Skip to content
Home » Risiko Jika Anda Under-Insured Kereta

Risiko Jika Anda Under-Insured Kereta

    under-insured kereta

    Berjaya perbaharui insurans kereta dengan harga yang murah adalah satu perkara yang pastinya menggembirakan buat sesiapa sahaja. Jika ia disertakan bersama perlindungan yang mencukupi dan terbaik, maka ia bukanlah satu masalah. Namun, jika kenderaan itu sebenarnya terkurang perlindungan atau under-insured, maka ia mungkin berisiko buat pemilik kenderaan tersebut. 

    Apakah itu under-insured?

    Ali memiliki sebuah kereta jenama A dan nilai pasaran keretanya pada ketika ini adalah berjumlah RM40,000. Walau bagaimanapun ketika memperbaharui insurans, Ali hanya menginsuranskan keretanya sebanyak RM27,000, iaitu di bawah harga pasaran semasa kerana premiumnya lebih murah. 

    Inilah yang dimaksudkan dengan under-insured. Dengan kata lain, under-insured merupakan suatu keadaan di mana nilai perlindungan insurans adalah kurang daripada nilai pasaran sebenar bagi melindungi harta yang diinsuranskan, seperti kereta. 

    Jika berlaku kemalangan, kecurian atau kebakaran, nilai pampasan yang bakal diperoleh bukan sahaja akan kurang daripada harga pasaran semasa kereta anda, malah lebih rendah daripada jumlah yang telah anda insuranskan ketika memperbaharui insurans. 

    Formula pengiraan:

    Bagi kes kemalangan kereta

    Kita ambil contoh daripada situasi Ali di atas tadi. Ketika memperbaharui insurans, nilai pasaran semasa untuk keretanya pada ketika itu adalah sebanyak RM40,000 bukan? 

    Namun 10 bulan berlalu dan Ali terlibat dalam kemalangan. Pada ketika ini, nilai pasaran bagi keretanya telah menurun ke RM36,000 dan dia memerlukan nilai tuntutan sebanyak RM5,000 bagi menampung kos pembaikan keretanya. 

    Berikut merupakan jumlah tuntutan yang Ali layak perolehi daripada syarikat insurans:

    Pihak insurans mungkin hanya akan membayar pampasan kepada Ali sebanyak RM3,750 manakala baki lagi RM1,250 perlu ditanggung oleh Ali sendiri. 

    Bagi kes kecurian kereta

    Ketika memperbaharui insurans, Ahmad memperbaharui insurans mengikut nilai pasaran semasa, katakan berjumlah RM40,000. 10 bulan berlalu dan kereta Ahmad dicuri. Pada ketika itu, nilai pasaran semasa bagi keretanya adalah sebanyak RM35,000 sahaja. 

    Maka Ahmad tidak akan mendapat pampasan penuh dan bahkan mungkin lebih rendah daripada jumlah RM35,000 itu!

    Apakah risiko anda under-insured kenderaan?

    Kerugian untuk diri anda

    Jika berlaku kemalangan, anda tidak akan mendapat pampasan yang penuh daripada syarikat insurans. Bahkan, anda mungkin terpaksa menggunakan wang sendiri bagi menambah kos pembaikan kereta anda (bagi kes kemalangan) dan tidak menerima pampasan penuh (bagi kes kecurian kereta/ total lost akibat kebakaran atau kemalangan).

    Ini adalah sangat merugikan berbanding jika anda menginsuranskan kenderaan anda mengikut agreed value ketika memperbaharui insurans. 

    Dapatkan perlindungan yang mencukupi

    Pastikan kenderaan anda dilindungi dengan polisi insurans yang terbaik. Jika anda kurang arif, dapatkan bantuan daripada pasukan khidmat pelanggan syarikat insurans pilihan anda itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Ketahui perbezaan jika anda renew insurans kereta mengikut market value, agreed value atau kurang daripada harga pasaran. Selepas itu, barulah anda nilaikan mana yang terbaik untuk kereta anda!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: