30 Jun bagi memastikan anda tidak perlu mengambil semula ujian untuk mendapatkan lesen.

    Lakukan sekarang sebelum ia tamat lebih kurang dua minggu lagi.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: